Followers

Tuesday 27 January 2015

On The Way Bercinta (bab 7)

Hari ini Hidni dan Megat bakal memasuki rumah baru mereka. Rumah ini adalah hadiah dari Ayah, Ibu dan Umi untuk Megat dan Hidni supaya mereka dapat memulakan hidup baru dengan lebih selesa. Kata Umi, rumah itu sudah dilengkapi perabot. Alhamdulillah, mudah sungguh urusan Hidni dan Megat untuk memasuki rumah baru. Oleh itu, Megat dan Hidni hanya membawa pakaian dan barang yang diperlukan sahaja.

“Kita dah sampai”

Hidni tersedar dari tidurnya. Hidni menggosok mata yang terasa sedikit gatal. Taik mata banyak ni~~~

“Turun.” Megat membuka pintu kereta dan terus membuka kunci pintu utama rumah dua tingkat itu. Hidni masih di dalam kereta dan masih cuba kembali masuk ke dalam realiti. Megat yang drive, dia pulak yang over letihnya.

“Hidni.” Panggil Megat dan terus ke belakang kereta untuk mengeluarkan segala isi di dalam bonet.

“ Iya ” Hidni melangkah keluar dari kereta. Matanya terbuka luas apabila melihat rumah dua tingkat yang agak mewah berada di hadapan matanya. Hidni memandang kolam ikan yang ada di tepi rumah. Mak aiii! Besarnya. Ini kalau aku ada anak ni, mahu anak-anak aku terjun mandi kolam. Aku ada anak ?

“Tolonglah angkat barang ni. Berangan pulak dia.” Ujar Megat yang lalu di hadapan Hidni. Kotak yang berat itu di angkat masuk ke dalam rumah.

Hidni menepuk dahi. “Oh! Sorry!”

Hidni dan Megat mula mengangkat barang masing-masing.  Hampir 10 minit, barang-barang yang di bawa dari rumah masing-masing berkumpul di ruang tamu.

“Penat!!!” jerit Hidni dan terus berbaring di atas sofa yang empuk. Sofa mahal memanglah empuk. Tudung di kepala dicabut. Panas! Dah pasang penghawa dingin ke belum ?

 “Penat apanya ? kau angkat 3 kotak je pon. Yang lain semua aku yang angkat.” 

“Hehe. Sorry, alaaa. Lagipon itu memang kerja suami. Isteri mana boleh angkat benda-benda berat.” Jawab Hidni tidak mahu mengalah.

Megat tidak menjawab.

“Mengantuknya~” Hidni menguap seluas mungkin.

“Kau nak sebilik dengan aku or asing ?” soal Megat yang duduk di atas sofa 1 tempat duduk sambil membelek handphone.

Hidni yang mendengar soalan Megat terus duduk menegak.

“Kenapa kau tanya soalan macam tu ?”

“ Aku tanya sebab aku tak nak buat kerja dua tiga empat kali. Nanti kalau aku dah campak barang kau dalam bilik lain nanti, menangis pulak suruh aku angkat masuk bilik aku. Nak tidur dengan aku!” kata Megat.

 “ Jangan perasan ehhh. Tak ada maknanya aku nak menangis bagai sebab nak tidur dengan kau. Eii! Please!”

“Cepatlah! Kau nak tidur asing or sekali ?” soal Megat sekali lagi.

 “ Kau ni ada tanya aku soalan macam itu. Aku rasa malulah bila kau tanya soalan macam tu.” Hidni mengikat rambutnya menjadi sanggul.

“ Nak malu kenapa pulak ?”

“ Iyelah, nampak sangat aku ni bukan isteri yang baik dan aku tak terima perkahwinan ni dengan rela.” Jawab Hidni.

“Habis itu kau nak tidur dengan akulah ini?”

Hidni menggeleng. “Kita tidur asing!”

Megat mengeluh. “ Acah-acah je kau kan.”

“Hehe. Aku tak ready lagilah. Slow-slow lah.” Hidni memberi alasan.

“Okaylah. Aku naik dulu. Barang kau , kau angkat sendiri.” Megat mula mengangkat kotaknya dan apabila mahu melangkah. Hidni tiba-tiba menghalang laluan Megat.

Megat mengangkat kening tanda ‘apa ?’

“Kenapa depan ayah, ibu dan Umi, kau cakap guna ‘saya awak’ tapi belakang diorang kau cakap ‘aku kau’ ?” Hidni berpeluk tubuh. Matanya memandang tepat bola mata Megat.

Megat sedikit gementar. Megat mengelak daripada memandang bola mata Hidni. Jantungnya kembali berdegup kencang.

“Berat ini! Tepilah”

“Jawab dulu, baru aku bagi kau naik atas” Hidni mendepakan tangan menghalang laluan Megat.

“Kau ini macam-macamlah. Mestilah aku guna ‘saya awak’ depan diorang. Takkanlah aku nak guna ‘aku kau’ pulak depan diorang. Kita pon cakapkan yang kita nak try kekalkan perkahwinan ini so aku hanya cuba yang terbaik di depan mata diorang. The end!”



Hidni mencebik dan memberi laluan pada Megat. Megat memulakan langkahnya dan berhenti seketika dan menoleh.

“Kau nak kita guna ‘saya awak’ ke ?”

Hidni menggeleng. “ Taklah. I’m not ready. Kita hanya guna  ‘saya awak’ bila depan orang lain sahaja. Antara kita no ‘saya awak’ Ok?”

Megat terus melangkah menaiki tangga dengan perasaan geram dan menjerit sekuat hati. “Angkat barang tu cepat!!!!!!”

Hidni terperanjat mendengar jeritan Megat. “Dah kenapa nak menjerit-jerit.”

*****

Selesai solat berjemaah bersama Megat. Hidni terus masuk ke dalam bilik mengemas barang-barangnya. Megat pula sudah mula menyiapkan assignment yang tergendala. Maklumlah, esok lusa dah nak mula hadir ke kelas. Masing-masing berkurung di dalam bilik sehinggalah lewat malam.

“Ahhh~~~” Hidni menguap dan mengerling jam dinding yang berbentuk bulat. Jarum jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Mata Hidni memandang setiap ruang di dalam biliknya. Semuanya baru dan sunyi!

“Aku try tidur dulu, kalau tak boleh tidur terpaksalah aku pergi bilik Megat.” Ngomel Hidni seorang diri. Hidni cuba memejamkan matanya tetapi apabila dia memejamkan matanya keadaan biliknya makin menjadi sunyi. Bulu roma Hidni mula berdiri tegak.

Hidni yang terasa begitu takut, terus membuka matanya. Kemudian, Hidni terus mencapai bantal busuknya dan handphone. Penghawa dingin di tutup selaju mungkin. Dengan kepantasan setahap Usain Bolt, Hidni terus berlari keluar dari bilik dan terus berlari ke bilik Megat. Lampu biliknya di biarkan menyala. Lantak kau lahhh~~~ Bukan aku yang bayar bil.

*****

TOK! TOK! TOK!

Dalam beberapa saat, pintu di buka dari dalam. Kelihatan bilik Megat sudah gelap dan hanya di terangi lampu tidur sahaja.  Megat terkaku sebaik saja membuka pintu. Megat sedikit terkejut melihat Hidni yang berpakaian benar-benar terdedah bagi dirinya.

Mata Megat mula menganalisis tubuh Hidni. Hidni nampak agak seksi dengan berpakaian seluar pendek atas lutut dan singlet bertali halus. Hidni mengetap gigi melihat mata Megat yang hampir terkeluar melihat tubuhnya.

“Kau tengok apa ?!” marah Hidni. Perut Megat di cubit.

“Aww!” Megat mengaduh sakit. Dia kembali ke dalam realiti.

“Kau kenapa malam-malam buta datang bilik aku ?”

Hidni mula berlagak comel. “Nak tidur dengan kau boleh ?”

“Tadi belagak sangat sekarang nak tidur dengan aku pulak. Kau ni buang tebiat ke apa?”

