Followers

Thursday, 3 October 2013

KAU KAYA, CARI AKU, KITA KAHWIN



Mata sepet Haikal memerhati ruang kelasnya yang riuh rendah seperti mengadakan party. Matanya tertacap pada Syafinaz yang seronok bersembang dengan Laila di hujung kelas. Haikal menggelengkan kepala dan kembali membaca bukunya. Earphone berwarna hitam disumbat kedalam lubang telinga. Keadaan kelas yang riuh rendah mengganggu ketenteramannya untuk membaca buku tapi dia tetap teruskan jua membaca.


  "weh, Finaz besar nanti aku nak kahwin dengan orang kaya. Senang sikit hidup aku nanti" ujar Laila tiba-tiba.

  Syafinaz tergelak kecil.

  "kau ni macam tak ada benda lain nak fikir. Asyik-asyik kahwin" kata Syafinaz yang tidak berapa minat dengan hal-hal perkahwinan. Baginya umurnya masih muda ingin berfikir tentang alam perkahwinan. Baru form 5 kot, takkan nak fikir pasal kahwin. Umur-umur macam ni sepatutnya enjoy. Tak payah nak bercinta-cinta ni. Buang masa!

  "weh! umur macam kita ni lah nak kene fikir kahwin awal tau! Umur kita dah 17 weh. 17!" buku teks ditangan Laila dihentak kuat di atas meja. 

  Syafinaz terus merampas buku teksnya. Lunyai! juga buku teks aku ni karang.

  "kalau kau nak tau bila-bila je ibu kau tu boleh kahwinkan kau dengan bangla hujung lorong rumah kau tu." sambung Laila. 

  Syafinaz mencebik. Ingatkan dah habis.

  "ala relax lah, kalau ada jodoh tak kemana lah" ujar Syafinaz ingin mempertahankan pendiriannya. Inilah masalah si Laila banyak sangat terpengaruh dengan novel, drama korea and boyfriend dia!

  "serious aku cakap kau kene fikir. Mana lah nak tau, tiba-tiba tak ada siapa nak kat kau." bidas Laila dengan sindiran. 

  "mulut tu baik sikit. Kalau tak ada siapa nak kat aku, senang je caranya. Aku kahwin je dengan si Haikal tu. The End!" jari telunjuk Syafinaz laju menunding belakang tubuh Haikal.

  "dia cakap dengan kau pon tak pernah. Nak kahwin! choi!" kata Laila.

  Syafinaz menjeling pada Laila.

  "lagipon kan, Haikal tu miskin weh." kutuk Laila tak bertapis.

  Syafinaz membulatkan mata. "gila kurang ajar kau!" marah Syafinaz.

  "apa ? benda betul kot, tengok earphone tu. Semua tu secondhand je. Tak adanya yang original." tambah Laila.
  
  Laju tangan Syafinaz menampar bahu Laila. "Lebih arr kau, tak baik kot cakap macam tu"

  "benda betul!"

  "cuba kau tengok boyfriend aku, duduk rumah banglo, pakai iphone, ada kereta sendiri. Lengkap segala-galanya." puji Laila melambung pada buah hatinya. 

  "hish! malaslah aku layan kau. Menyakitkan hati! kalau kutuk orang nombor satu. Harta benda tu tuhan boleh tarik sekelip mata je lah, Laila. Silap-silap nyawa boyfriend kau tu pon dia boleh tarik kejap lagi." ujar Syafinaz pada Laila dan terus berlalu ke meja Haikal.

  Laila terdiam. 

*****

  "Haikal, kau tengah buat apa ?" soal Syafinaz. Kerusi disebelah Haikal ditarik kehadapan meja Haikal dan terus melabuhkan punggung. Salah satu hobi Syafinaz didalam kelas adalah mengganggu ketenteraman Haikal. Setiap hari persekolahan Syafinaz akan pergi ke tempat Haikal dan buat kacau. Ada saja perkara yang ingin diusik pada Haikal tetapi malang Haikal tidak pernah membalas kata-katanya. Hampir 2 tahun mereka satu kelas tapi Haikal tak pernah bercakap dengan Syafinaz. 

