Followers

Friday 6 December 2013

JAUH 5 TAHUN SAJA




  "order ?" soal Izhar. 

  "bagi akak nasi goreng kampung satu." pesan Maria. Kepalanya hanya menunduk memandang handphone nya. Mesej dari Nur perlu dibalas. Minah ni waktu dinner aku lah yang dia sibuk nak mesej aku sembang pasal boyfriend dia. Haih~ nasib baik lah kau bestfriend forever aku. Kalau tak kau fikir aku nak layan semua ni.

  "air ?"

  "air ? akak nak....."ujar Maria sambil mengangkat wajahnya untuk memandang wajah pelayan yang mengambil pesanannya. Tercengang Maria apabila melihat wajah tampan milik Izhar. Hatinya berbunga riang secara tiba-tiba apabila melihat wajah Izhar.

  "akak nak air apa ?" soal Izhar sekali lagi.  

  "nak awak" jawab Maria dan laju-laju dia menekup mulutnya kerana terlepas cakap.

  "kalau akak nak saya, akak kene jadi isteri saya" jawab Izhar selamba. Mukanya tidak ada rasa malu langsung mengeluarkan jawapan sebegitu kepada Maria.

  "eh? no. no. no. akak bukan nak awak. akak nak teh ais. Teh ais. " jawab Maria laju. Pipi gebunya sudah bertukar menjadi merah. Malu dengan apa yang dikatakan tadi. Maria cepat-cepat menundukkan kembali wajahnya. 

  Izhar ketawa kecil sebelum beredar dari situ. Ada juga yang jenis macam ni.

*****

  Maria yang menanti makan malamnya. Termenung ke arah Izhar yang sedang mengemas meja makan. Matanya hanya tertumpu pada wajah Izhar. Di wajah Izhar bagai ada satu daya tarikan yang membuatkan dia tertarik untuk melihat dan merenung. 

  Izhar sedar akan mata yang memandangnya tapi dia biarkan saja. Dia sudah biasa dengan situasi begini. Sebelum ni ada yang lagi teruk sampai terjah minta nombor phone bagai.

  "Izhar!" panggil Faisul, abang kepada Izhar. 

  "orait!" jawab Izhar. Faham dengan arahan abangnya yang menyuruh menghantar makanan. Dulang yang berisi nasi goreng kampung dan juga teh ais itu diangkat perlahan-lahan dan mendekati Maria dengan senyuman.

  Maria yang sedar akan kehadiran Izhar yang sudah ingin menghampirinya, Gelabah. Handphone di tangan dibelek. Cuba berlakon yang dia tidak sedar akan kehadiran Izhar. Lakonan palsu.

  "your dinner " ujar Izhar lembut. Nasi goreng kampung dan teh ais dipindah ke atas meja. 

  "terima kasih." ucap Maria tidak beriak. Handphone diletakkan kembali di tepi. Matanya hanya tertumpu pada hidangan yang berada di atas meja. Sedap. Maklumlah, dari pagi sampai lah sekarang barulah dia dapat menjamah makanan yang berat. 

  Tanpa rasa segan Izhar terus mengambil tempat duduk dihadapan Maria. Dulang berwarna coklat itu di tolak tepi. Maria terkejut dengan perbuatan Izhar. Apa pulak ni ?

  "eh? Kenapa duduk sini ?" soal Maria bingung.

  "akak makan, saya temankan" jawab Izhar. Maria tercengang mendengar jawapan dari mulut Izhar. Jantungnya sudah berdegup laju. Tegak bulu romanya melihat kehadiran Izhar didepan matanya.

  "nanti boss awak marah" kata Maria untuk menghalau Izhar dari duduk bersamanya. Matanya menjeling pelanggan di sekelilingnya. Nasib baik tak ada orang usya pelik. Kalau tak parah dirinya menahan malu.

  "jangan risau, ini restoran bapak! saya punya." beritahu Izhar. Perkataan bapak ditekan sedikit kuat.

  "tak kiralah ni restoran bapak! awak or nenek! awak. awak pergilah sana." halau Maria. Segan pula bila Izhar duduk semeja dengannya. Sudahlah mereka tidak mengenali diantara satu sama lain. Tiba-tiba nak duduk semeja dan temankan dia makan. Pelik-pelik je budak ni.

  "tadi saya nampak akak pandang-pandang saya. Kenapa ?" Izhar mengangkat kening pada Maria. Maria yang baru hendak mula menyuap makanan kedalam mulut, terhenti. Dia nampak ?

  "bila ? mana ada akak usya awak. Perasan!" ujar Maria untuk menutup malu. Sesudu nasi goreng kampung disumbat kedalam mulut. Perutnya sudah menjerit-jerit kerana lapar.

  "sebab saya perasan lah, saya tanya akak. Tadi waktu saya kemas meja tu, saya nampak akak kusyuk pandang saya. Kenapa ? Jatuh cinta ?" tanya Izhar.

  Maria menggeleng kepala. "hush! tak adalah, sampai ke situ pulak."

  "akak dah ada boyfriend ?"

  "belum." jawab Maria lurus bendul.

  "patutlah akak usya saya." balas Izhar.

  Maria menghirup sedikit air untuk melancarkan saluran tekaknya yang hampir-hampir tersangkut. "apa maksud awak ?"

  "tak ada apa-apa. Makanlah."

  "tengah makan lah ni. awak yang kacau." kata Maria.

  Izhar hanya membalas dengan senyuman. Dia tidak tahu cara ingin berbual dengan Maria. Dirinya seakan hilang kata-kata ingin mengayat. Kenapa ye ?

 Maria yang masih menjamah makanan dengan keadaan yang kurang selesa hanya berdiam diri. Tidak tahu ingin berkata apa-apa. Matanya hanya tertumpu pada nasinya.

  "saya pinjam phone akak jap."  laju tangan Izhar mencapai handphone milik Maria yang berada di tepi segelas teh ais.

  "eh! eh! awak nak buat apa tu ?" soal Maria sebaik saja sedar handphone nya dirampas secara tidak rasmi oleh Izhar. Tangannya cuba dipanjangkan untuk mencapai handphone tetapi gagal kerana Izhar pantas mengelak.

  "akak jangan risau saya tak buat apa-apa. saya save nombor saya je." ujar Izhar sambil menaip sesuatu. Izhar membuat panggilan pada handphone miliknya untuk mendapat nombor Maria. Sempat juga dia save kan nombor phone nya supaya Maria tidak keliru.

  "akak nak buat apa dengan nombor awak ?" soal Maria. Tangan sekali lagi dipanjangkan untuk merampas kembali phone nya tetapi gagal.

  "akak boleh call saya bila akak rasa rindu." ujar Izhar selamba. Yakin benar dirinya mengatakan Maria sudah jatuh cinta pada dirinya. Dirinya pula bagaimana ? Adakah turut sama jatuh cinta ?

  "Izhar!!!" panggil Faisul.

  "nah!" Izhar kembali menyerahkan phone Maria. Maria terus mencapai dan memasukkan ke dalam beg tangannya. Takut benar kalau Izhar buka ruang yang tak sepatutnya dilihat. Sebagai contoh, gambarnya yang tidak bertudung.

  "ok lah akak. akak makan. saya nak buat kerja. kalau rasa rindu mesej atau call saya. Insyaallah saya angkat." kata Izhar dan terus menghilangkan diri membantu abangnya melakukan kerja.

  Maria menganga. Apalah masalah budak tu ?

******

  Kring! Kring! Kring!

  "siapa pulak yang call aku pagi-pagi buta ni ?" marah Maria. Bantal yang dipeluk dicampak ke tepi. Tangannya meraba atas katil untuk mencari handphone. Ish! mana pergi pulak ni ?

  Kring! Kring! Kring!

  "sabar lah!" marah Maria yang sudah menjumpai handphone. Tanpa melihat skrin handphone, Maria terus menyentuh butang hijau. Handphone di dekatkan pada cuping telinga.

  "hmmm ? siapa ?" soal Maria dengan suara serak yang masih mamai. Rambut yang serabai menutupi wajah di tolak ke tepi.

  "akak tidur lagi ke ?" soal Izhar ingin tahu. Mak aii! anak dara sorang ni, jenis yang bangun lewat ke ? Macam mana nak buat jadi bini aku ?