“Alaaaa, bolehlah. Aku tak beranilah nak tidur bilik tu. Rumah ni baru sangat. Seramlah.” Hidni  mengoyang-goyangkan badan sambil memeluk bantal busuk dan tersenyum comel ibarat kanak-kanak yang comel menikmati aiskrimnya.

Tiba-tiba tekak Megat terasa kering. “Tapi….”

“Tak payah tapi-tapi. Jom kita tidur. Aku mengantuk sangat ni” Hidni terus menolak Megat ke dalam bilik. Pintu bilik Megat di tutup rapat. Kemudian, Hidni terus berjalan menghampiri katil dan berbaring. Selesanya!

Hidni perasan akan Megat yang seakan-akan segan silu dengan sikapnya.

“Weh! Sinilah, Tidur. Tak payah malu-malu kita dah kahwin dah pon. Jom! Tidur.” Ujar Hidni selamba. Ruang kosong di sebelahnya di tepuk-tepuk memanggil Megat.

‘Kau cakap senanglah, kau bukan lelaki. Aku ini lelaki dan aku bernafsu.’ Ngomel isi hati Megat.
Megat perlahan-lahan menghampiri katil dan terus mengambil tempat untuk tidur.

“Ha~ macam itulah. Meh, aku selimutkan badan kau.” Hidni terus menarik comforter menutupi tubuh Megat. Megat hanya membiarkan sahaja.

“Kau ni memang berani kan ?”

“Ah? Berani ?” Hidni mengerut dahi. Dia tidak faham dengan soalan Megat.

“Iyelah. Pakai pendek-pendek macam tu , masuk bilik aku. Nak tidur dengan aku. Kau tak takut ?”soal Megat cuba menakutkan Hidni.

“Nak takut apanya, engkau je pon” Hidni ketawa seronok.

Megat menggaru kepala. “Susah betul cakap dengan kau. Otak bersih sangat.”

Tiba-tiba suasana bilik jadi senyap. Hidni dan Megat masing-masing berdiam diri. Seakan-akan mereka cuba mencari topik yang sesuai untuk berborak.

“Megat, agak-agak kaulah. Kau rasa aku boleh tak belajar mencintai kau  ?”

“Kalau aku kata kau boleh ?” Megat melontarkan soalan. Dia tidak mahu memberi jawapan kerana dia sendiri tidak tahu isi hati Hidni yang begitu kental untuk jatuh hati pada lelaki.

“Kalau aku fall in love dengan kau. Untunglah kau. Tapi macam mana kalau kau tak fall in love dengan aku, kau still nak teruskan perkahwinan ni ?”

Megat menoleh memandang Hidni. “ Aku akan teruskan perkahwinan ni.”

“Kenapa ? kau bukan fall in love dengan aku pon. Kau sanggup ke nak teruskan perkahwinan ni tanpa rasa cinta ?”

“Tidur, jangan banyak bunyi. Aku mengantuk.” Megat terus memejamkan mata dan pekakkan telinga.

“Jawablah dulu soalan aku.” Hidni menggoncang bahu Megat.

Megat tidak memberi sebarang tindak balas.

“Okay. Tak apa Megat.” Hidni kemudian terus beralih mengereng menghadap lampu tidur. Sakit hati pulak Megat tidak menjawab soalannya. Eh? Yang aku ni pulak kenapa beria-ria sangat nak tahu ?



Thursday 8 January 2015

On The Way Bercinta (bab 6)

“Pagi” ujar Megat sebaik sahaja turun tangga. Hidni hanya mengekori dari belakang. Masih terkejut dengan kejadian sebentar tadi.  Berani juga Megat mendekati Hidni serapat itu. Tahulah aku baru nak belajar bercinta dengan dia, tapi tak payahlah nak ambil kesempatan. Haish!

“pagi!” balas Diana dan kembali memandang telefon bimbitnya.

“ha! Megat mari makan.” Pelawa Ayah yang sudah sepinggan nasi lemak dihabiskan.

Megat tersenyum dan terus menghampiri meja makan untuk mengambil tempat duduk. Megat mengerling Hidni yang lain macam rupanya. Seakan-akan masih terkejut dengan tindakan yang dilakukan didalam bilik tadi. Takkan terkejut sangat sampai terdiam terus.

Hidni hanya berdiam diri dan terus mengambil tempat disebelah Megat.  Pinggan kosong di ambil dan terus diisi makanan yang ingin dimakan. Megat di sebelah tidak di pedulikan.

“Hidni, kamu dah kahwin. Dah ada suami, hidangkan makanan untuk suami tu.” Tegur Ibu yang perasan akan kelakukan Hidni.

Umi ketawa kecil. “haish, tak apa. Megat boleh ambil sendiri. Hidni tak biasa lagi tu, baru semalam kahwinnya.”

“sorry.” Ujar Hidni dan cuba bangun untuk menghidangkan makanan kepada Megat tetapi Megat pantas lagi menghalang Hidni.

“it ok. Biar saya yang buat, saya ada tangan kan ?” Megat tidak teragak-agak untuk menceduk nasi dan sambal tumis ikan bilis. Sedap! Sudah lama Megat tidak makan nasi lemak yang di masak di rumah.

Hidni tersenyum sumbing. Seakan tidak tahu untuk berbuat apa.

“siapa yang masak ni ?” soal Ayah ingin tahu.

“Hidni yang masak abang, kenapa ?” jawab ibu.

Ayah tersenyum bangga. “pandai anak ayah masak. Alhamdulillah, tak adalah Megat mati kebuluran nanti.”

“dengar tu.” Hidni menjeling Megat.

Megat ketawa. “ haha. In Syaa Allah, Megat takkan mati kebuluran kalau Hidni masak sesedap ini. Diana, tengok ni  isteri aku pandai masak. Kau ado ?”

Diana mencebik. “ tak payah bajet sangat eh, tadi aku yang tolong Kak Hidni goreng ikan bilis tu. Ikan bilis yang masuk dalam perut kau tu, akulah yang goreng tau.”

“setakat goreng ikan bilis, budak kecil pon boleh buat. Kau bila nak pandai masak ? Umur dah makin tua, apa pon still tak boleh buat.” Kutuk Megat.

“Megat, jangan sakat adik kamu tu” tegur Umi.

Diana mengigit bibir. “ nanti aku nak kahwin aku belajarlah masak.”

Ayah hanya makan sambil membaca surat khabarnya. Dia tidak mahu masuk campur hal adik-beradik di hadapannya ini.

“siapa nak kahwin dengan kau ?” sindir Megat.

Diana mengangkat garpu ditangannya. “ eiii! Aku baling garpu ni nanti.”

“EH! Dua orang ni, depan rezeki pon nak bergaduh. Aku ketuk sorang-sorang nanti. Makan!” marah Umi.

“sabar ye kak, biasalah tu adik-beradik bergaduh manja.” Kata Ibu.

“siapa nak manja dengan kau ?” Diana menjeling Megat. Geram!

Megat menjelir lidah pada Diana. Megat teramat suka menyakat adiknya.

“sudah~~~” sekali lagi Umi menegur Diana.

“Esok-esok Hidni adalah kawan nak bergaduh kan ? Bolehlah Diana rajin datang ke rumah, berkawan dengan Hidni. ” soal Ibu.

Hidni yang berdiam diri dari tadi. Mengangkat muka dan tersenyum.

“Kak Hidni, nanti kita gossip girl-girl ok ?” gurau Diana.

Hidni ketawa. “orait!”

“ajak aku sekali~” celah Megat.

*****
“Umi, Ayah dan Ibu. Megat nak beritahu yang walaupon perkahwinan ini tidak dirancang dan secara terpaksa. Megat nak Umi, Ayah dan Ibu tahu. Hidni dan Megat akan cuba kekalkan perkahwinan ini seperti pasangan suami isteri yang lain.” Terang Megat yang duduk di hujung sofa.

“betul Hidni ?” soal Ibu. Ayah disisi hanya tersenyum gembira.

Hidni disebelah Megat hanya mengangguk tanda setuju.

 “Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Umi.” Umi tersenyum gembira.

