Followers

Saturday 14 February 2015

Berahsia Kerana Cinta (BAB 1)

BAB 1

“Abang!!!!!!!!!!!!!” jerit Zara sekuat hati. Air mata Zara mengalir tanpa henti. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Abangnya berada di dalam kereta tersebut. Zara terduduk lemah dengan tangisan yang mengalir tanpa henti.

Zara cuba menghampiri kereta yang terbakar teruk itu tetapi dihalang oleh seseorang yang tidak dikenali. Zara cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Hanya jeritan yang mampu dilepaskan. Zara terus menjerit dan menjerit.

“Abang!!! Jangan tinggalkan Zara!!! Abang!!!!!”

“Zara, bangun Zara.” Makcik Laila yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Zara selepas mendengar jeritan Zara terus cuba mengejut Zara yang sedang mengalami mimpi buruk. Pipi Zara disentuh lembut.

“Abang!!! Jangan pergi!!! Abang! Abang!” jerit Zara lagi dengan tangisan. Dahinya sudah dibasahi peluh. Tubuhnya meronta-ronta seperti ingin mencapai sesuatu.

Makcik Laila terus memeluk tubuh Zara sebaik sahaja melihat Zara terlalu tenggelam dalam mimpi buruknya.
“Istighfar Zara. Istighfar sayang. Ingat Allah. Allahhuakbar.” Makcik Laila mengusap lembut rambut panjang Zara. Air mata Makcik Laila sudah mengalir laju. Hatinya sedih bila melihat Zara sering dilanda mimpi buruk tentang kematian abangnya walaupon peristiwa itu sudah 10 tahun yang lalu. Sukar Makcik Laila untuk merawat mimpi buruk Zara kerana Zara terlampau sayangkan abangnya.

Perlahan-lahan Zara berhenti dari meronta dan menangis. Matanya dibuka perlahan-lahan dan terus memeluk erat tubuh Makcik Laila.

“Makcik! Abang, Zara rindu abang.” Ujar Zara dengan tangisan.

Makcik Laila mengangguk. “Iya sayang. Makcik tahu.”

Zara terus menangis dengan teresak-esak dan sering menyebut nama abangnya iaitu Azwar.

*****

“Azwar!!!!!!!” jerit Dian dan terus terjaga dari mimpi buruknya. Dian terdiam sebaik sahaja dia terjaga dari mimpi buruknya. Matanya melihat sekeliling biliknya yang diterangi lampu. Dahi yang berpeluh panas itu di lap dengan belakang tapak tangan.

Nafas Dian turun naik turun naik kerana mimpi buruk itu. Sejak kejadian itu berlaku, Dian sering mengalami mimpi buruk kerana rasa bersalahnya terhadap Azwar. Dia tidak sepatutnya menyuruh Azwar melakukan perkara tersebut. Sungguh dia rasa bersalah terhadap Azwar.

Dian mencapai segelas air di atas meja lampu berhampiran. Segelas air masak itu diteguk dengan rakus. Tekaknya begitu dahaga. Perlahan-lahan Dian baring semula sebaik sahaja habis membasahi tekaknya. Comforter berwarna hitam itu ditarik menutupi tubuhnya. Mata dipejam serapat mungkin dan membayangi wajah sahabat karibnya.

“Azwar, maafkan aku.” Ucap Dian dan terus menyentuh cincin emas berwarna putih yang sedia tersarung dijari manisnya.

*****

“Zara okay ?” soal Makcik Laila yang sedang menyediakan sarapan untuk Zara.

Zara mengangguk dan tersenyum. “ Okay.”

“Betul ini ?”

Zara mengangguk sekali lagi.

“Kalau macam itu, Zara makan dahulu baru pergi kerja. Okay ?” Makcik Laila tersenyum manis dan menghulurkan sepinggan bihun goreng kepada Zara.

Zara menyambutnya dan terus mencapai garfu.

“Makcik.” Panggil Zara perlahan.

“Iya, sayang. Zara nak cakap apa ?