  "mmm, akak tidur lewat lah semalam." jawab Maria tanpa sedar dengan siapa dia sedang bercakap.

  "pukul berapa tidur ?" soal Izhar. Dia ni macam tak sedar je aku call dia. Mamai lagi lah ni.

  "Lepas solat subuh."

  "ok. Mulai sekarang akak kena belajar tidur awal dan bangun awal supaya senang nanti kalau akak jadi isteri saya." ujar Izhar panjang lebar.

  "isteri ?" Maria berkerut dahi. Tiba-tiba dirinya terasa hairan dengan panggilan yang dijawab. Isteri apa pulak ni. Maria melihat Skrin handphone. Matanya yang kabur cuba di buka luas untuk melihat nama pemanggil.

  "Izhar ?" soal Maria.

  Izhar yang mendengar di corong telefon. Tersenyum. Baru sedar lah tu. Agak-agak apa reaksi dia.

  "Izhar mana pulak ni ?" Maria bangun dan duduk bersila. Skrin handphone direnung tajam. Otaknya masih lemah untuk mengingati sesuatu.

  "Hello"

  "ye, saya. Hello. Ini siapa ye ?" soal Maria yang sudah sedar dari mamai.

  "saya Izhar."

  "Izhar ?"

  "ye. Semalam kita jumpa. Remember ?"

  Maria menggaru kepala. " kejap. kejap."

  "restoran~~~" sebut Izhar panjang.

  Maria terkejut. Jantungnya berdegup laju sebaik saja teringat akan jejaka semalam yang cuba mendekati dirinya. Tangan kanannya terus di letakkan pada dada. Sungguh! dia dapat rasakan jantung berdegup laju. Mata Maria sudah terbuka luas. Mulutnya terkedu.

  "hello, are you still there ?"

  "mmm....mmm... ye." tergagap-gagap Maria ingin membalas. Dia sudah tidak senang duduk bila mendengar suara Izhar. Maria sendiri tidak pasti kenapa dia berubah begini.

  Izhar ketawa kecil.

  "kenapa gelak ?"

  "akak gelabah saya call akak ?" soal Izhar yang sudah tersenyum sendiri di atal katil. Hari ini dia tidak ada mood ingin membantu abangnya di restoran. Hari ini dia ingin rehatkan diri sepuas yang mungkin. Petang nanti dia hendak berjalan di Lake Valley pula. Sudah lama dia tidak berjalan ke situ sambil melihat hamba-hamba Allah dan menenangkan fikirannya.

  "ha? mana ada! akak tak gelabah pon." Maria menjeling jam loceng yang tegak berdiri di atas meja kecil di sisi katilnya. Jarum sudah menunjukkan pukul 12.30. Mak aii! matahari dah tegak atas kepala baru aku sedar. Nasib baik mamat ni call aku. Kalau tak mahu sampai asar aku tidur.

  "oookkkk." Izhar ke hilangan kata-kata. Dia bagai tidak tahu cara ingin berbual dengan Maria. Tiba-tiba keadaan terasa sangat kekok.

  Maria yang sudah terdiam membisu. Cuba bersuara untuk menyesuaikan dirinya dengan Izhar. "kenapa awak call akak ?"

  "sebab saya saja nak test akak. Akak angkat ke tidak call saya dan sekarang akak dah angkat call saya. Then, saya dapat rasa yang saya boleh ngorat akak."

  "jangan merepek. bye!" balas Maria dan terus mematikan panggilan tanpa berfikir panjang. Tangannya sedikit mengeletar. Aku gelabah ? maybe~

  Izhar mencebik dan kemudian tersenyum.

****

  Maria yang sudah bosan tahap dewa ke-18 di rumah sedang berjalan-jalan di Lake Valley. Kakinya hanya melangkah perlahan. Sudah beberapa orang yang berjoging melepasi di sebelahnya. Matanya hanya tertacap pada air tasik. Otaknya sedang ligat berfikir. Berfikir tentang Izhar! Maria hairan dengan dirinya yang asyik memikirkan Izhar.

  "kenapa ni? takkan baru jumpa sekali kau dah sangkut dengan dia." ujar Maria seorang diri. Kepalanya di pegang. Sedang Maria sibuk melayan perasaan sambil melangkah perlahan-lahan. Tiba-tiba handphone berdering minta di angkat. Maria terkejut melihat skrin handphone yang tertera nama Izhar. Dia lagi ?

  "Assalamualaikum." Maria memberi salam sebaik saja dia memutuskan diri untuk menjawab panggilan Izhar. Dirinya berani menjawab panggilan Izhar sedangkan jantungnya sedang berdegup laju.

  "waalaikumussalam." jawab Izhar. Tubuh Maria yang sedang berjalan perlahan di hadapannya dengan jarak lebih kurang 8 langkah itu di tenung. Sewaktu Izhar sampai di Lake Valley, dia terperasan yang Maria sedang menuruni motor skuter. Disebabkan dirinya sedang cuba mendekati Maria, Izhar terus mengatur langkah mengekori Maria dari belakang secara senyap.

  "ada apa ?" soal Maria yang tidak sedar langsung dirinya sedang di tenung oleh seseorang dari belakang.

  "nothing cuma saya nak tanya. Akak ada dekat mana ?"

  "mmm.. akak dekat rumah." tipu Maria cuba mengelak. Kalau dia beritahu Izhar dia berada di Lake Valley pasti jejaka kacak itu akan datang ke mari. Jadi lebih baik dia tipu.

  "owhhh dekat rumah tapi kan kak saya ada nampak seseorang macam akak dekat Lake Valley ni. Sama sangat." usik Izhar. Dirinya sudah tersenyum seorang diri.

  Bulat mata Maria. Maria memberhentikan langkah. Matanya terus ke kiri ke kanan mencari kelibat Izhar. Dia ada dekat sini ke ? "sama macam akak ? pelanduk serupa kot ?"

  "akak cari siapa ?" soal Izhar dari belakang.

  Maria tersentak. Tubuhnya kaku. Dirinya dapat merasakan ada seseorang di belakangnya. Jangan-jangan Izhar! Perlahan-lahan Maria menoleh. Hampir terlepas handphone di tangan. Sebaik saja wajah kacak Izhar berada di depan mata.

  Izhar tersenyum menggoda.

  Maria mengundur ke belakang sedikit. Terkejut dia dengan jarak dirinya dengan Izhar. Sangat hampir~

  "awak buat apa dekat sini ?" soal Maria. Gelabah.

  "saya nak jogging tapi bila saya ternampak akak. Terus! hilang mood saya nak jogging. Mood mengorat pula yang muncul." sakat Izhar.

  Pipi Maria sudah kemerahan menahan malu. "merepek"

  "akak nak teman saya makan aiskrim ?"

*****

  "akak, nama akak apa ?" soal Izhar ingin tahu.

  "Maria. Kak Maria." jawab Maria yang sedang kusyuk menikmati aiskrim.

  "umur ?"

  "25 tahun."

  "jauh 5 tahun dari saya. ok lah tu." ujar Izhar tiba-tiba.

  Dahi Maria berkerut. "apa yang ok ?"

  "umur saya 20 so saya rasa tak jadi masalah kalau isteri saya 25." terang Izhar selamba.

  "awak dah ada bakal isteri  ?" soal Maria terkejut. Dirinya bagai terasa sudah terlepas satu peluang yang sangat besar.

  Izhar mengangguk.

  Maria menutup mata sekejap. Aiskrim coklat di tangan sudah terasa lain. Maria terasa hendak membaling saja aiskrim itu ke muka Izhar. Kenapa aku perlu rasa sakit hati ?

  "akak lah bakal isteri saya." ucap Izhar tiba-tiba.

  Maria yang sedang di landa sakit hati. Tiba-tiba terkedu, aiskrim di tangan bagai sudah hendak terlepas. Hebat sungguh cara budak ni mengayat aku. Maria cuba menenangkan diri.

  "akak ?" soal Maria sambil buat-buat nak gelak. Padahal hatinya sudah berbunya riang.

  "iye. akak"

  "akak ni tua pada awak. Tak sesuai lah." Maria memberi alasan.