 “ kami berdua akan cuba pupuk rasa kasih sayang di antara kami dan kami akan cuba belajar menerima satu sama lain.” Ujar Hidni dan terus menggenggam tangan Megat.

Megat sedikit terkejut dengan tindakan Hidni. Dah berani pegang aku dah~

“maknanya boleh lah Umi dan ibu minta cucu dari kamu berdua ?” minta Umi secara tiba-tiba.

Hidni dan Megat terkedu. Habis!

“ehmm, pasal cucu tu kami berdua masih belum berbincang.” Megat cuba mencari alasan.

Hidni mengangguk. “ kalau kami berdua dah rancang dan betul-betul bersedia. Kami akan cuba bagi cu.. cu…cucu..cucu! pada Ibu, Ayah dan Umi.”

Ibu tersenyum gembira. “ kita bakal dapat cucu.”

Hidni menelan air liur. Aku tak fikir lagi sampai ke situ. Diorang dah fikir. Macam mana ni ?

“Megat, peluang hanya datang sekali. Try your best.”  Kata ayah tiba-tiba.

Megat tersenyum kelat. Hidni memandang Megat sebaik saja mendengar kata-kata Ayah. Kenapa dengan dua orang ni  ?

*****
Sudah 2 hari Megat dan Hidni duduk di rumah keluarga Hidni. Mulai hari ini adalah giliran Megat dan Hidni pula menginap di rumah keluarga Megat. Minggu depan barulah mereka boleh pulang ke rumah mereka sendiri.

“sayang ibu!” Hidni memeluk ibu seerat mungkin.

“sayang Hidni jugak. Nanti Ibu mesti rindu anak ibu yang sorang ni. Duduk rumah orang jaga ada tau.” Pesan ibu. Tubuh Hidni di peluk dengan penuh kasih sayang.

“ayah tak nak peluk ?” gurau Ayah.

Hidni ketawa dan terus memeluk Ayahnya. “nanti tak ada siapa nak gaduh dengan Ayah. Ayah kalau dah bosan sangat, ayah gaduhlah ye dengan Ibu. Hidni izinkan.”

“haish! Cakap yang bukan-bukan.” Ibu menampar lengan Hidni lembut. 

“gaduh-gaduh manja ajelah.” Hidni menghuraikan pelukan untuk memberi ruang Megat pula bersuara.

“Ayah, Ibu. Kami semua minta diri dulu ye.” Ujar Megat dan terus menyalami kedua mentuanya.

“Megat, jaga Hidni elok-elok ye.” Pesan Ayah dan terus memeluk Megat.

“In Syaa Allah.”

“terima kasih ye untuk makan minum.” Ucap Ibu dan meenghulur tangan untuk menyalami ibu. 

“sama-sama. Tak ada apalah kak oii, rajin-rajinlah singgah sini. Lama dah tak berborak macam dulu-dulu waktu kita berjiran.” Ibu rindu akan waktu Umi baru sahaja pindah ke rumah sebelah. Mereka rajin berkongsi cerita, masakan dan masalah. Kini tidak lagi selepas arwah ayah Megat meninggal. Mereka terus pindah ke rumah lain.

“In Syaa Allah.” 

*****
“kau kenapa ?” tanya Megat yang baru masuk ke biliknya. Megat menghampiri Hidni yang sedang berbaring di atas katil sambil bersedih dan mengambil tempat di sebelah Hidni.

“aku rindu Ibu. Aku rindu ayah.” Hidni mengelap air mata yang mengalir jatuh ke pipi. Matanya merah kerana menangis rindukan kedua orang tuanya.

Megat menggaru kepala yang tidak gatal. “ laaaa… aku ingatkan apa tadi. Kenapa sensitive sangat ni ? Nanti kalau kita ada masa, kita pergilah melawat diorang. Dah jangan nangis.”

Hidni masih menangis. Bantal yang dipeluk dari tadi di campak ke lantai. Perlahan-lahan kepala Hidni mendarat di atas bahu Megat. Megat hanya berdiam diri. Dia takut Hidni dapat mendengar jantungnya yang sedang berdegup kencang.

“aku tak pernah jauh dari ibu dengan ayah. Last aku jauh dengan ibu dan ayah waktu kita pergi camp dekat sekolah tu. Itu pon pergi selama dua hari tinggalkan ayah dan ibu, buat jiwa aku tersesak tahu tak ?!” Suara Hidni sudah bertukar sedikit serak dek terlalu banyak menangis. Inilah contoh anak manja yang terlampau.

“alahai, aku kan ada ni ha~” balas Megat sambil menggosok kepala Hidni. Hidni tidak membalas apa-apa. Dia hanya membiarkan air matanya mengalir. Haish, tak sangka secepat ini dirinya berkahwin dan tinggalkan kedua ibu bapanya. Ini terlalu awal tapi perkahwinan ini harus di teruskan juga.

Tanpa sedar Hidni terlelap di atas bahu Megat. Megat terus mengubah posisi Hidni supaya berbaring elok di atas katil. Perlahan-lahan Megat cuba mendekati wajah Hidni dan tanpa teragak-agak, dahi Hidni di cium dengan penuh kasih sayang. 

Wednesday 7 January 2015

On The Way Bercinta (bab 5)

Selesai sahaja solat subuh, Hidni terus mencari pakaiannya di dalam almari. Matanya menjeling ke arah Megat yang masih lena dibuai mimpi tetapi Hidni tidak mengejutkan Megat. Hidni terus berlalu masuk ke dalam bilik mandi.

Hidni keluar dari bilik mandi dengan berpakaian. Skirt separas lutut dan baju lengan panjang. Rambutnya masih basah di keringkan menggunakan tuala kecil. Sekali lagi Hidni menjeling ke arah Megat. Mamat ni tak pandai bangun sendiri ke ? Sebelum ni, dia rajin call aku suruh bangun solat subuh.

Hidni menghampiri Megat yang masih nyenyak tidur. Megat tidak ada tanda-tanda mahu bangun dari tidur. Masih kaku memeluk bantal guling. Mungkin keletihan semalam membuatkan dirinya susah untuk bangun pada pagi ini.

“Megat.” Hidni mengoncang bahu Megat perlahan dan mengambil tempat duduk disisi Megat.

Megat masih tidak sedarkan diri. Keletihan semalam benar-benar menguasai dirinya. Jam loceng sudah menunjukkan pukul 6. 20 pagi.

“Megat. Bangun subuh.”

Kali ini Megat memberi respon. Megat menarik comforter menutupi tubuhnya yang terasa sejuk, Megat yang cuba menutup mukanya dengan comforter tidak berjaya kerana Hidni pantas menarik comforter tersebut.

“bangunlah. Solat subuh.” Ujar Hidni tenang. Tangannya pantas mengeringkan rambutnya yang basah.

“5 minit.” Balas Megat dan kembali tidur semula.


Tiba-tiba Hidni terdiam dan terkaku apabila melihat wajah Megat yang sedang tidur. Seolah-olah ada aura yang menarik Hidni untuk menghampiri wajah kacak milik Megat. Dengan jarak yang begitu dekat hidni cuba mencuri pandang bibir Megat yang terbentuk cantik. Bibir Megat berwarna jambu kerana Megat bukanlah lelaki yang menghisap rokok. Mungkin Megat mengikut sikap arwah ayahnya yang tidak merokok. Diantara warna kulit Megat dan Hidni, Megat mempunyai kulit yang lebih cerah. Mungkin kerana Megat mempunyai darah campuran kerana mengambil rupa arwah ayahnya.

‘Bolehkah aku teruskan perkahwinan ini ? dan perlukah aku belajar mencintai Megat ? Megat bagaimana  ?’ soal isi hati Hidni yang sedang ragu-ragu dengan keputusannya.

Sedang leka, Hidni menilik wajah Megat secara tidak sengaja rambut Hidni yang sedikit basah itu jatuh terkena wajah tampan Megat. Megat menepis rambut yang mengganggu tidurnya. Hidni yang terkejut mula duduk menegak disebelah Megat dan terus mengeringkan rambutnya yang panjang.