Kadang-kadang Syafinaz terasa jugak sebab bila dengan budak lain, mau pulak Haikal keluarkan suara tetapi bila dengan dia pasti Haikal berdiam diri. Dia pon tak tahu kenapa dan disebabkan itu jugak lah Syafinaz makin semangat dan geram ingin mengusik Haikal. Syafinaz tekad ingin membuatkan Haikal bersuara bila dengannya.

  Haikal yang kusyuk membaca buku, hanya membisu.

  Bila melihat Haikal yang tidak memberi sebarang respon, tangan Syafinaz terus menarik earphone yang berada di telinga Haikal. Haikal tersentak dan terus mengangkat kepala. 

  "Haikal! kau buat apa ?" soal Syafinaz sekali lagi. Geram!

  Haikal memandang Syafinaz pelik. aik! bila minah ni ada depan aku ? Tadi bukan ada dekat belakang ke ?

  "Haikal! boleh tak sekali jeeeee. Kau bercakap dengan aku. Please!!" ujar Syafinaz separuh merayu. Sungguh dia tidak tahu kenapa dia begitu mahu Haikal bercakap dengannya. Kadang-kadang Syafinaz terasa pelik juga dengan dirinya. Kenapa dia begitu gemar ingin mengusik Haikal, ingin mendengar suara Haikal bercakap dengannya.

  Haikal tidak peduli dengan kata-kata Syafinaz, dia kembali memakai earphone tanpa memperdulikan Syafinaz yang berada didepannya. Muka surat seterusnya diselak. Butang pause di phonenya disentuh secara diam-diam.

  Syafinaz mengeluh.

  "ok! fine. kau tak nak cakap dengan aku. Aku faham." ujar Syafinaz dengan keluhan dibibir.

  Tiba fikiran Syafinaz teringat pada kata-kata Laila. Tanpa berfikir panjang, laju saja mulut Syafinaz melafazkan sesuatu.

  "Haikal, nanti kalau kau dah kaya, kau cari aku tau. Kita kahwin" ujar Syafinaz tiba-tiba dan terus bangun meninggalkan Haikal.

  Haikal yang baru hendak menyelak muka surat yang seterusnya berhenti. Kahwin ? Aku silap dengar ke apa ni ? Aku dah pause lagu kan ?

******
5 tahun kemudian....

  Kaki Haikal langkah masuk kedalam butik muslimah yang berjenama. Jubah-jubah yang pelbagai warna dan fashion menarik perhatiannya untuk membeli. Maklumlah Umi nya suka benar dengan jubah-jubah yang sebegitu. Mata Haikal kusyuk memandang jubah yang tergantung megah di dinding.

'Umi pasti suka! sebelum balik ke rumah lebih baik aku beli sehelai jubah. Maklumlah hari ini kan hari lahir ibu. Perlulah! aku bawa hadiah.' bisik hati Haikal.

  Sedang kusyuk Haikal memilih jubah, tanpa disedari dia sudah melanggar seorang wanita. Habis baju kemeja Haikal disimbah dengan air coca-cola.

  Bulat Haikal memandang baju yang sudah basah dan melekit. Haikal terus mengangkat wajah dan mencari siapa yang malang benar melakukan perkara sebegini.

  "maaf encik! sorry-sorry" kedengaran gadis itu meminta maaf. Kelam kabut saja gayanya.

  "sorry ? awak letak mata dekat mana ?" soal Haikal kasar tapi dengar suara yang mendatar.

  "maaf! saya betul-betul nak cepat." gadis itu meminta maaf sekali lagi.

  Tapi maaf itu tidak diambil peduli oleh Haikal. "awak kerja sini ?" teka Haikal.

  Gadis itu mengangguk lemah. Matilah aku, kalau dia mengadu dekat boss, mau kene pecat aku hari ni jugak!

  "saya nak jumpa boss awak." Haikal memberi kata putus.

  "cik! saya betul-betul minta maaf. jangan lah mengadu pada boss saya. Saya baru kerja sehari. tolong lah" gadis itu cuba meraih simpati.

  "saya peduli apa, awak kerja sini berapa hari. saya tak peduli saya nak jumpa boss awak juga."