Zara memandang wajah wanita yang berada di hadapannya. Wanita yang sudah menjaganya selama 10 tahun selepas kematian abangnya. Wanita di hadapannya itu sudah berusia 40 tahun dan tidak mempunyai anak dan wanita di hadapannya itu juga sudah kematian suami. Zara mencapai tangan Makcik Laila dan matanya sudah berkaca mahu mengalirkan air mata tetapi di tahan.

“Kenapa Zara ?” tanya Makcik Laila.

“Zara minta maaf sebab menyusahkan Makcik. Zara tak sepatutnya menyusahkan hidup Makcik untuk jaga Zara. Maafkan Zara ye Makcik. Kalau Makcik nak Zara tinggalkan rumah ini, Zara akan tinggalkan…”Ucap Zara dengan air mata yang sudah membasahi pipi.

Belum sempat Zara ingin menghabiskan kata-katanya. Makcik Laila pantas mencelah.

“Zara, jangan cakap macam itu. Makcik anggap Zara macam anak Makcik. Zara tak perlu tinggalkan rumah ini dan untuk pengetahuan Zara. Zara tak pernah menyusahkan Makcik.” Ujar Makcik Laila. Tangan Zara di genggam erat.

“Tapi… Zara selalu menyusahkan Makcik dengan mimpi buruk Zara.” Tambah Zara lagi.

“Zara. Zara dengar sini. Makcik sayangkan Zara macam anak Makcik sendiri. Zara pon tahukan Makcik juga sebatang kara macam Zara. Kita berdua tidak ada siapa-siapa dalam hidup ini. Kita cuma berdua sahaja. Oleh sebab itu, Makcik harap sangat Zara duduk dengan Makcik supaya Makcik dapat jaga Zara macam anak Makcik.” Kata Makcik Laila dengan seikhlas hati. Sungguh dia sayangkan anak perempuan di hadapannya ini. Hatinya pilu melihat wanita semuda ini harus mengharungi hidup tanpa ibu dan ayah serta abangnya.

“Maafkan Zara Makcik.” Ucap Zara sekali lagi.

“Zara tak perlu minta maaf. Zara tak buat salah apa-apa pon. Mulai sekarang Makcik tak nak Zara cakap pasal ini lagi. Okay ?”

Zara mengangguk lemah.

*****

“Schedule saya hari ini ?” soal Dian yang baru masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dian berjalan menghampiri mejanya dan terus mengambil tempat duduk di kerusi mahal itu.

Maria di belakang Dian cuba mengejar langkah Dian. Laju betul boss berjalan hari ini. Minta-minta mood dia hari ini baik-baik sahaja. Tak laratlah pagi-pagi nak kena elak fail ala-ala movie action itu.

“Hari ini, Tuan Dian perlu berjumpa dengan Chef Aiman waktu lunch nanti untuk ‘Program Love Our Children’.” beritahu Maria secretary Dian.

Dian mengangguk kepala. “Lagi ?”

“Selepas itu Tuan Dian perlu berjumpa dengan Nek Salmah waktu dinner nanti.”

“Lagi ?”

“Hari ini Tuan Dian tak banyak appointment dengan client tapi esok schedule Tuan Dian penuh. Jadi esok Tuan Dian akan busy 100%.” Beritahu Maria.

“Okay. Get out.” Ujar Dian dengan nada suara yang begitu serious.

Dian Hidayat Putra adalah pemilik bagi Hidayat Putra Holdings. Dian sudah mengambil alih bisness ayahnya selepas kematian ayahnya iaitu 5 tahun dahulu. Kini Dian mengambil tugas sebagai ahli keluarga menjaga neneknya dan adik perempuannya. Dian adalah boss yang paling di takuti oleh semua pekerja di bangunan tersebut. Dian tidak mudah tersenyum selepas dia terlibat dalam kemalangan 10 tahun dahulu. Hidupnya penuh dengan rasa bersalah terhadap seorang wanita.



 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012