“pukul berapa ?” soal Megat yang baru sedar. Matanya digosok-gosok kerana silau cahaya yang menerangi bilik.

“6. 30.” Jawab Hidni yang sedikit terkejut dengan kejadian tadi.

Megat yang mendengar jawapan Hidni terus bangun masuk ke dalam bilik air tanpa banyak bunyi.
Hidni berjalan ke meja solek dan terus melengkapkan dirinya. Rambut di biarkan lepas supaya kering dengan sendirinya. Bibir yang terlalu kering dicalik sedikit pelembap bibir. Nasib badan dapat bibir yang selalu kering, bukannya macam Megat yang mempunyai bibir yang benar-benar di impikan para gadis.
Pada ketika Hidni sedang menghias diri, Hidni merasakan ada seseorang yang sedang memerhati dirinya. Hidni menoleh kebelakang. Megat masih berdiri tegak di hadapan toilet sambil memerhati Hidni dari belakang.

“kenapa ?”

“betul kau nak teruskan perkahwinan ni ?” soal Megat sedikit serious.
Hidni mengangguk. “kenapa ? kau tak nak ?”

“kau nak aku teruskan perkahwinan ni ?” soalan Hidni dijawab dengan soalan dari Megat.

“kalau aku paksa kau teruskan perkahwinan ni ? kau nak buat apa?” Balas Hidni dengan soalan.

“aku nak kau belajar cintakan aku kalau kau nak cuba teruskan perkahwinan ini.” Jawab Megat dan terus masuk ke dalam bilik air.

Hidni terdiam. Belajar cintakan Megat ? tapi… Megat juga perlu belajar mencintai aku ?


*****

“Selamat Pagi!!!” jerit Hidni sekuat mungkin. Terkejut Ibu dan Umi yang sedang menyiapkan sarapan.

“haish! Apa anak dara menjerit pagi-pagi ni ?” marah Ibu.

Umi dan Hidni tergelak kecil.

“ Megat dah bangun ?” soal umi yang amat mementingkan waktu solat anak-anaknya.

“dah. Tadi Hidni kejutkan, nasib Megat dengar cakap. Kalau tak dengar cakap siap!” gurau Hidni dan terus menyumbat roti bakar ke dalam mulut.

“Alhamdulillah, lepas ni bolehlah Umi harapkan Hidni jaga solat Megat. Untung Umi dapat menantu macam Hidni. Lega hati ni.” Puji Umi dan terus menggosok kepala Hidni. Hidni hanya tersenyum.

“Hidni ni bukan boleh harap sangat kak oiii… Kadang-kadang dia pon selalu terlepas subuh. Jenuh kita nak kejutkan pagi-pagi. Harap sangat lepas kahwin ni bolehlah dia bangun subuh , jadi isteri solehah.” Bebel Ibu.
Hidni mencebik muka mendengar ibunya memerli dirinya.

Umi ketawa. “ In Syaa Allah, Hidni boleh jadi isteri yang solehah.  Umi dapat rasakan yang Hidni dapat jaga Megat dengan baik. Kan Hidni ?”

“betul! In Syaa Allah. Hidni cuba. Ibu dan Umi tak perlu risau. Hidni akan cuba untuk jadi isteri yang solehah untuk Megat dan Hidni akan cuba jadikan perkahwinan ini bukan kerana terpaksa. Okay ?” 

Ibu terharu mendengar kata-kata Hidni.

“betul ?” soal Umi yang masih meragui.

Hidni mengangguk kepala.

“Alhamdulillah.” Ibu dan Umi serentak mengucap syukur. 

“Makanan dah siap ?” soal Ayah yang baru memasuki ruang dapur.

“ayah ni kalau datang dapur je tanya pasal makanan. Ayah dah gemuk tau, kata nak ada sixpack. Mana sixpacknya.” Bebel Hidni.

 “eleh! Kata ayah, kamu tu pon sama. Hidni si montel.”  Ejek ayah dan tersenyum sinis.

*****
“Megat!” panggil Hidni. Lama betul mamat ni bersiap.

Hidni yang terus membuka pintu bilik terkejut melihat Megat yang baru hendak menyarung t-shirt.

“Aaaa!!!”  Jerit Hidni dan terus menutup pintu bilik. Hidni menggosok dada. Kali pertama Hidni nampak lelaki tanpa baju secara live. Bahaya betul!  Sejak kahwin dengan Megat ni macam-macam kali pertama Hidni lalui. Apa lagilah yang  bakal datang agak-agaknya ?

Megat yang sedikit terkejut dengan jeritan Hidni hanya berdiam diri. Megat terus menyarung pakaiannya dan menghampiri pintu.

Pintu kembali dibuka dari dalam. Megat menarik Hidni masuk ke dalam bilik. Mata Hidni melihat tubuh Megat. Nasib Megat dah pakai baju kalau belum aku nak letak mana mata aku ni. Muka yang sedikit panas itu kembali menjadi suhu badan yang biasa.

“kenapa kau menjerit ?”

Hidni cuba mengelak dari bertentangan mata dengan Megat. “ aku terkejut tengok kau tak pakai baju.”

Megat ketawa kecil. “mulai sekarang kau kena biasakan diri kau tahu!”

“kenapa pulak ?”  tanya Hidni hairan.

“kau kan setuju nak cuba kekalkan perkahwinan ni so kau kenalah biasakan diri kau hidup dengan aku.” Beritahu Megat. Tangan Megat asyik mengatur rambutnya supaya tersusun kemas.

“oh! Wait! Tadi kau kata yang kalau aku nak kekalkan perkahwinan ni aku kene belajar cintakan kau ? habis, kau macam mana ? Kau pon kene belajar juga nak cintakan aku.” Hidni menghampiri Megat yang sibuk mengatur rambutnya dari tadi.

Megat hanya buat tidak tahu.

“weh! Mana adil! Aku sorang je kene cintakan kau, ini namanya cinta bertepuk sebelah tangan! Tak kira! kau pon kene juga cintakan aku! ” marah Hidni bila merasai Megat tidak berlaku adil apabila menyuruh dirinya belajar mencintai Megat tetapi Megat tidak perlu belajar mencintai dirinya.

Dengan serta-merta Megat menghampiri wajah Hidni. Hidni terkedu. Air liur sudah tersekat di anak tekak. Muka Megat benar-benar hampir dengan wajahnya. Megat tersenyum manis.

“iya sayang.” ujar Megat dengan pandangan mata yang sangat redup. Hidni mula menggenggam penumbuk. Jantungnya berdegup laju.


Tuesday 6 January 2015

On The Way Bercinta (bab 4)

Umi memegang kepala yang terasa begitu berat. “apa yang Megat buat ni sayang ?”

“umi! Umi percayakan Megat kan ? Megat takkan buat benda-benda macam ni lah. Ada orang yang kene kan Megat” Megat cuba menenangkan Umi.

Hidni dari tadi diam di kerusi disisi Ibu. Tidak langsung memberi sebarang riaksi dan dia tidak berani memandang muka ayah dan ibu nya.  Jantungnya dari tadi berdebar tanpa henti.

“Megat, umi tak tahu nak cakap apa. Umi pening sangat-sangat.  Astaghfirullahalazim.” Umi hanya duduk lemah di atas sofa. Kepalanya benar-benar sakit. Umi memang percayakan anaknya tidak melakukan perkara sebegitu tetapi jikalau Megat benar-benar melakukannya, bagaimana ? Pasti hati ini hancur kerana tidak pandai menjaga anak dengan didikan yang betul.

“Umi, Megat betul-betul tak buat! Percayalah~ Umi.”  Megat hanya menggenggam erat tangan Uminya.