   "yes! awak nak berjumpa dengan saya ?"  kedengaran suara dari belakang tubuh Haikal.

*******
  "sarah! ambilkan jubah yang warna biru tu!" arah Syafinaz pada pekerjanya. Sarah mengangguk dan terus menjalankan tugasnya.

  "nah boss!" Sarah menghulurkan jubah yang diminta oleh Syafinaz.

  "terima kasih" ucap Syafinaz dengan senyuman manis. Syafinaz adalah seorang boss yang sangat bertimbang rasa, dia juga tidak pernah sombong dengan pekerja-pekerjanya. Baginya pekerja itu dianggap sebagai rakan setugas. Sungguh Syafinaz rapat dengan pekerjanya, terutamanya Sarah.

  Sedang sibuk Syafinaz menguruskan jubah pada patung. Telinganya dapat menangkap bunyi riuh yang sedang berlaku di kawasan hadapan. Syafinaz mengerut dahi. "apa kene pulak tu ?"

  Syafinaz terus meninggalkan kerjanya dan berlalu pergi ke kawasan hadapan. Kelihatan seorang jejaka yang tinggi lampai bersama dengan pekerja barunya. Syafinaz mendekati Haikal dan gadis comel itu.

  " saya betul-betul minta maaf. jangan lah mengadu pada boss saya. Saya baru kerja sehari. tolong lah" gadis itu cuba meraih simpati.

  "saya peduli apa, awak kerja sini berapa hari. saya tak peduli saya nak jumpa boss awak juga."

  "yes! awak nak berjumpa dengan saya ?" soal Syafinaz dari belakang tubuh sasa Haikal.

  Gadis dihadapan Haikal sudah ingin menangis bila melihat kehadiran Syafinaz dibelakang Haikal.

  Haikal terus berpaling apabila mendengar suara Syafinaz dan dia terdiam untuk seketika. Matanya terpaku pada wajah suci milik Syafinaz.

  'Syafinaz!' jerit hati Haikal. Sekali pandang saja, dia sudah dapat mengenali wajah dihadapannya ini.

  "Encik ?" panggil Syafinaz, bila sedar jejaka dihadapannya sudah berangan entah kemana. Kalau nak berangan pon, tak payah lah pandang muka aku macam tu sekali.

  "sa sa saya" tiba-tiba suara Haikal tersangkut-sangkut ingin bersuara.

  "saya tuan punya kedai ni. Syafinaz." Syafinaz memperkenalkan diri dan tersenyum manis.

  'kan betul. ini Syafinaz!' ujar hati Haikal. Sekali lagi Haikal terpaku pada senyuman Syafinaz. Rindunya aku pada wajah comel ini. Sudah berapa tahun tidak berjumpa, akhirnya berjumpa juga aku dan dia.

  "boleh saya tahu apa yang terjadi ?" soal Syafinaz ingin tahu perkara yang sebenar. Haikal kembali kealam realiti bila Syafinaz mengajukan soalan.

  "pekerja awak ni, dia tumpahkan air pada kemeja saya dan saya..." terang Haikal.

  Tapi belum sempat Haikal habiskan penerangannya. Laju saja Syafinaz memotong. "oh! begitu. Kalau macam tu biar saya yang bayarkan ganti ruginya. Encik boleh ikut saya sebentar ?" soal Syafinaz.

  Haikal membalas dengan mengangguk.

  Sebelum Syafinaz melangkah pergi sempat dia berpesan pada Ain untuk menjalankan tugasnya seperti biasa dan biarkan saja dia sebagai boss yang menyelesaikan masalah ini. Mia hanya menurut.

  Dalam perjalanan ingin kepejabat Syafinaz. Rancak benar mulut Syafinaz berbicara. "maafkan pekerja saya. Dia baru dekat sini, lagipon air yang dibawa tu. Saya yang pesan. Maaf sekali lagi." ucap Syafinaz memohon maaf.

  Haikal hanya mengangguk. Dia tidak tahu ingin membalas apa. Yang pasti dia lebih suka merenung wajah mulus Syafinaz.