  "cintakan tak mengenal usia so tak jadi masalah. Lagipon jauh 5 tahun je. Apalah sangat." kata Izhar selamba.

  "awak tu belajar lagi. Nanti kalau awak kahwin dengan akak. Awak nak bagi akak makan apa ?" tanya Maria.

  Izhar ketawa kecil. "saya kaya jangan risau."

  "senangnya cakap." balas Maria.

  "so akak nak kahwin dengan saya tak ? saya melamar ni" ucap Izhar selamba bin badak. Sungguh dirinya berani berkata begitu pada Maria.

  "eh, kejap! kenapa kita sembang pasal kahwin. Kita ni baru je kenal, tak sampai seminggu pon" ujar Maria yang baru sedar dari topik yang sepatutnya tak perlu di bicara.

  "manalah saya tahu, saya tengok akak macam enjoy je sembang pasal nak kahwin dengan saya" 

  Maria menggeleng kepala laju. "mana ada!"

  Izhar tersenyum. "akak boleh tak kalau saya nak kita berbahasa 'saya awak' "

  "silakan. Akak tak kisah pon awak nak panggil apa." balas Maria. 

  "kalau macam tu boleh lah saya panggil awak 'sayang' ?" Izhar mengukir raut wajah gatal. Saja hendak menyakat Maria.

  "kalau rasa nak kena campak dalam tasik tu try lah panggil." ujar Maria berbaur amaran.

  "ganas rupanya." kutuk Izhar berbisik. 

  Maria yang terdengar suara Izhar yang seakan berbisik terus menoleh memandang Izhar. "apa dia ?"

  "nothing." jawab Izhar. 

*******
beberapa bulan......

  Sudah lebih 5 bulan Izhar dan Maria berkawan. Sungguh diantara mereka wujud keserasian untuk hidup bersama. Mereka rajin jogging , makan, berjalan dan bersembang bersama. Kedua ibubapa mereka sudah mengenali mereka di antara satu sama lain. Ibubapa Maria berminat dengan Izhar. Ibubapa Izhar berminat dengan Maria. Walaupon umur mereka agak jauh tapi itu tidak ada masalah di antara mereka kerana Izhar mempunyai sifat yang matang dan Maria mempunya sifat yang tidak matang.

  "Sorry saya lambat." ucap Maria yang baru saja sampai di restoran family Izhar.

  Izhar hanya berdiam diri.

  "i'm really sorry, Izhar. Maafkan saya."

  Izhar masih berdiam diri. Dia hanya menatap wajah Maria yang cemas kerana terlewat datang ke restoran keluarganya. Maria sudah lewat setengah jam. Panas punggungnya menanti kehadiran Maria.

   " Tadi waktu saya nak datang sini, saya dah mandi wangi-wangi tiba-tiba saya terjatuh tergelincir dalam longkang yang entah jatuh dari planet mana entah. Habis baju saya bau busuk. Then saya terpaksa mandi sekali lagi sebab tak nak jumpa awak dalam keadaan bau longkang. Lepas saya siap-siap saya nak naik skuter tiba-tiba minyak pulak yang dah tinggal setitik so saya terpaksa singgah Petronas isi minyak. Now saya dah ada depan mata awak. Sorry~"  terang Maria panjang lebar. Dia risau Izhar marah akan dirinya. Ini baru kali pertama Izhar mempamerkan riak wajah sebegitu. Sebelum ini tidak pula dia tayang riak tak puas hati tu. 

  "saya tak tanya pon." balas Izhar pendek dengan nada dingin.

  "err...err.. saya cuma nak bagitahu. Awak marah ?" tanya Maria.

  Izhar mengangguk. 

  "sorry~ seriously saya minta maaf. Saya janji takkan buat lagi." Maria mengangkat tangan kanan ke dada.

  "saya tengah marah ni and saya nak awak dengar apa yang saya cakap. Faham ?" suara Izhar bernada serious.

  Maria mengigit bibir dan menganggukkan kepala. Jantungnya sedang berdegup laju. Gerun.

  "saya nak awak janji dengan saya yang awak akan cakap 'ya' untuk pertanyaan saya nanti. Got it ?" 

  Maria mengangguk. 

 "ulanglah apa yang saya cakap."

 " ye! saya janji saya akan cakap 'ya!' untuk soalan awak nanti." ujar Maria. Matanya hanya memandang tepat mata coklat Izhar.

  "good. Dengar elok-elok." pesan Izhar.

  "ye" Maria hanya menundukkan kepala.

  Izhar di hadapan terus berdiri menghampiri Maria yang sedang duduk. Dengan perlahan-lahan Izhar melutut di hadapan Maria. Maria yang sedang akan perbuatan Izhar terus memandang Izhar aneh. Apa pula yang dia nak buat ni ?

  Izhar mengeluarkan sesuatu dari poket seluar dan terus mengucap. "sudikah awak menjadi yang halal buat saya ?"

  Maria ternganga. Cincin berlian di depan mata sedang berkilauan di anak mata. Air liur sudah tersangkut di anak tekak. Dia tidak menyangka bahawa Izhar akan melamar dirinya.

  "tadi awak dah janji nak cakap 'ya'" ujar Izhar bila melihat Maria yang tidak ketahuan ingin membalas apa.

  Maria menanmpar lengan Izhar.  

  "so sudi tak awak jadi isteri saya ?"  soal Izhar meminta kepastian.

  "kalau saya tak janji pon saya akan cakap 'ya' dan saya memang nak cakap 'ya!' untuk soalan awak ini. Izhar, jawapan saya untuk soalan awak adalah YA!" jawab Maria dan terus memeluk Izhar. 

  Izhar terkejut dan terus mengangkat kedua tangan ke udara. "jangan peluk saya. Tunggu lepas kahwin." 

  Maria terkejut dengan reaksinya dan terus melepaskan tubuh Izhar. Dia berasa malu kerana memeluk tubuh Izhar yang belum halal untuk dirinya. "sorry."

  "kita buat semua tu lepas kahwin. ok ?"

  Maria tersenyum malu. 

  "nah! sarung lah cincin ni sendiri." arah izhar. 

  Maria mengambil cincin di jari Izhar dan terus menyarung ke jari manisnnya. Muat. "terima kasih."

  "i love you!" ucap Izhar.

  "i love you too!" balas Maria. 


Thursday 3 October 2013

KAU KAYA, CARI AKU, KITA KAHWIN



Mata sepet Haikal memerhati ruang kelasnya yang riuh rendah seperti mengadakan party. Matanya tertacap pada Syafinaz yang seronok bersembang dengan Laila di hujung kelas. Haikal menggelengkan kepala dan kembali membaca bukunya. Earphone berwarna hitam disumbat kedalam lubang telinga. Keadaan kelas yang riuh rendah mengganggu ketenteramannya untuk membaca buku tapi dia tetap teruskan jua membaca.


  "weh, Finaz besar nanti aku nak kahwin dengan orang kaya. Senang sikit hidup aku nanti" ujar Laila tiba-tiba.

  Syafinaz tergelak kecil.

  "kau ni macam tak ada benda lain nak fikir. Asyik-asyik kahwin" kata Syafinaz yang tidak berapa minat dengan hal-hal perkahwinan. Baginya umurnya masih muda ingin berfikir tentang alam perkahwinan. Baru form 5 kot, takkan nak fikir pasal kahwin. Umur-umur macam ni sepatutnya enjoy. Tak payah nak bercinta-cinta ni. Buang masa!

  "weh! umur macam kita ni lah nak kene fikir kahwin awal tau! Umur kita dah 17 weh. 17!" buku teks ditangan Laila dihentak kuat di atas meja. 

  Syafinaz terus merampas buku teksnya. Lunyai! juga buku teks aku ni karang.

  "kalau kau nak tau bila-bila je ibu kau tu boleh kahwinkan kau dengan bangla hujung lorong rumah kau tu." sambung Laila. 

  Syafinaz mencebik. Ingatkan dah habis.

  "ala relax lah, kalau ada jodoh tak kemana lah" ujar Syafinaz ingin mempertahankan pendiriannya. Inilah masalah si Laila banyak sangat terpengaruh dengan novel, drama korea and boyfriend dia!