“kita kahwin kan diorang ye kak ?” cadang ayah yang begitu tenang. Ayah  benar-benar tidak merasakan Megat akan melakukan perbuatan terkutuk itu. Dia tahu Megat seorang budak yang baik. Memang benar Megat pernah berceritakan yang dia benar-benar sukakan Hidni dan Megat juga pernah berjanji yang dia akan menikahi Hidni dengan cara yang betul, bukan cara yang seperti ini. Ayah teringat akan peristiwa sewaktu keluarga Megat masih menjadi jirannya. Megat pernah berkongsi cerita tentang dirinya yang sudah terpikat dengan anak dara Ayah. Ayah hanya tersenyum mendengar kisah cinta Megat. Dia tidak melarang Megat kerana dia juga sudah terpikat dengan sikap Megat yang bertanggungjawab dan penyayang. Cukuplah dengan cara melihat dia menjaga Umi dan adik perempuannya.

Umi mengganguk lemah. “ nampaknya macam tulah, Bahar.”

Hidni dan Megat berpandangan. Megat sudah mula rasa bersalah. Iya! Benar Megat memang mahu menikahi Hidni tetapi bukan dengan cara yang sebegini. Dia mahu menikahi Hidni dengan cara yang betul bukan dengan cara ditangkap basah seperti yang dirancangkan oleh Faizul.

“tapi…” Megat cuba bersuara.

Umi menarik tangan Megat supaya berdiam diri.

“kamu kahwin je dengan Hidni. Makcik dan Pakcik tak marah sebab kami berdua tahu macam mana Hidni dan macam mana sikap kamu. Kamu kahwin je dengan Hidni ye, Megat ?” ibu bersuara perlahan.

Megat terdiam. Matanya hanya memandang Hidni yang dari tadi tunduk tanpa bersuara.

Hidni hanya menahan air mata. Dia mahu bersuara untuk mempertahankan yang dia dan Megat tidak bersalah tapi dia takut melihat ayahnya yang hanya tenang duduk disofa tanpa meninggikan suara. Dia takut. Aku tidak mahu berkahwin. Aku masih mahu hidup dalam kebebasan tanpa suami. Ini terlalu awal untuk aku. Aku juga tidak cintakan Megat. Aku hanya menganggap Megat itu cuma sahabat yang aku perlukan dunia dan akhirat.


*****
Hari majlis perkahwinan berjalan seperti yang dirancang. Majlis perkahwinan Megat dan Hidni hanya dibuat secara sederhana dan seperti pasangan yang lain. Sejak peristiwa itu Megat dan Hidni tidak banyak bercakap, mereka hanya mengikut sahaja apa yang dirancang oleh orang tua mereka. Hidni lebih banyak bermasam muka berbanding Megat. Megat mungkin menyukainya tetapi bila melihat wajah Hidni yang asyik bermasam muka, hatinya rasa tidak selesa dengan perkahwinan ini.

Syikin memegang bahu Hidni. “kau tahu tak, hari ni adalah hari paling cantik yang aku pernah tengok kau dalam hidup aku.”

Hidni tersenyum palsu. “ iyelah tu, selama ni aku tak cantiklah ye ?”

Syikin ketawa kecil. “ha.ah, kau memang tak cantik sebelum ni tapi hari ni macam ada satu aura yang buat kau berseri-seri tapi sayang, bibir kau asyik tak nak senyum.”



“tudung aku ok tak ?” soal Hidni untuk menukar topik. Hidni hanya melihat dirinya dihadapan cermin. Dress labuh yang dipilih oleh ibunya sangat disukai. Sangat simple dan tidak terlampau over. Dress labuh yang tersarung ditubuh Hidni menampakkan lagi tubuh Hidni yang ramping.

Syikin mengangguk kepala. “ Sabar ye Hidni, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.”

*****
Faizul melangkah menghampiri Megat yang sedang bersembang dengan sepupunya. Faizul menepuk bahu Megat. Megat yang dari tadi asyik melayan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya mula menoleh dan terasa geram sebaik saja matanya memandang Faizul.

“Bro, aku nak jumpa kawan kejap ye.” ujar Megat.

Sepupu Megat hanya mengangguk.

“kau ikut aku.” Bisik Megat pada Faizul. Faizul hanya mengikut kata-kata Megat. Memang benar Faizul yang merancang kejadian di malam hari itu. Faizul benar-benar bengang dengan Intan yang terlalu mencintai Megat dan cuba merendah-rendahkan dirinya. Mungkin pada waktu itu, Faizul diluar kawalan sehingga terfikir untuk melakukan perbuatan yang keji sebegitu. Sekarang Faizul sudah mula rasa bersalah.
Megat mula bersuara sebaik saja sampai ke tempat yang lebih tersembunyi dan jauh daripada tetamu-tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya.

“apa yang kau buat ni Faizul ?!”

Faizul mula berasa takut. Dia tidak pernah melihat Megat marah dirinya walaupon Faizul sering sahaja mengganggu Megat disebabkan Intan.

“aku minta maaf, Megat. Aku terpaksa.”

“kau terpaksa apa Faizul ? Cuba kau cakap dengan aku ? Kau tahu tak, kau buat masalah sekarang ni. Hish! Aku nak je tumbuk kau.” Megat mula mengempal penumbuk.

Faizul terus meraih simpati. “ aku minta maaf, waktu aku rancang semua tu. Aku memang diluar kawalan. Aku bengang dengan Intan yang terlampau merendah-rendahkan aku. Aku cintakan dia tapi dia sukakan kau. Aku buat semua ni sebab aku nak dia rasa, apa yang aku rasa.”

Megat mengurut dahi. Kata-kata Faizul tidak berjaya memujuk dirinya.

“aku tahu kau sukakan Hidni. Jadi waktu tu aku tak teragak-agak nak rancangkan kejadian tu sebab aku tahu perasaan kau terhadap Hidni.”tambah Faizul.

“Memanglah aku sukakan Hidni tapi masalahnya aku tak nak kahwin dengan Hidni dalam keadaan terpaksa! Aku nak dia terima aku dengan seadanya bukan macam ni! Kau faham tak ?!” tengking Megat.

“maafkan aku,  Megat.” Faizul meminta maaf dan cuba mengundur diri tetapi Megat pantas menarik bahu Faizul dan melepaskan satu tumbukan di pipi Faizul. Faizul terdorong dan jatuh rebah ke lantai. Faizul hanya diam dan memegang bibir yang luka berdarah. Dia tahu dia bersalah, oleh itu dia tidak mahu berkata apa. Dia menyesal dengan perbuatannya.

“Aku dah maafkan kau. Kau baliklah.” Ujar Megat dan terus berlalu pergi. 

*****
Selesai sahaja majlis perkahwinan, Hidni masuk ke dapur untuk membantu mereka yang lain membungkus lebihan makanan dan disedekahkan kepada jiran-jiran tertangga. Setelah satu jam didapur, Hidni mula meminta diri untuk naik ke atas. Badannya benar-benar letih pada hari ini. Mahu saja badannya rebah di dapur ketika ini.

“ibu. Umi. Hidni naik atas dulu ye ?” Hidni bangun dari tempat duduknya.

“iye sayang.” Ujar Ibu. Umi di sisi hanya mengangguk.

“eh ? cepatnya nak naik atas. Tak sabar nak jumpa abang Megatlah tu.” Diana tersenyum gatal mengusik Hidni. 

Umi mencuit pinggang Diana dan menggeleng kepala tanda jangan mengusik Hidni sebab perkahwinan ini bukan dengan rela tetapi secara paksa. Diana pon tahu itu, cuma sikapnya sahaja yang sering mengusik orang. 

Hidni menoleh dan tersenyum gatal. “meowww!”

Hidni terus berlari menaiki tangga sebaik saja melakukan bunyi kucing gatal.

Diana tergelak kecil dengan gurau Hidni. Alhamdulillah, Hidni masih boleh dibawa bergurau. Kalau benar Hidni memang tidak boleh terima perkahwinan ini. Hidni pasti sudah menangis tanpa henti dan berkurung di dalam bilik ataupon melarikan dirinya dari majlis perkahwinan tetapi Hidni tidak melakukan sebegitu.

“akak Hidni ok kan Umi ? Ibu ?” soal Diana.

Umi hanya berdiam diri. 