  "Encik tunggu sebentar." ujar Syafinaz bila sampai dihadapan pintu pejabatnya. Haikal mengangguk. Syafinaz terus masuk kedalam bilik pejabatnya.

  Tidak sampai berapa minit Syafinaz keluar dengan sekeping duit seratus ditangan dan sekeping kad. Haikal hanya memerhari tingkah laku Syafinaz.

  "saya rasa jumlah ini cukup untuk kemeja encik." Syafinaz menghulur duit pada Haikal tetapi Haikal menolak.

  "Syafinaz ?" soal Haikal.

  Syafinaz yang sedikit blur hanya mengangguk kepala.

  "awak tak kenal saya ?"

  Syafinaz menggelengkan kepala. Wajah kacak milik Haikal direnung lama. Otaknya ligat mengingatkan wajah yang ada dihadapannya.

  "Ha...Hai..Haikal ?"soal Syafinaz tergagap. Bila sedari wajah kacak dihadapannya adalah seorang yang pendiam dan tidak pernah ingin bercakap dengannya. Ini bagaikan mimpi.

*****

  " aku macam tak percaya kau cakap dengan aku. Haikal cakap dengan aku ?! Tiba-tiba rasa nak demam" ujar Syafinaz. Tapak tangannya diletakkan pada dahi tanda ingin memeriksa suhu badannya. Terkejut benar bila Haikal bercakap dengan dia.

  Haikal tergelak kecil. Kelakar melihat reaksi Syafinaz.

  " betul ke kau ni Haikal kelas 5 Bestari yang aku selalu kacau tu ?" soal Syafinaz meminta kepastian. Dia masih ragu-ragu dengan lelaki dihadapannya ini.

  "iye. Aku lah ni, Haikal " jawab Haikal  dengan senyuman tak lekang dibibir.

  Syafinaz ketawa seronok.

  "tak sangka aku. Akhirnya, mahu juga kau bercakap dengan aku." ujar Syafinaz sebelum air jus tembikai itu dihirup masuk ke dalam mulut dan melalui anak tekaknya.

  "dah puas hati kau bila aku cakap dengan kau ?" soal Haikal ingin tahu.

  "gila! mestilah! kau bayangkan, kau tak pernah cakap dengan aku langsung sampai waktu kita ambil result pon kau boleh buat don't know je dengan aku. Sabar je la" luah Syafinaz geram.

  Haikal hanya tergelak kecil.

  "kau amacam sekarang ? kerja mana ?" soal Syafinaz ingin tahu. Mana lah tahu mamat depan aku ni dah jadi jutawan. Maklumlah, kalau dalam kelas dulu Haikal je yang selalu scor semua subjet A dalam kelas. Yang B C D E F G semuanya ditolak pada kami yang tak berapa nak bijak ni.

  "Alhamdulillah, aku sihat. Kerja ehh ? Entahlah" jawab Haikal acuh tak acuh.

  "haih! Pakai baju bukan main smart, takkan pasal kerja pon kau ragu-ragu nak jawab." ujar Syafinaz selamba. Bila melihat cara pemakaian Haikal yang smart berkemeja biru laut dan digandingkan dengan kot berwarna hitam, tak dilupakan juga kasut hitam yang agak berkilat itu pasti korang akan sangka dia bekerja dalam pejabat yang ada aircon, ada lif, dan perabot-perabot yang serba mewah.

  "kau dah kaya eh sekarang ?" soal Syafinaz tanpa berfikir panjang. Mulutnya hanya melontar soalan yang terlintas di fikiran.

  Haikal tersenyum. Di fikirannya tiba-tiba muncul satu idea untuk mengusik Syafinaz,

  "kalau aku kaya kau nak kahwin dengan aku ?"

  Syafinaz terkedu mendengar soalan dari mulut Haikal. Jantungnya berdegup laju. Tiba-tiba otaknya teringat pada kata-katanya untuk Haikal sewaktu didalam kelas dahulu.

 "Haikal, nanti kalau kau dah kaya, kau cari aku tau. Kita kahwin"

  Syafinaz terdiam tidak membalas apa-apa. Mulutnya terkunci untuk memberi jawapan. Matanya hanya terpaku pada wajah kacak milik Haikal. Apa aku nak jawab ni ?