  "serious aku cakap kau kene fikir. Mana lah nak tau, tiba-tiba tak ada siapa nak kat kau." bidas Laila dengan sindiran. 

  "mulut tu baik sikit. Kalau tak ada siapa nak kat aku, senang je caranya. Aku kahwin je dengan si Haikal tu. The End!" jari telunjuk Syafinaz laju menunding belakang tubuh Haikal.

  "dia cakap dengan kau pon tak pernah. Nak kahwin! choi!" kata Laila.

  Syafinaz menjeling pada Laila.

  "lagipon kan, Haikal tu miskin weh." kutuk Laila tak bertapis.

  Syafinaz membulatkan mata. "gila kurang ajar kau!" marah Syafinaz.

  "apa ? benda betul kot, tengok earphone tu. Semua tu secondhand je. Tak adanya yang original." tambah Laila.
  
  Laju tangan Syafinaz menampar bahu Laila. "Lebih arr kau, tak baik kot cakap macam tu"

  "benda betul!"

  "cuba kau tengok boyfriend aku, duduk rumah banglo, pakai iphone, ada kereta sendiri. Lengkap segala-galanya." puji Laila melambung pada buah hatinya. 

  "hish! malaslah aku layan kau. Menyakitkan hati! kalau kutuk orang nombor satu. Harta benda tu tuhan boleh tarik sekelip mata je lah, Laila. Silap-silap nyawa boyfriend kau tu pon dia boleh tarik kejap lagi." ujar Syafinaz pada Laila dan terus berlalu ke meja Haikal.

  Laila terdiam. 

*****

  "Haikal, kau tengah buat apa ?" soal Syafinaz. Kerusi disebelah Haikal ditarik kehadapan meja Haikal dan terus melabuhkan punggung. Salah satu hobi Syafinaz didalam kelas adalah mengganggu ketenteraman Haikal. Setiap hari persekolahan Syafinaz akan pergi ke tempat Haikal dan buat kacau. Ada saja perkara yang ingin diusik pada Haikal tetapi malang Haikal tidak pernah membalas kata-katanya. Hampir 2 tahun mereka satu kelas tapi Haikal tak pernah bercakap dengan Syafinaz. 

Kadang-kadang Syafinaz terasa jugak sebab bila dengan budak lain, mau pulak Haikal keluarkan suara tetapi bila dengan dia pasti Haikal berdiam diri. Dia pon tak tahu kenapa dan disebabkan itu jugak lah Syafinaz makin semangat dan geram ingin mengusik Haikal. Syafinaz tekad ingin membuatkan Haikal bersuara bila dengannya.

  Haikal yang kusyuk membaca buku, hanya membisu.

  Bila melihat Haikal yang tidak memberi sebarang respon, tangan Syafinaz terus menarik earphone yang berada di telinga Haikal. Haikal tersentak dan terus mengangkat kepala. 

  "Haikal! kau buat apa ?" soal Syafinaz sekali lagi. Geram!

  Haikal memandang Syafinaz pelik. aik! bila minah ni ada depan aku ? Tadi bukan ada dekat belakang ke ?

  "Haikal! boleh tak sekali jeeeee. Kau bercakap dengan aku. Please!!" ujar Syafinaz separuh merayu. Sungguh dia tidak tahu kenapa dia begitu mahu Haikal bercakap dengannya. Kadang-kadang Syafinaz terasa pelik juga dengan dirinya. Kenapa dia begitu gemar ingin mengusik Haikal, ingin mendengar suara Haikal bercakap dengannya.

  Haikal tidak peduli dengan kata-kata Syafinaz, dia kembali memakai earphone tanpa memperdulikan Syafinaz yang berada didepannya. Muka surat seterusnya diselak. Butang pause di phonenya disentuh secara diam-diam.

  Syafinaz mengeluh.

  "ok! fine. kau tak nak cakap dengan aku. Aku faham." ujar Syafinaz dengan keluhan dibibir.

  Tiba fikiran Syafinaz teringat pada kata-kata Laila. Tanpa berfikir panjang, laju saja mulut Syafinaz melafazkan sesuatu.

  "Haikal, nanti kalau kau dah kaya, kau cari aku tau. Kita kahwin" ujar Syafinaz tiba-tiba dan terus bangun meninggalkan Haikal.

  Haikal yang baru hendak menyelak muka surat yang seterusnya berhenti. Kahwin ? Aku silap dengar ke apa ni ? Aku dah pause lagu kan ?

******
5 tahun kemudian....

  Kaki Haikal langkah masuk kedalam butik muslimah yang berjenama. Jubah-jubah yang pelbagai warna dan fashion menarik perhatiannya untuk membeli. Maklumlah Umi nya suka benar dengan jubah-jubah yang sebegitu. Mata Haikal kusyuk memandang jubah yang tergantung megah di dinding.

'Umi pasti suka! sebelum balik ke rumah lebih baik aku beli sehelai jubah. Maklumlah hari ini kan hari lahir ibu. Perlulah! aku bawa hadiah.' bisik hati Haikal.

  Sedang kusyuk Haikal memilih jubah, tanpa disedari dia sudah melanggar seorang wanita. Habis baju kemeja Haikal disimbah dengan air coca-cola.

  Bulat Haikal memandang baju yang sudah basah dan melekit. Haikal terus mengangkat wajah dan mencari siapa yang malang benar melakukan perkara sebegini.

  "maaf encik! sorry-sorry" kedengaran gadis itu meminta maaf. Kelam kabut saja gayanya.

  "sorry ? awak letak mata dekat mana ?" soal Haikal kasar tapi dengar suara yang mendatar.

  "maaf! saya betul-betul nak cepat." gadis itu meminta maaf sekali lagi.

  Tapi maaf itu tidak diambil peduli oleh Haikal. "awak kerja sini ?" teka Haikal.

  Gadis itu mengangguk lemah. Matilah aku, kalau dia mengadu dekat boss, mau kene pecat aku hari ni jugak!

  "saya nak jumpa boss awak." Haikal memberi kata putus.

  "cik! saya betul-betul minta maaf. jangan lah mengadu pada boss saya. Saya baru kerja sehari. tolong lah" gadis itu cuba meraih simpati.

  "saya peduli apa, awak kerja sini berapa hari. saya tak peduli saya nak jumpa boss awak juga."

   "yes! awak nak berjumpa dengan saya ?"  kedengaran suara dari belakang tubuh Haikal.

*******
  "sarah! ambilkan jubah yang warna biru tu!" arah Syafinaz pada pekerjanya. Sarah mengangguk dan terus menjalankan tugasnya.

  "nah boss!" Sarah menghulurkan jubah yang diminta oleh Syafinaz.

  "terima kasih" ucap Syafinaz dengan senyuman manis. Syafinaz adalah seorang boss yang sangat bertimbang rasa, dia juga tidak pernah sombong dengan pekerja-pekerjanya. Baginya pekerja itu dianggap sebagai rakan setugas. Sungguh Syafinaz rapat dengan pekerjanya, terutamanya Sarah.

  Sedang sibuk Syafinaz menguruskan jubah pada patung. Telinganya dapat menangkap bunyi riuh yang sedang berlaku di kawasan hadapan. Syafinaz mengerut dahi. "apa kene pulak tu ?"

  Syafinaz terus meninggalkan kerjanya dan berlalu pergi ke kawasan hadapan. Kelihatan seorang jejaka yang tinggi lampai bersama dengan pekerja barunya. Syafinaz mendekati Haikal dan gadis comel itu.

  " saya betul-betul minta maaf. jangan lah mengadu pada boss saya. Saya baru kerja sehari. tolong lah" gadis itu cuba meraih simpati.

  "saya peduli apa, awak kerja sini berapa hari. saya tak peduli saya nak jumpa boss awak juga."

  "yes! awak nak berjumpa dengan saya ?" soal Syafinaz dari belakang tubuh sasa Haikal.

  Gadis dihadapan Haikal sudah ingin menangis bila melihat kehadiran Syafinaz dibelakang Haikal.

  Haikal terus berpaling apabila mendengar suara Syafinaz dan dia terdiam untuk seketika. Matanya terpaku pada wajah suci milik Syafinaz.