“In Syaa Allah, menantu awak tu ok. Saya tahu Hidni boleh terima, lagipon Megat tu rapat jugakkan dengan Hidni. Kita doakan saja yang terbaik untuk diorang ye. ” Ujar ibu cuba menenangkan isi hati Umi.
Umi tersenyum kelat. “ maafkan saya ye. Tak sangka pulak, boleh jadi macam ni.”

Ibu menggosok bahu Umi. “tak apa. Pasti ada hikmahnya. Kita doakan yang terbaik ye, untuk mereka berdua.”

Umi mengangguk. 

“nasi ada lagi ke ?” soal Ayah yang tiba-tiba datang ke dapur. Perut yang berbunyi itu digosok .

Ibu mengangkat punggung. “ abang nak makan ?”

*****
Ditangan Hidni sudah tergantung baju tidur dan tuala. Badannya benar-benar rasa seperti ada gam. Melekit! Seharian berpeluh dengan melayan tetamu dan membantu mereka yang lain. Ini dikatakan raja sehari ? Ini namanya hamba sehari~ Tidak pernah dia merasa penat sebegini. Badannya mula terasa sengal-sengal. Kepala yang masih tersarung tudung berwarna hitam dipicit-picit, cuba untuk mengurangkan peningnya.

Hidni berjalan menuju ke bilik mandi. Belum sempat Hidni ingin memulas tombol pintu, pintu telah di buka dari dalam. Hidni yang hanya tinggi separas bahu Megat mendongak memandang Megat. Mata Hidni dan Megat mula bertentangan. Hidni seakan terkedu apabila melihat mata Megat secara dekat. First time, dapat tengok mata Megat yang berwarna coklat gelap dan bulu matanya yang agak panjang. Tak sangka pula Megat mempunyai mata yang cukup cantik. Kenapa selama aku berkawan dengan Megat aku tidak pernah perasan akan kecantikkan matanya. Patutlah ramai gadis-gadis terpikat dengan Megat, rupanya inilah sebab mereka sukakan rupa Megat.

Megat yang sedikit terkejut dengan Hidni yang sedang memerhati matanya mula bersuara. “kenapa kau pandang aku macam tu ?”

 “ah ?” soal Hidni yang tersedar dari lamunan.

“mana ada aku pandang kau. Tepilah! Aku nak mandi.” Tambah Hidni dan terus menolak tubuh Megat ke tepi. Belum sempat kaki Hidni menjejak ke dalam bilik air, Megat pantas menarik lengan Hidni.

“kau okay ?”

Hidni mengangguk perlahan. Tiba-tiba, matanya ingin mengeluarkan cecair yang jernih tetapi di tahan sebaik mungkin.

“aku tahu kau tak okay. Aku minta maaf. Sepatutnya malam tu kita balik cepat-cepat. Kalau kita balik secepat mungkin, benda macam ni tak akan terjadi. Aku minta maaf. It ok, kalau kau tak boleh tahan untuk perkahwinan ini. Aku nak kau cuba tahan sebulan dua bulan, at least kita dapat jaga hati ibu, ayah dan Umi. Lepas tu baru kita fikir apa yang patut kita buat. Boleh ?”

Hidni mengangguk lemah dan terus masuk ke dalam bilik air.


Megat hanya mengeluh.  Sebenar-benarnya, Megat kalau boleh memang tak nak perkahwinan ini putus di tengah jalan. Dia benar-benar cintakan Hidni tetapi dia tahu Hidni tidak mencintai dirinya. Dia tidak sanggup melihat Hidni terpaksa menjalankan kehidupan sebagai seorang isterinya dengan keadaan terpaksa. Hatinya seakan-akan terseksa.

*****

Selesai sahaja solat isyak, Hidni terus mengikat rambutnya menjadi sanggul. Memang tabiatnya untuk mengikat rambut seperti sanggul supaya mudah untuk dirinya tidur dengan selesa tetapi malam ni , bolehkah dia tidur dengan selesa ? Disisi seorang sahabat ? Disisi seorang lelaki ?

Ini adalah kali pertama Megat melihat rambut Hidni. Sepanjang mereka berkawan, Hidni tidak pernah sekali menunjukkan rambutnya pada Megat. Bagi Megat, Hidni amat menjaga auratnya sebagai seorang wanita. 
Megat cuba memejamkan mata kerana dia terasa segan untuk melihat tubuh Hidni yang hanya berpakaian singlet dan juga seluar tidur yang panjang. Berani juga minah ni pakai pendek-pendek macam ni ?

Hidni menghampiri Megat yang konon-kononnya tidur dengan memeluk bantal busuknya  “tepilah. Aku nak tidur.”

Megat membuka mata. “kau nak tidur sini ?”

“iyelah, habis tu nak tidur mana lagi. Bilik aku mana ada sofa. Tepilah, aku mengantuk sangat ni” Hidni terlalu penat. Suaranya kedengaran lemah sedikit.  

Megat sudah gementar. “tapi…”

“tak ada tapi-tapi. Kau tu yang ke tepi.” Hidni terus menolak tubuh Megat ke tengah katil. Tanpa berasa takut mahupon segan, hidni terus berbaring disebelah Megat. Ok! Sekarang di antara Megat dan Hidni tiada jarak. Hidni terus memejamkan mata walaupon hatinya mungkin terasa berdebar sedikit. Maklumlah, first time tidur dengan orang laki.

Megat beranjak ke tepi apabila Hidni baring benar-benar rapat dengan dirinya. Bahayalah minah ni~ Takkan sebulan dua bulan ni aku nak kene tidur dengan dia ?

Hampir sepuluh minit, Hidni dan Megat diam membisu. Masing-masing tidak berborak seperti sewaktu mereka berkawan dahulu. Berborak sampai kadang-kala tak tahu nak cari ending untuk menutup cerita tetapi mulai malam ini semuanya akan berbeza. Mereka bukan kawan lagi seperti dahulu, kini mereka sepasang suami isteri.

Akhirnya, suara Hidni memecah kesunyian dalam bilik tidur itu. “Megat, tolong tutupkan lampu.”

Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan dan tiba-tiba lampu bilik menjadi gelap serta-merta, Cuma lampu tidur saja yang terpasang. Megat kembali mengambil posisi baringnya.

“Megat , nak selimut”  Megat  perlahan-lahan menyelimutkan Hidni dengan comforter.

Hidni memejamkan mata kerana disaat ini. Sungguh dia rasa selesa, tidak tahu mengapa. Mungkin kerana Megat yang berada disisinya ?

“Megat” panggil Hidni.

“hmmm…” 

“kita try sajalah perkahwinan ini. Okay ?” cadang Hidni.

Megat menoleh. “ kau boleh buat ?"


“hmmm…” Hidni terus dibuai mimpi setelah melepaskan ayat yang dari tadi hendak dilontarkan. Terasa lega hatinya. Kini Hidni boleh tidur dengan mimpi yang indah. Hidni akan cuba mengekalkan perkahwinan ini sebaik mungkin. In Syaa Allah. 


On The Way Bercinta (bab 3)

“ Kau ni tak faham bahasa ke ?!” tengking Intan.

Faizul tersentap.

“aku dah tak suka kau! Kau pergi blah lah! Nak kejar-kejar aku apa lagi ?!” marah Intan. Matanya hampir saja menikam mata Faizul. Geram Intan melihat sikap Faizul yang sering mengganggu dirinya. Dah orang tak suka pergilah jauh-jauh.

“saya sukakan awak, saya cintakan awak. Saya tahu awak sukakan Megat tapi Megat tak sukakan awak! Dia sukakan Hidni. Berhentilah sukakan Megat, datang pada saya. Saya betul-betul cintakan awak Intan.” Terang Faziul seikhlas hatinya.

“pergi mampus lah kalau dia sukakan si perempuan tu pon. Aku takkan mengalahlah nak rampas Megat dari dia. Aku akan cuba sampai aku dapat. Aku tak larang kau cintakan aku tapi kau jangan dekat dengan aku. Aku tak suka, faham! Aku tak suka kau!”  membara hati Intan melihat wajah Faizul yang tidak sekacak Megat.