  "Finaz!" panggil Haikal untuk menyedarkan Syafinaz yang termenung memandang wajahnya.

  Syafinaz tersedar dari lamunan. "mmm ? apa ?"

  "aku tanya kalau aku kaya kau nak kahwin dengan aku tak ?" soal Haikal sekali lagi.

  Syafinaz mengigit bibir. "apa maksud kau ?"

  "maksudnya aku nak kahwin dengan kau lah" ujar Haikal selamba. Diluaran saja selamba, dalam hati hanya Allah yang Maha Esa saja yang tahu. Jantungnya bagai nak meletup menahan rasa debaran menunggu jawapan Syafinaz.

 "kau buat lawak eh? Haikal."

  "mana ada aku buat lawak. Serious ni." Haikal buat muka serious.

  " kau kaya ?" soal Syafinaz, hanya soalan itu yang terlintas dibenak hatinya. Dia sudah tidak tahu ingin mengajukan apa-apa kenyataan.

  'kenapa dengan aku ni ? gelabah semacam. relax Finaz. Relax' bisik hati Syafinaz.

  "boleh tahan juga lah. Kalau hadiah birthday kau tu, aku boleh hadiahkan satu rumah banglo." jawab Haikal sedikit belagak.

  Syafinaz mencebik.

  " so ? nak kahwin dengan aku ?"

  " No comment !" jawab Syafinaz laju. Tangan yang sejuk di gosok untuk menghasilkan sedikit haba.

  Haikal ketawa tiba-tiba.

  "asal kau gelak ? ada sawan ?" soal Syafinaz hairan. Apa kena entah mamat ni, tiba-tiba gelak.

 "weh, aku gurau je lah! kau tak payah lah nak gelabah sangat."

 " gurau ?" soal Syafinaz sedikit 'noob'

 "iye. aku gurau je lah!"

  " Ya Allah, Haikal. Sampai hati kau main kan aku. Kau tahu tak jantung aku ni bagai nak meletup. Sabar je lah. Aku cuak tahu tak!" luah Syafinaz geram. Tangan kanannya diletakkan didada. Dapat dia rasa jantungnya berdegup laju dari yang biasa. Haikal ni kalau nak menyakat aku pon, tak payah lah sampai nak ajak kahwin. Nak tercabut aku dengar.

  "haha! kau suka aku ye ?" soal Haikal serkap jarang.

  Syafinaz menggeleng. "mana ada!"

  "eh! kejap-kejap. Aku lupa pula nak tanya kau something. Lepas cakap pasal kahwin ni, baru aku teringat."

  "apa  yang kau nak tanya ?"

  "Kau dah kahwin ?" Haikal mengangkat kening menunggu jawapan dari mulut Syafinaz.

  Syafinaz menggeleng.

  "tunang ?"

  "belum"

  "boyfriend ?"

  "belum ada"

  "kau single mingle lah ni ?"

  "mmm, macam tu lah" jawab Syafinaz acuh tak acuh.

  "kira aku ada peluang lah ni ?" soal Haikal lagi.

  "peluang apa ?"

  "tackle kau!" jawab Haikal sambil tersengih.

  "merepek!" Syafinaz menjeling. Lain macam pula rasanya.

******

  " Boss, lelaki yang handsome datang kedai kita hari tu siapa ? kekasih gelap boss eh ?" soal Sarah serkap jarang. Laju tangan Syafinaz menampar bahu Sarah.

  "woi! mana ada. Kawan sekolah dulu." jawab Syafinaz tenang.

  "kawan yang macam mana tu ?"

  Syafinaz meninjau-ninjau butiknya sebelum menjawab pertanyaan Sarah. "nak akak story ?"

  Sarah mengangguk.