  'Syafinaz!' jerit hati Haikal. Sekali pandang saja, dia sudah dapat mengenali wajah dihadapannya ini.

  "Encik ?" panggil Syafinaz, bila sedar jejaka dihadapannya sudah berangan entah kemana. Kalau nak berangan pon, tak payah lah pandang muka aku macam tu sekali.

  "sa sa saya" tiba-tiba suara Haikal tersangkut-sangkut ingin bersuara.

  "saya tuan punya kedai ni. Syafinaz." Syafinaz memperkenalkan diri dan tersenyum manis.

  'kan betul. ini Syafinaz!' ujar hati Haikal. Sekali lagi Haikal terpaku pada senyuman Syafinaz. Rindunya aku pada wajah comel ini. Sudah berapa tahun tidak berjumpa, akhirnya berjumpa juga aku dan dia.

  "boleh saya tahu apa yang terjadi ?" soal Syafinaz ingin tahu perkara yang sebenar. Haikal kembali kealam realiti bila Syafinaz mengajukan soalan.

  "pekerja awak ni, dia tumpahkan air pada kemeja saya dan saya..." terang Haikal.

  Tapi belum sempat Haikal habiskan penerangannya. Laju saja Syafinaz memotong. "oh! begitu. Kalau macam tu biar saya yang bayarkan ganti ruginya. Encik boleh ikut saya sebentar ?" soal Syafinaz.

  Haikal membalas dengan mengangguk.

  Sebelum Syafinaz melangkah pergi sempat dia berpesan pada Ain untuk menjalankan tugasnya seperti biasa dan biarkan saja dia sebagai boss yang menyelesaikan masalah ini. Mia hanya menurut.

  Dalam perjalanan ingin kepejabat Syafinaz. Rancak benar mulut Syafinaz berbicara. "maafkan pekerja saya. Dia baru dekat sini, lagipon air yang dibawa tu. Saya yang pesan. Maaf sekali lagi." ucap Syafinaz memohon maaf.

  Haikal hanya mengangguk. Dia tidak tahu ingin membalas apa. Yang pasti dia lebih suka merenung wajah mulus Syafinaz.

  "Encik tunggu sebentar." ujar Syafinaz bila sampai dihadapan pintu pejabatnya. Haikal mengangguk. Syafinaz terus masuk kedalam bilik pejabatnya.

  Tidak sampai berapa minit Syafinaz keluar dengan sekeping duit seratus ditangan dan sekeping kad. Haikal hanya memerhari tingkah laku Syafinaz.

  "saya rasa jumlah ini cukup untuk kemeja encik." Syafinaz menghulur duit pada Haikal tetapi Haikal menolak.

  "Syafinaz ?" soal Haikal.

  Syafinaz yang sedikit blur hanya mengangguk kepala.

  "awak tak kenal saya ?"

  Syafinaz menggelengkan kepala. Wajah kacak milik Haikal direnung lama. Otaknya ligat mengingatkan wajah yang ada dihadapannya.

  "Ha...Hai..Haikal ?"soal Syafinaz tergagap. Bila sedari wajah kacak dihadapannya adalah seorang yang pendiam dan tidak pernah ingin bercakap dengannya. Ini bagaikan mimpi.

*****

  " aku macam tak percaya kau cakap dengan aku. Haikal cakap dengan aku ?! Tiba-tiba rasa nak demam" ujar Syafinaz. Tapak tangannya diletakkan pada dahi tanda ingin memeriksa suhu badannya. Terkejut benar bila Haikal bercakap dengan dia.

  Haikal tergelak kecil. Kelakar melihat reaksi Syafinaz.

  " betul ke kau ni Haikal kelas 5 Bestari yang aku selalu kacau tu ?" soal Syafinaz meminta kepastian. Dia masih ragu-ragu dengan lelaki dihadapannya ini.

  "iye. Aku lah ni, Haikal " jawab Haikal  dengan senyuman tak lekang dibibir.

  Syafinaz ketawa seronok.

  "tak sangka aku. Akhirnya, mahu juga kau bercakap dengan aku." ujar Syafinaz sebelum air jus tembikai itu dihirup masuk ke dalam mulut dan melalui anak tekaknya.

  "dah puas hati kau bila aku cakap dengan kau ?" soal Haikal ingin tahu.

  "gila! mestilah! kau bayangkan, kau tak pernah cakap dengan aku langsung sampai waktu kita ambil result pon kau boleh buat don't know je dengan aku. Sabar je la" luah Syafinaz geram.

  Haikal hanya tergelak kecil.

  "kau amacam sekarang ? kerja mana ?" soal Syafinaz ingin tahu. Mana lah tahu mamat depan aku ni dah jadi jutawan. Maklumlah, kalau dalam kelas dulu Haikal je yang selalu scor semua subjet A dalam kelas. Yang B C D E F G semuanya ditolak pada kami yang tak berapa nak bijak ni.

  "Alhamdulillah, aku sihat. Kerja ehh ? Entahlah" jawab Haikal acuh tak acuh.

  "haih! Pakai baju bukan main smart, takkan pasal kerja pon kau ragu-ragu nak jawab." ujar Syafinaz selamba. Bila melihat cara pemakaian Haikal yang smart berkemeja biru laut dan digandingkan dengan kot berwarna hitam, tak dilupakan juga kasut hitam yang agak berkilat itu pasti korang akan sangka dia bekerja dalam pejabat yang ada aircon, ada lif, dan perabot-perabot yang serba mewah.

  "kau dah kaya eh sekarang ?" soal Syafinaz tanpa berfikir panjang. Mulutnya hanya melontar soalan yang terlintas di fikiran.

  Haikal tersenyum. Di fikirannya tiba-tiba muncul satu idea untuk mengusik Syafinaz,

  "kalau aku kaya kau nak kahwin dengan aku ?"

  Syafinaz terkedu mendengar soalan dari mulut Haikal. Jantungnya berdegup laju. Tiba-tiba otaknya teringat pada kata-katanya untuk Haikal sewaktu didalam kelas dahulu.

 "Haikal, nanti kalau kau dah kaya, kau cari aku tau. Kita kahwin"

  Syafinaz terdiam tidak membalas apa-apa. Mulutnya terkunci untuk memberi jawapan. Matanya hanya terpaku pada wajah kacak milik Haikal. Apa aku nak jawab ni ?

  "Finaz!" panggil Haikal untuk menyedarkan Syafinaz yang termenung memandang wajahnya.

  Syafinaz tersedar dari lamunan. "mmm ? apa ?"

  "aku tanya kalau aku kaya kau nak kahwin dengan aku tak ?" soal Haikal sekali lagi.

  Syafinaz mengigit bibir. "apa maksud kau ?"

  "maksudnya aku nak kahwin dengan kau lah" ujar Haikal selamba. Diluaran saja selamba, dalam hati hanya Allah yang Maha Esa saja yang tahu. Jantungnya bagai nak meletup menahan rasa debaran menunggu jawapan Syafinaz.

 "kau buat lawak eh? Haikal."

  "mana ada aku buat lawak. Serious ni." Haikal buat muka serious.

  " kau kaya ?" soal Syafinaz, hanya soalan itu yang terlintas dibenak hatinya. Dia sudah tidak tahu ingin mengajukan apa-apa kenyataan.

  'kenapa dengan aku ni ? gelabah semacam. relax Finaz. Relax' bisik hati Syafinaz.

  "boleh tahan juga lah. Kalau hadiah birthday kau tu, aku boleh hadiahkan satu rumah banglo." jawab Haikal sedikit belagak.

  Syafinaz mencebik.

  " so ? nak kahwin dengan aku ?"

  " No comment !" jawab Syafinaz laju. Tangan yang sejuk di gosok untuk menghasilkan sedikit haba.

  Haikal ketawa tiba-tiba.

  "asal kau gelak ? ada sawan ?" soal Syafinaz hairan. Apa kena entah mamat ni, tiba-tiba gelak.

 "weh, aku gurau je lah! kau tak payah lah nak gelabah sangat."

 " gurau ?" soal Syafinaz sedikit 'noob'

 "iye. aku gurau je lah!"