“kau! Ingat ni, kau takkan dapat aku sampai bila-bila. Ingat tu, kau tak layak untuk aku. Jujur aku cakap kau memang tak layak untuk aku.” Tambah Intan.

Baru saja Intan ingin melangkah pergi, Faizul pantas menggenggam tangan Intan dan berkata. “ Intan, kau dah cabar aku. Kita tengok siapa yang menyesal.”

Faizul melangkah pergi dengan senyuman penuh makna.

*****

“Megat!” sapa Faizul.

Megat mendongak. “mmm kau, ada apa ?”

“kau dengar aku cakap eh ?”

Megat tersenyum. “serious sangat  ni kenapa ? Selalunya kau datang nak ajak gaduh sebab Intan payung kau tu.”

“dengar ni, aku nak kau sabar je. Walau apa pon yang terjadi, anggap itu satu kebaikan daripada aku untuk kau. Okay! Bye bro!” ujar Faizul dan terus melangkah pergi.

Megat mengangkat kening. “ kau dah kenapa Faizul ?!”

Faizul hanya melambai tangan dan laju kakinya melangkah pergi.

*****
“weh! Ni Megat suruh aku bagi dekat kau.” Syikin menghulur sepucuk surat kepada Hidni.

“sejak bila wayar kepala Megat putus ni ajak main surat-menyurat ni. Zaman dah canggih pon ajak main kertas-kertas.” Bebel Hidni. Tangan masih menyambut kertas yang diberikan oleh Syikin.

“weh! Main surat-menyurat nilah yang romantik kau tahu tak ? Itulah kau tak pernah bercinta waktu kecik-kecik. Sekarang baru nak merasa bercinta guna surat. Ceh!” perli Syikin dan terus menghirup air teh o ais yang berada dihadapannya.

Hidni menjeling. “  Megat nak bercinta dengan aku apa benda nya pulak, aku dengan dia kawan tau. Sahabat sejati. Tak ada maknanya aku nak bercinta dengan dia. Lagipon kau kene faham, aku bukan hati lembut nak bagi orang masuk dalam hati aku ni sesuka hati. Lainlah macam kau, semua laki dalam U ni kau bagi masuk.”

“haip! Haip! Bukan semua ok, segelintir sahaja.”

“samalah tu.” Balas Hidni dan membaca isi dalam kertas tersebut.

= Hidni, jumpa aku malam ni dekat taman permainan rumah kau pukul 12 malam, ok ?=

“apa Megat tulis ?” Syikin cuba mencuri pandang kertas yang dipegang oleh Hidni.

“nah! Bacalah.” Hidni memberikan kertas itu kepada Syikin.

Syikin mengerut dahi. “ Apahal Megat ajak jumpa kau malam-malam buta dekat taman?”

Hidni menghirup air dan berkata. “ nak ajak aku date lah tu”

"tadi kata kau dengan Megat tak bercinta~" 

"kitorang memang tak bercinta tapi kitorang teman tapi mesra-mesra." ujar Hidni dan ketawa seronok.

*****

“Megat! Hidni ada bagi aku surat suruh bagi dekat kau.” Faizul menghulur sepucuk surat.

“Surat ? tadi dia baru je whatapps aku. Kenapa bagi aku surat ?”  Megat mengerut dahi.

Faizul mengangkat bahu. “entah, Aku blah dulu ye.”

“ok.” Megat membuka surat yang berwarna putih bersih itu.

= Megat, kita jumpa malam ni dekat taman permainan rumah aku, pukul 12 malam. Ok ?=

Megat mengigit bibir. Tangannya mencapai Iphone 5 dan terus menghantar whatapps pada Hidni.

MEGAT -  jumpa malam ni.

Ting!

HIDNI – jumpa malam ni.

*****

Hidni jalan seorang diri menghampiri kerusi di taman reakrasi itu. Hidni hanya berpeluk tubuh kerana ditiup angin yang kuat. Seram pulak bila melihat taman ini gelap gelita dan hanya diterangi beberapa lampu kuning. Hanya Hidni seorang saja yang berdiri di kerusi panjang taman itu dengan penuh rasa takut. Handphone di tangan di genggam seerat mungkin.

"mana Megat ni ?" soal Hidni sedikit takut. Bola matanya bergerak ke kiri ke kanan mencari tubuh Megat.


Megat hanya tersenyum melihat Hidni yang berdiri tegak berpeluk tubuh menunggu dirinya. Tangan setia didalam poket mengelak tangannya daripada terkena angin malam. Sejuk cuaca malam ni. 

"Megat!" panggil Hidni sebaik saja ternampak tubuh Megat yang berjalan menghampiri dirinya.

"kenapa kau nak jumpa aku ?" soal Megat sebaik saja menghampiri Hidni.

"hah ? aku nak jumpa kau ? mana ada. aku datang sini sebab kau yang suruh aku datang " Hidni menghampiri rapat dengan Megat kerana suasana yang sunyi ditaman itu agak menakutkan dirinya.

"hmmm ? tadi siang kau yang bagi aku surat kan ? suruh aku datang sini jumpa kau." Megat mula merasa curiga. Matanya mula memerhati sekeliling taman. Pasti ada yang tidak kena. 

Megat mengeluarkan surat yang diberikan oleh Faizul. Hidni merampasnya dan terus membaca. Tulisan dan ayat hampir sama dengan surat yang dia terima siang tadi. 

"oh! aku pon dapat! tapi dah buang. kau yang bagi kan ?" soal Hidni.

Megat menggelengkan kepala dan tangan menggosok rambut belakang.  "aduhai~ Faizul kenakan kitalah."

"Faizul ? kenapa ? aku tak faham."

"Faizul kenakan kita. Kau dapat surat macam ni kan ?"

Hidni mengangguk. "ha..ah"

"surat tu bukan aku yang bagi. Orang lain yang bagi." Megat mengambil tempat duduk di kerusi panjang hak milik awam itu.

Hidni juga turut mengambil tempat duduk. "orang lain ? siapa ?"

"Faizul yang bagi. Aku pon dapat surat macam kau dapat tu. Faizul dah kenakan kita." terang Megat dengan tenang.

Hidni menggenggam penumbuk. " kurang ajar punya mamat. Apa motif dia nak kenakan kita ? Hish!" 

Megat terus bangun dari tempat duduk sebaik saja terfikirkan sesuatu. "Hidni! jom kita balik, cepat!"

"Kenapa ? Lepaklah dulu!" ajak Hidni.

"kau ni, kenapalah lembap sangat. Kau nak kita kene kahwin free ke ?" soal Megat. 

"kenapa pulak nak kahwin free ?" soal Hidni hairan.

"Astaghfirullahhalazim!" istighfar satu suara garau.

Hidni yang terkejut dengan satu suara garau itu terus memeluk lengan Megat serapat-rapatnya. Megat juga terkaku dengan tindakan Hidni. 

"apa kamu berdua buat ni ?" soal seorang lelaki yang berpakaian jubah putih dan di belakangnya terdapat sekumpulan lelaki daripada Jabatan Agama Islam.

Megat menelan air liur yang pahit. Hidni tercengang. 


On The Way Bercinta ( bab 2)

Hidni mula resah dan mula menggigit hujung bibir. Matanya asyik berkeliaran melihat dipagar rumah. Hatinya berdebar menanti kemunculan Megat.

“mana kau ni Megat ?” Hidni mengerling jam tangan. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 8.15 p.m.

“Assalamualaikum!” Megat memberi salam dan terus menuju ke arah  Hidni yang berdiri tegak di hadapan pintu utama rumah banglo itu.

Terjegil mata bulat Hidni kerana terkejut dengan kehadiran Megat yang lambat 15 minit. 

“Waalaikumussalam.”

“Kenapa kau lambat ?” soal Hidni dan terus menarik lengan baju Megat masuk kedalam rumah.

Megat tidak dapat menjawab soalan Hidni kerana dirinya sudah terdorong ditarik Hidni supaya masuk ke dalam rumah.

Megat hanya mengikut Hidni. Sampai sahaja di ruang tamu, Megat menelan air liur. Ha! Sudah apalah yang kau rancangkan ni Hidni. Megat sudah rasa tidak senang.