  "dulu waktu sekolah menengah, kalau sarah nak tahu. Mamat tu tak pernah cakap langsung dengan akak. Cuba Sarah bayangkan, satu kelas selama 2 tahun. Dia langsung tak pernah bersuara bila dengan akak. Akak ni je la yang terhegeh-hegeh dok kacau dia, menyakat dia, sembang dengan dia tapi dia... hemh!.. haram~ satu patah perkataan pon tak pernah nak keluar nak bercakap dengan akak. Sampai kitorang ambil result tau. Akak pon tak tahu lah dia dapat berapa dalam SPM. Tup! Tup! Kelmarin dia muncul, cakap dengan akak pulak tu. Serious akak rasa macam nak demam. Terkejut sangat." cerita Syafinaz panjang lebar. Mujur butiknya tidak ada pelanggang yang menyinggah. Kalau tidak mahu ada sambungan cerita dia ni.

  "dia jumpa akak, akak cerita apa dengan dia ?"

  "tak ada cerita apa-apa pon. Cerita macam jumpa kawan-kawan lain. Cuma rasa pelik sikitlah, tak sangka pula. Mamat tu jenis peramah and kuat menyakat."

  "haha! dia menyakat akak apa ?" soal Sarah. Seronok benar dia mendengar cerita majikannya.

  "dia ajak akak kahwin." jawab Syafinaz selamba.

  "then ? jantung akak berdegup tak ?"

  "gila! kau Sarah. Jantung akak ni, rasa macam nak tercabut, meletup. Macam-macam lah. Nasib baik akak pandai cover line."Sarah ketawa bila melihat reaksi Syafinaz yang bersungguh-sungguh menceritakan tentang situasinya bersama Haikal.

  "asal sarah ketawa ?"

  "itulah yang dinamakan jodoh"

  "jodoh apa benda pulak, kau ni Sarah ? tiba-tiba je" dahi Syafinaz berkerut. Hairan.

  "yela, dah berapa tahun berpisah. tiba-tiba terjumpa. Jodoh lah tu" balas Sarah.

  "hish! tak adanya. Entah-entah dia dah kahwin."

  "oh, dia dah kahwin ke ?"

  "entah, akak tak tanya pulak. Lupa" tangan Syafinaz ligat menyusun manik-manik yang berselerak di atas meja. Siapalah yang campur-campurkan manik ni ? Menyusahkan aku betullah.

  "kalau dia belum kahwin, akak ada peluang lah" tangan sarah mencuit bahu Syafinaz.

  "peluang apa ?"

  "tackle dia!" jawab Sarah sambil tersenyum gatal.

  Terbutang mata Syafinaz mendengar.  "woi! kau sambung kerja kau cepat!" arah Syafinaz pada Sarah secara tiba-tiba untuk menukar topik.

  "iyelah! boss!" balas Sarah sambil tersengih.

*****

   Syafinaz yang baru sampai ke butiknya terus menjalankan kerjanya sebagai kuli. Kotak besar yang berat berisi pelbagai jenis tudung itu di angkat bawa kehadapan kedainya.

  "aaa!" Syafinaz terjerit kecil apabil secara tidak sengaja hujung bajunya yang agak labuh itu tersangkut pada meja dan kotak ditangannya hampir terlepas dari pegangan.

  Belum sempat kotak tu menjejak ke lantai, ada tangan yang laju menyambut dari terjatuh. 

  Syafinaz terkejut dengan kehadiran jejaka dihadapannya. Kenapa si dia boleh ada di sini ? Awal lagi kot, butik aku baru je nak buka.

  "aku tahu kau kuat tapi kotak ni berat. Naing kali cari pekerja lelaki untuk angkat benda-benda macam ni." bebel pendek dari Haikal. Syafinaz hanya berdiam diri. Dia masih terkejut dengan kemunculan Haikal secara tiba-tiba.

  "oh. Terima kasih." ucap Syafinaz lembut. Baju yang masih tersangkut dimeja dibetulkan. Mujur tak terkoyak. Baru beli ni.

  "sama-sama" jawab Haikal. Tersengih.

  Syafinaz menghulur kembali tangannya untuk meminta kotak yang berada di pelukan Haikal tetapi Haikal patas mengelak.

  "biar aku angkat. Nak letak mana ?" 

  "dekat depan tu." arah Syafinaz. Jari telunjuk laju menunding ke arah tudung-tudung yang tersangkut kemas.