  " Ya Allah, Haikal. Sampai hati kau main kan aku. Kau tahu tak jantung aku ni bagai nak meletup. Sabar je lah. Aku cuak tahu tak!" luah Syafinaz geram. Tangan kanannya diletakkan didada. Dapat dia rasa jantungnya berdegup laju dari yang biasa. Haikal ni kalau nak menyakat aku pon, tak payah lah sampai nak ajak kahwin. Nak tercabut aku dengar.

  "haha! kau suka aku ye ?" soal Haikal serkap jarang.

  Syafinaz menggeleng. "mana ada!"

  "eh! kejap-kejap. Aku lupa pula nak tanya kau something. Lepas cakap pasal kahwin ni, baru aku teringat."

  "apa  yang kau nak tanya ?"

  "Kau dah kahwin ?" Haikal mengangkat kening menunggu jawapan dari mulut Syafinaz.

  Syafinaz menggeleng.

  "tunang ?"

  "belum"

  "boyfriend ?"

  "belum ada"

  "kau single mingle lah ni ?"

  "mmm, macam tu lah" jawab Syafinaz acuh tak acuh.

  "kira aku ada peluang lah ni ?" soal Haikal lagi.

  "peluang apa ?"

  "tackle kau!" jawab Haikal sambil tersengih.

  "merepek!" Syafinaz menjeling. Lain macam pula rasanya.

******

  " Boss, lelaki yang handsome datang kedai kita hari tu siapa ? kekasih gelap boss eh ?" soal Sarah serkap jarang. Laju tangan Syafinaz menampar bahu Sarah.

  "woi! mana ada. Kawan sekolah dulu." jawab Syafinaz tenang.

  "kawan yang macam mana tu ?"

  Syafinaz meninjau-ninjau butiknya sebelum menjawab pertanyaan Sarah. "nak akak story ?"

  Sarah mengangguk.

  "dulu waktu sekolah menengah, kalau sarah nak tahu. Mamat tu tak pernah cakap langsung dengan akak. Cuba Sarah bayangkan, satu kelas selama 2 tahun. Dia langsung tak pernah bersuara bila dengan akak. Akak ni je la yang terhegeh-hegeh dok kacau dia, menyakat dia, sembang dengan dia tapi dia... hemh!.. haram~ satu patah perkataan pon tak pernah nak keluar nak bercakap dengan akak. Sampai kitorang ambil result tau. Akak pon tak tahu lah dia dapat berapa dalam SPM. Tup! Tup! Kelmarin dia muncul, cakap dengan akak pulak tu. Serious akak rasa macam nak demam. Terkejut sangat." cerita Syafinaz panjang lebar. Mujur butiknya tidak ada pelanggang yang menyinggah. Kalau tidak mahu ada sambungan cerita dia ni.

  "dia jumpa akak, akak cerita apa dengan dia ?"

  "tak ada cerita apa-apa pon. Cerita macam jumpa kawan-kawan lain. Cuma rasa pelik sikitlah, tak sangka pula. Mamat tu jenis peramah and kuat menyakat."

  "haha! dia menyakat akak apa ?" soal Sarah. Seronok benar dia mendengar cerita majikannya.

  "dia ajak akak kahwin." jawab Syafinaz selamba.

  "then ? jantung akak berdegup tak ?"

  "gila! kau Sarah. Jantung akak ni, rasa macam nak tercabut, meletup. Macam-macam lah. Nasib baik akak pandai cover line."Sarah ketawa bila melihat reaksi Syafinaz yang bersungguh-sungguh menceritakan tentang situasinya bersama Haikal.

  "asal sarah ketawa ?"

  "itulah yang dinamakan jodoh"

  "jodoh apa benda pulak, kau ni Sarah ? tiba-tiba je" dahi Syafinaz berkerut. Hairan.

  "yela, dah berapa tahun berpisah. tiba-tiba terjumpa. Jodoh lah tu" balas Sarah.

  "hish! tak adanya. Entah-entah dia dah kahwin."

  "oh, dia dah kahwin ke ?"

  "entah, akak tak tanya pulak. Lupa" tangan Syafinaz ligat menyusun manik-manik yang berselerak di atas meja. Siapalah yang campur-campurkan manik ni ? Menyusahkan aku betullah.

  "kalau dia belum kahwin, akak ada peluang lah" tangan sarah mencuit bahu Syafinaz.

  "peluang apa ?"

  "tackle dia!" jawab Sarah sambil tersenyum gatal.

  Terbutang mata Syafinaz mendengar.  "woi! kau sambung kerja kau cepat!" arah Syafinaz pada Sarah secara tiba-tiba untuk menukar topik.

  "iyelah! boss!" balas Sarah sambil tersengih.

*****

   Syafinaz yang baru sampai ke butiknya terus menjalankan kerjanya sebagai kuli. Kotak besar yang berat berisi pelbagai jenis tudung itu di angkat bawa kehadapan kedainya.

  "aaa!" Syafinaz terjerit kecil apabil secara tidak sengaja hujung bajunya yang agak labuh itu tersangkut pada meja dan kotak ditangannya hampir terlepas dari pegangan.

  Belum sempat kotak tu menjejak ke lantai, ada tangan yang laju menyambut dari terjatuh. 

  Syafinaz terkejut dengan kehadiran jejaka dihadapannya. Kenapa si dia boleh ada di sini ? Awal lagi kot, butik aku baru je nak buka.

  "aku tahu kau kuat tapi kotak ni berat. Naing kali cari pekerja lelaki untuk angkat benda-benda macam ni." bebel pendek dari Haikal. Syafinaz hanya berdiam diri. Dia masih terkejut dengan kemunculan Haikal secara tiba-tiba.

  "oh. Terima kasih." ucap Syafinaz lembut. Baju yang masih tersangkut dimeja dibetulkan. Mujur tak terkoyak. Baru beli ni.

  "sama-sama" jawab Haikal. Tersengih.

  Syafinaz menghulur kembali tangannya untuk meminta kotak yang berada di pelukan Haikal tetapi Haikal patas mengelak.

  "biar aku angkat. Nak letak mana ?" 

  "dekat depan tu." arah Syafinaz. Jari telunjuk laju menunding ke arah tudung-tudung yang tersangkut kemas.

******
  
  "yang lain mana ?"soal Haikal. Apabila melihat butik Syafinaz yang sunyi sepi.

  "belum datang kerja lagi. Kau tu ha! awal sangat datang. Ada apa ?" soal Syafinaz sambil membuka kotak yang berisi tudung untuk digantung pada tempat sepatutnya.

  "aku datang awal ni sebenarnya aku nak minta tolong dekat kau tapi...." Haikal berhenti dari menyambung kata-katanya. 

  "tapi..."

  "tapi apa ?!" sergah Syafinaz bila menunggu Haikal yang lambat menyudahkan kata-katanya.

  "takut kau tak nak tolong!" ujar Haikal laju kerana terkejut dengan sergahan Syafinaz.

  "nak minta tolong apa ?" soal Syafinaz dengan ketawa. Kelakar bila melihat wajah Haikal yang terkejut dengan sergahannya. Tudung bawal yang pelbagai warna itu disangkut kemas pada penyangkutnya.

  Haikal menggaru kepala yang tidak gatal. "aku nak minta tolong kau berlakon. Boleh ?"

  "berlakon ?" terhenti kerja yang dilakukan Syafinaz. Hairan dengan permintaan Haikal. Apa mamat ni nak sebenarnya.

  Haikal mengangguk.

  "aku tak faham. Explain betul-betul boleh tak ?" 

  "ok.ok. aku explain. Semalam Umi aku kata dia nak buat makan-makan untuk malam ni. So dia suruh anak-anak dia bawa pasangan masing-masing. So..."

  "so aku kene berlakon jadi makwe kau ?!" laju soal Syafinaz memotong kata-kata Haikal. Jantungnya yang tadi berdegup perlahan sudah bertukar berdegup tidak menentu. Apa kena ni ?

  "eh? pandainya kau." puji Haikal. Tangan kanannya dengan selamba menggosok kepala Syafinaz yang dibaluti tudung. 

  Syafinaz menepis perbuatan Haikal. "kau gila ? kita baru je jumpa tak sampai 2 minggu. Mustahil!" ujar Syafinaz. Tudung bawal ditangannya di campak kembali masuk kedalam kotak. Kakinya diatur langkah menuju ke kaunter pembayaran.
  "Tak mustahil lah sebab kita dah lama berjumpa dari form 4 lagi." Haikal mengejar langkah Syafinaz.