“Ehm, ibu! Megat dah sampai.” Ujar Hidni.

Ibu yang dari tadi asyik sembang dengan Mama Faizul menoleh memandang Hidni dan tersenyum. “Megat dah sampai ? Lamanya tak nampak Megat. Umi macam mana ? Sihat ?”

Megat sedikit terkejut dengan suasana di ruang tamu itu. Sebenarnya bukan Ibu sahaja yang memandangnya tetapi mama Faizul, Faizul dan termasuklah Ayah Hidni sedang memandang dirinya.

“Alhamdulillah sihat. Umi kirim salam, ni ada sikit Umi bagi.” Megat menghampiri Ibu dan terus menghulurkan bekalan yang dibawa dari rumah.

Ibu menyambut bekalan itu dan terus menjawab salam. Rindu pula pada jiran lamanya. “Waalaikumussalam, marilah duduk sekali. Ini makcik ada buatkan kuih sikit. Duduk-duduk.”



Megat terus menjalankan tugasnya sebagai pemuda yang menghormati orang tuanya. Megat menyalam kaum Adam yang berada di ruang tamu itu. Sampai sahaja pada Faizul, Megat menggenggam dengan kuat. Geram pulak aku dengan mamat ni.

“kenapa kamu datang ke mari Megat ?” soal Ayah.

Megat mengerling Hidni. “ehmmm… “

Belum sempat Megat ingin memikirkan jawapan. Hidni pantas mencelah. “Hidni yang jemput. Sebenarnya Hidni ada sebab jemput Megat datang sini.”

“Sebab ?” soal Ibu ingin tahu.

Mama Faizul dan Faizul hanya memerhati.

Hidni mengangguk sambil memandang Megat. Megat melarikan mata dan tersenyum palsu kepada mereka yang duduk di ruang tamu. Dia sendiri tidak tahu apa yang dirancangkan Hidni. Jadi lebih baik dia diam dan tunggu apa yang akan berlaku.

“Hidni jemput Megat malam ni sebab Hidni nak kenalkan pada makcik yang Megat ni teman lelaki saya dan saya tak nak kahwin dengan Faizul. Saya minta maaf ye makcik. Saya memang tak nak kahwin dengan Faizul” terang Hidni.

“Hidni , apa ni ? kenapa buat macam ni ?” soal Ibu. Ayah disisi hanya memerhati  kerana malas hendak campur tangan. Ayah pon tidak berminat ingin bermenantukan Faizul. Dia sendiri pon tidak mengenali Faizul jenis orang yang macam mana. Kalau Megat, ayah kenal sebab sebelum ni kan mereka berjiran.

Megat terkedu dengan apa yang dilontarkan dari mulut Hidni. Aku ? Aku ? teman lelaki dia ? ooo~~~ ini petanda baik ke tidak ni ?

Faizul disisi mamanya hanya tersenyum seronok.

“kamu dah ada teman lelaki ? mak cik betul-betul tak tahu” tanya mama Faizul.

“kan Faizul dah bagi tahu mama. Mama yang tak nak percaya. Hidni memang dah ada boyfriend lah.” Jawab Faizul bagi pihak Hidni.

“maafkan saya ye makcik. Saya nak kahwin dengan Megat bukan Faizul.” Tambah Hidni.

Megat dihujung sofa sudah bagaikan terkena panahan petir. Jantungnya seakan mahu berhenti berdegup. Nak kahwin pulak~ Rasa nak rebah jatuh ke lantai sekarang.

Ayah tersenyum melihat muka Megat yang berubah seakan-akan menahan debaran. Ayah menepuk bahu Megat. Megat hanya tersenyum palsu.

“kalau macam tu tak apalah. Makcik balik dulu ye. Jom Faizul.” Mama Faizul terus menarik Faizul untuk pulang ke rumah.

Ibu yang sedikit risau kerana kata-kata Hidni mungkin sudah menyakitkan hati Mama Faizul mula bangun mengejar langkah mereka dihadapan.

“siti! Aku minta maaf ye, aku tak sangka pulak yang Hidni jemput teman lelakinya. Maafkan aku ye.” Ujar Ibu.

Mama Faizul tersenyum. “tak mengapalah. Tak ada rezekilah aku nak jodohkan anak kau dengan anak aku tu. Aku balik dululah ye.”

“iyelah.” Ibu dan Mama Faizul bersalaman.


*****

“kenapa ni Hidni, kamu datang bawa Megat datang sini tiba-tiba kata dia teman lelaki kamu ? Kita boleh tolak pinangan tu elok-elokkan.” Tegur ibu.

“makcik maafkan saya ye.” Ujar Megat yang rasa bersalah kerana Ibu terasa hati dengan sikap Hidni.

“mana ada Hidni tipu. Betullah! Hidni dengan Megat memang bercinta. Tak percaya, ibu tanya ayah!”

“abang, betul anak dara kita dengan Megat bercinta ?” ibu memegang tangan suaminya.

“iye. Megat tu memang betul-betul sukakan Hidni.” Jawab ayah.

Megat hanya tersengih.

Hidni mengangkat kening. Kenapa dengan dua orang ni? Macam lain je. Apa yang ayah cakap tadi tu betul ke ?

“ha! Tengok ayah pon cakap betul. Ibu je yang tak nak percaya.” Tambah Hidni lagi.

“betul Megat ?” soal ibu yang sedikit gusar.

“betul makcik.” Jawab Megat tenang.

“so bila kamu nak kahwin ?” tanya ibu lagi.

Hidni menelan air liur. “ hmmm…”

“awak ni cepat sangat kenapa ? Mereka berdua ni masih belajar lagi. Bagilah diorang masa dulu.” Ayah cuba mempertahankan Hidni dan Megat.

“betul cakap ayah. Kan Megat kan  ?” Hidni memandang Megat.

“betul. Hmmm. Betul” Megat hanya mengikut sahaja.

“kalau macam tu, ibu bagi masa. Tapi seelok-eloknya ibu nak kamu kahwin awal. Ibu tak nak anak ibu terjebak dengan berzina. Faham ?”

Hidni dan Megat hanya mengangguk. Ayah tersenyum penuh makna. 

*****
“ Hidni, kau sebenarnya sedang menambah masalah.” Ujar Megat dengan kepura-puraan.

“okay. Okay. Nanti aku akan plan apa yang patut aku buat. Bila aku dapat idea aku call kau. Kau relax je. Okay ?” Hidni cuba menenangkan Megat yang sudah sedia tenang dari tadi.

“sudahlah aku balik dulu. Penat layan kerenah kau.”

“kau janganlah marah. Benda boleh settle. Nanti aku cakap je dekat ibu yang aku dengan kau dah putus. The end!”

“senangnya kau cakap. Tak baik tau kau mainkan hati ibu kau.” Megat membuka pintu kereta dan terus menurunkan tingkap.

“hari raya nanti aku minta maaf balik.”

Megat mencebik. Minah sorang ni asyik nak fikir benda senang sahaja.

“Megat, kau ada cakap apa-apa ke dengan ayah ? Ayah macam lain macam je. Dia macam tahu something lah.” Hidni mengaru pipinya yang digigit nyamuk sebentar tadi.

Megat mengangkat bahu tanda tidak tahu dan terus masuk kedalam isi perut kereta. “entah, aku pon rasa macam ayah kau tu tahu something.”

“kan ?!”

“okaylah weh. Aku balik dulu, kau masuk rumah cepat. Dari tadi aku tengok kau tergaru-garu. Nyamuk banyak ni. Masuk rumah cepat.” Arah Megat.

“uuuu~ caring abang kita sorang ni. Iyelah! Bye! Assalamualaikum. Drive elok-elok! ” Hidni terus melangkah masuk ke dalam rumah. Hidni juga tidak tahan dengan nyamuk yang asyik mengigit dirinya untuk mendapatkan darah manisnya.

Megat hanya menghantar tubuh Hidni masuk kedalam rumah dengan bola matanya. “Waalaikumussalam.”


 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012