  'jangan kejar aku Haikal. Jantung aku nak meletup ni.' bisik hati Syafinaz. Tapak tanganya diletakkan pada dada. 

  Haikal melajukan langkahnya dan cepat-cepat menghalang langkah Syafinaz. 

  "tolong aku weh." pinta Haikal. Wajah Syafinaz yang berada dihadapannya ditenung lembut meminta simpati.

  "errr... aku.. aku..." tergagap-gagap Syafinaz hendak memberi alasan sebaik saja melihat wajah comel Haikal di hadapannya. Tanganya rasa macam nak cubit saja pipi gebu milik Haikal.

  "tolong lah. Please!" pinta Haikal dan terus melutut dihadapan Syafinaz. Syafinaz terpampang. 

*******

  Mata Datin Mariam tajam memerhati pasangan anak-anaknya. Wanita yang berpakaian seksi disebelah anak sulungnya di tenung tajam.

  'ini nak jadi menantu aku. Reject' ujar Datin Mariam didalam hati. Matanya menjeling tajam pada wanita tersebut.Seterusnya, matanya melirik kepada wanita yang berada di sebelah anak keduanya. 

  'sama juga. Makeup mengalahkan orang pergi sarkas' kutuknya lagi didalam hati. Wanita itu juga mendapat jelingan maut dari Datin Mariam. Yang terakhir, matanya terpaku pada wajah Syafinaz yang kelihatan buntu di meja makan. Mata Datin Mariam kusyuk menganalisis wajah Syafinaz yang dicalik makeup yang simple dan penampilan bertudung yang agak labuh. Tiba-tiba Datin Mariam tersenyum mesra. 

  'aduh, situasi apakah ini ? dari tadi aku tengok dia ni dok jeling-jeling orang. Seram pulak aku tengok.' bebel Syafinaz didalam hati. Sebaik saja melihat Datin Mariam tersenyum kearahnya, laju bibir Syafinaz mengukir senyuman.

  Dekat 15 minit kami semua berdiam diri di meja makan sambil menikmati hidangan yang tersedia diatas meja mewah milik Datin Mariam. Syafinaz sudah menjegilkan mata pada Haikal tanda 'bila nak habis ni ?!'

  Haikal hanya buat tak tahu apabila melihat reaksi Syafinaz. Syafinaz mengigit bibir. Hesh! mamat ni, aku cepuk jugak karang.

  "Haikal!" panggil Datin Mariam pada anak bongsunya. Terpelanting sudu yang dipegang Haikal apabila terdengar suara nyaring menyapa telinganya.Syafinaz dihadapannya sudah mengigit bibir. Apa pulak nak jadi ni ?

  "siapa tu ?" soal Datin Mariam ringkas untuk mengetahui siapa diri Syafinaz.

  "Saya Syafinaz, aunty." belum sempat Haikal memberi jawapan, laju Syafinaz memotong.  Datin Mariam tergelak kecil. Syafinaz pula hanya tersengih dan tidak mengerti apa yang ada didalam otak Datin Mariam.

  "kamu nak kahwin dengan Haikal ?" soal Datin Mariam sebaik saja meletak garfu dan sudu. Matanya terpaku pada wajah Syafinaz menanti jawapan.

  Syafinaz tersedak sebaik saja mendengar soalan dari mulut Datin Mariam. Haikal yang melihat Syafinaz tersedak dengan begitu teruk terus menghulurkan segelas air suam.

  "saya.. saya...saya " kata Syafinaz tergagap-gagap dengan sisa batuknya.

  "ok. Umi hantar rombongan meminang hujung minggu ni." ujar Datin Mariam dengan kata putus. Haikal dimeja makan sudah pon tersengih seronok. Syafinaz ? tercengang tak terkata. Matanya terjegil memerhati wajah Haikal. Jantungnya bagai sudah keluar jatuh dari tubuhnya. Roh dalam dirinya bagai sudah terbang keluar dari tubuhnya.

*****

  "apa ni Haikal ?" soal Syafinaz mendatar. Syafinaz cuba menahan rasa marah yang sedang membuak-buak. Sebenarnya dia tidak faham dengan hatinya. Sekejap berdegup laju, sekejap rasa nak marah, sekejap suka, sekejap rasa macam nak larikan diri. Jawapan yang lebih tepat bagi situasinya sekarang adalah dia buntu!

  "macam ni lah, aku terus terang dengan kau. aku nak kahwin dengan kau" ujar Haikal selamba. Malas dia hendak berdolak-dalih lagi dengan Syafinaz. 

  "kau nak kahwin dengan aku sebab ?" Syafinaz mengerut dahi. 

  "aku suka kau dari form 4 lagi." lafaz Haikal. Matanya pandang tepat terhadap mata coklat milik Syafinaz. Syafinaz terkejut dengan kata-kata Haikal. Lututnya lemah untuk berdiri. Dia suka aku ?!

  " First time aku tengok kau dekat depan kelas jantung aku berdegup laju gila! aku tak tahu kenapa. Nak tahu kenapa bila kau bercakap dengan aku, aku malas nak layan ?" 

  Syafinaz hanya memerhati anak mata Haikal. 
  "sebab bila aku pandang kau pon jantung aku rasa macam nak tercabut, ini kan bila kau bercakap dengan aku. Mau melompat jantung aku keluar. Bayangkan bertahun-tahun aku tahan rasa suka aku dekat kau. Dah lah tiap-tiap hari kau buat muka cute depan aku, menyakat aku. Macam-macam lagi lah! Now! is the right time untuk aku memiliki kau betul-betul. got it ?"

  Syafinaz ternganga. Macam gini je dia luahkan. 

  "aku masuk rumah dulu. Aku nak tidur. Nanti aku call kau." beritahu Syafinaz. Pintu pagar dibuka dan terus melangkah masuk kedalam rumah. Wajah Haikal sudah tidak dipandang. 

  Haikal mengeluh.

*****

  "Sarah, tanda jatuh cinta macam mana ?" soal Syafinaz sebaik saja Sarah mengangkat panggilannya. Tak sempat langsung dia hendak memberi salam. 

  "apa akak ni, malam-malam buta call ni " rungut Sarah. 

  "kau tolong akak, akak double kan gaji kau." 

  " apa yang akak nak tahu ?" Sarah terus bangun dari posisi baringnya. Sebut pasal gaji, laju saja.

  Syafinaz tersengih. "kalau nak tahu kita jatuh cinta macam mana ?"

  "mmm ? akak rasa macam mana sekarang ?" 

  "first, akak tak boleh tidur sebab terfikir kan dia. Akak pejam mata nampak muka dia, buka mata pon nampak muka dia. So akak dah tak tahu nak tidur macam mana. Second, bila akak tengok muka dia. Jantung aku macam nak pecah. tambah-tambah bila usya mata dia. Pergh! rasa macam jantung nak terjun keluar dari badan tu. Lastly, hati akak ni rasa macam nak buat dia jadi hak milik akak dan terima lamaran dia." beritahu Syafinaz satu persatu.

  Sarah ketawa. "gila! siapa yang buat boss aku jadi macam ni ?"

  "kawan lama akak." jawab Syafinaz ringkas.

  "yang hari tu ? yang datang butik tu ?!" 

  "haa...a..ah" jawab Syafinaz sambil mengangguk perlahan. Konon macam Sarah ada depan dia je.

  "saya dah kata! so apa yang dia buat sampai akak jadi macam ni ?"

  "eh? budak ni aku tanya dia, dia tanya aku balik. mana lah akak tahu sebab tu akak tanya kau. Apa penyakit akak ni, Sarah ?" soal Syafinaz yang benar-benar ingin tahu. 

  "akak dah jatuh cinta dengan dia lah tu. Bukan main lagi angau nya. Dasyat. Dasyat."

  "jatuh cinta ?"

  "ha..ah. jatuh cinta. Akak kahwin je lah dengan dia."

  "betul ke akak dah jatuh cinta ?" soal Syafinaz meminta kepastian Sarah.

  "iyelah! sebab akak dah angau dengan dia." jawab Sarah. Matanya dijegilkan untuk menghilangkan rasa ngantuk.

  "biar betul ?" Syafinaz mengigit bibir. Dihatinya dia terasa ragu-ragu dengan apa yang dikatakan Sarah. Betul ke aku sudah jatuh cinta ?

  "kalau akak tak percaya, akak boleh test."

  "test ? macam mana ?"

  "esok akak jumpa dia, akak paksa dia sebut ' i love you' dekat akak. akak paksa je lah kalau dia tak nak sebut. Buatlah apa yang patut. Lepas tu, akak rasa jantung akak. Berdegup laju tak, tak pon akak rasa macam nak pengsan." Sarah memberi cadangan yang agak merepek kepada Syafinaz. Maklumlah, matanya sudah benar-benar ingin terpejam.

  "ok. bye! saya nak tidur" belum sempat Syafinaz ingin membalas. Sarah lebih pantas mematikan panggilan. 

  Syafinaz termenung sendiri didalam bilik.

****

  "Haikal, aku nak kau buat something. Ini hanya ujian tau." ujar Syafinaz. 

  "ujian apa pulak dah ?" Haikal mengangkat kening. Tidak faham dengan apa yang difikirkan Syafinaz.

  "kau tak payah tahu. Sekarang ni aku nak kau cakap 'i love you' dekat aku." suruh Syafinaz tanpa rasa malu-malu.

  "cakap ' i love you' dekat kau ?" soal Haikal lagi.

  Syafinaz mengangguk. 

  "i.... iiii... love.. lovee." ujar Haikal tersangkut-sangkut.

  Syafinaz sudah bermacam-macam muka diukir untuk menunggu Haikal menghabiskan ayat tersebut.

  "iii.. rasa pelik lah dengan you ni." ujar Haikal terus terang. 

  Syafinaz mengeluh. Haih! aku ingat di nak habiskan ayat tu, rupanya ayat lain.

  "kau kenapa ni ? jujur dengan aku. Semalamkan aku dah luahkan rasa cinta aku dekat kau. " mata coklat Syafinaz di tenung.

  "ok. ok. aku jujur. aku rasa aku dah angau atau dalam definisi lain aku dah kemaruk cinta dengan kau. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah sebab memikirkan kau! and aku nak uji diri aku, adakah aku betul-betul sudah jatuh cinta dengan kau. The End" terang Syafinaz. Matanya hanya memandang ke tempat lain. Tidak berani untuk bertentang mata dengan Haikal.

  Haikal menahan ketawa apabila melihat Syafinaz yang sedang meluahkan tentang rasa hatinya. Apabila Syafinaz habis berkata-kata. Barulah gelak tawanya terburai.

  "kenapa kau gelak ? aku serious ni." kata Syafinaz serious.

  "kau dah jatuh cinta dengan aku eh ?" soal Haikal dengan senyuman menggoda.

  "aku tak tahu sebab tu lah aku nak uji" jawab Syafinaz.

  "ok. kau nak aku cakap ' i love you' dekat kau kan ?" Haikal bangun dari kerusinya dan berdiri disebelah kerusi Syafinaz.

  Syafinaz hanya mendongak memandang wajah Haikal dan mengangguk.

 Tiba-tiba Haikal terus melutut disebelah Syafinaz. Syafinaz terpaku, terkedu, tercengang, ternganga, terkejut dan macam-macam 'ter' yang sewaktu dengannya.

  "Nurul Syafinaz, Saya Adam Haikal ingin jujur terhadap diri sendiri dan diri awak. Saya sudah lama jatuh cinta dengan awak dan saya ingin awak sentiasa berada disisi saya untuk jaga saya. Pada saat ini, saya ingin melamar awak untuk menjadi isteri saya, sudikah awak untuk menjadi suri rumah dan permaisuri hati saya ?"  soal Haikal dengan suara yang agak romantik. Cincin yang berada didalam kotak baldu itu, dikeluarkan.

Semua pelanggan dikedai makan itu hanya memerhari lamaran dari Haikal untuk Syafinaz. Tak pasal-pasal mereka dapat melihat drama swasta.

  "awak sebut dulu ' i love you'" arah Syafinaz. Lamaran Haikal di ketepikan.

  Dengan tenangnya, Haikal hanya mengikut arahan Syafinaz. " I love you, Syafinaz"

  Syafinaz yang baru saja mendengar dapat rasa jantungnya berdegup dengan laju sebaik saja Haikal mengungkap kata 'i love you' terhadap dirinya. Dirinya bagai hendak rebah jatuh ke bumi. 

  "saya sudi." ucap Syafinaz tanpa fikir panjang. Cincin yang berada di jari Haikal itu diambil dan disarungkan pada cari manisnya. Tiba-tiba, dunia Syafinaz berubah menjadi gelap.

  "Syafinaz!" panggil Haikal bila melihat Syafinaz sudah pengsan. Pipi gebu Syafinaz ditampar lembut. Orang ramai sudah datang mendekati mereka untuk melihat apa yang sudah terjadi.

  "takkan aku cakap ' i love you' pon dia boleh pengsan."

******

  "sayang!!! mana botol susu Mia ?!" jerit Haikal dari ruang tamu. Syafinaz yang berada di dapur sedang basuh pinggan terkejut dengan jeritan Haikal. Pinggan yang hampir terlepas itu digenggam erat. Haih! laki aku ni, panggillah elok-elok. Nasib baik pinggan ni tak pecah.

  "iye. Sayang datang. Kejap!" balas Syafinaz dengan jeritan. Pinggan yang perlu dibasuh ditinggalkan sekejap dan terus mencapai susu anak perempuannya yang berdiri elok di atas meja makan.

  "nah!" hulur Syafinaz sebaik saja sampai disebelah Haikal yang duduk senang lenang menonton tv. Matanya dijeling pada Mia yang lena dibuai mimpi.

  "letaklah atas meja." arah Haikal. Wajah Syafinaz langsung tidak dipandang.

  "Mia tidur lah abang. Abang nak buat apa dengan botol susu dia ni ?" soal Syafinaz hairan. Botol susu berwarna pink itu diletakkan diatas meja.

  "saja." jawab Haikal pendek. Syafinaz mengigit bibir. Geram dengan sikap Haikal yang seakan kanak-kanak untuk mengusik dirinya.

  "abang kalau nak kacau orang buat kerja. Baik tak payah. Kejap lagi tak pasal-pasal abang makan nasi guna straw." Syafinaz memberi amaran pada Haikal. 

  Haikal ketawa dan menghampiri tubuh Syafinaz. Pinggang ramping milik Syafinaz dipeluk erat. 

 "garangnya isteri abang ni, abang gurau je lah. nak bermanja-manja pon tak boleh." ujar Haikal. Ubun rambut Syafinaz dicium.

  "abang tu kalau nak bermanja dengan sayang tak kena tempat. Main suka suki je" marah Syafinaz. Tubuh sasa Haikal ditolak sedikit kebelakang.

  "biarlah! sayang, abang punya. so suka hati abang lah." balas Haikal tidak mahu mengalah.

  "mengada! tepi! orang nak pergi kemaskan dapur." Syafinaz menolak kuat tubuh sasa Haikal tetapi gagal. Haikal mengeratkan lagi pelukan.

  "Haikal, nanti kalau kau dah kaya, kau cari aku tau. Kita kahwin" ujar Haikal tiba-tiba. Syafinaz terus memandang tepat mata Haikal sebaik saja mendengar tutur kata Haikal. Dia dengar ?!

  "abang dengar ?"

  Haikal mengangguk. "abang mana dengar lagu waktu tu." beritahu Haikal.

  "malunya" Syafinaz mengigit bibir. 

  "apa nak malu, dah jadi suami awak dah pon." 

  Syafinaz mencebik.

  "Nurul Syafinaz, i love you" ucap Haikal dengan suara yang menggoda.

  Syafinaz tersenyum malu bila mendengar Haikal mengungkap kata-kata tersebut. Mereka berpandangan sesama sendiri.

  "sayang rasa kerja dekat dapur tu, boleh buat kejap lagi kot. kan abang kan ?" soal Syafinaz.

  Haikal ketawa sambil mengangguk.
  
  THE END.

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012