******
  
  "yang lain mana ?"soal Haikal. Apabila melihat butik Syafinaz yang sunyi sepi.

  "belum datang kerja lagi. Kau tu ha! awal sangat datang. Ada apa ?" soal Syafinaz sambil membuka kotak yang berisi tudung untuk digantung pada tempat sepatutnya.

  "aku datang awal ni sebenarnya aku nak minta tolong dekat kau tapi...." Haikal berhenti dari menyambung kata-katanya. 

  "tapi..."

  "tapi apa ?!" sergah Syafinaz bila menunggu Haikal yang lambat menyudahkan kata-katanya.

  "takut kau tak nak tolong!" ujar Haikal laju kerana terkejut dengan sergahan Syafinaz.

  "nak minta tolong apa ?" soal Syafinaz dengan ketawa. Kelakar bila melihat wajah Haikal yang terkejut dengan sergahannya. Tudung bawal yang pelbagai warna itu disangkut kemas pada penyangkutnya.

  Haikal menggaru kepala yang tidak gatal. "aku nak minta tolong kau berlakon. Boleh ?"

  "berlakon ?" terhenti kerja yang dilakukan Syafinaz. Hairan dengan permintaan Haikal. Apa mamat ni nak sebenarnya.

  Haikal mengangguk.

  "aku tak faham. Explain betul-betul boleh tak ?" 

  "ok.ok. aku explain. Semalam Umi aku kata dia nak buat makan-makan untuk malam ni. So dia suruh anak-anak dia bawa pasangan masing-masing. So..."

  "so aku kene berlakon jadi makwe kau ?!" laju soal Syafinaz memotong kata-kata Haikal. Jantungnya yang tadi berdegup perlahan sudah bertukar berdegup tidak menentu. Apa kena ni ?

  "eh? pandainya kau." puji Haikal. Tangan kanannya dengan selamba menggosok kepala Syafinaz yang dibaluti tudung. 

  Syafinaz menepis perbuatan Haikal. "kau gila ? kita baru je jumpa tak sampai 2 minggu. Mustahil!" ujar Syafinaz. Tudung bawal ditangannya di campak kembali masuk kedalam kotak. Kakinya diatur langkah menuju ke kaunter pembayaran.
  "Tak mustahil lah sebab kita dah lama berjumpa dari form 4 lagi." Haikal mengejar langkah Syafinaz.

  'jangan kejar aku Haikal. Jantung aku nak meletup ni.' bisik hati Syafinaz. Tapak tanganya diletakkan pada dada. 

  Haikal melajukan langkahnya dan cepat-cepat menghalang langkah Syafinaz. 

  "tolong aku weh." pinta Haikal. Wajah Syafinaz yang berada dihadapannya ditenung lembut meminta simpati.

  "errr... aku.. aku..." tergagap-gagap Syafinaz hendak memberi alasan sebaik saja melihat wajah comel Haikal di hadapannya. Tanganya rasa macam nak cubit saja pipi gebu milik Haikal.

  "tolong lah. Please!" pinta Haikal dan terus melutut dihadapan Syafinaz. Syafinaz terpampang. 

*******

  Mata Datin Mariam tajam memerhati pasangan anak-anaknya. Wanita yang berpakaian seksi disebelah anak sulungnya di tenung tajam.

  'ini nak jadi menantu aku. Reject' ujar Datin Mariam didalam hati. Matanya menjeling tajam pada wanita tersebut.Seterusnya, matanya melirik kepada wanita yang berada di sebelah anak keduanya. 

  'sama juga. Makeup mengalahkan orang pergi sarkas' kutuknya lagi didalam hati. Wanita itu juga mendapat jelingan maut dari Datin Mariam. Yang terakhir, matanya terpaku pada wajah Syafinaz yang kelihatan buntu di meja makan. Mata Datin Mariam kusyuk menganalisis wajah Syafinaz yang dicalik makeup yang simple dan penampilan bertudung yang agak labuh. Tiba-tiba Datin Mariam tersenyum mesra. 

  'aduh, situasi apakah ini ? dari tadi aku tengok dia ni dok jeling-jeling orang. Seram pulak aku tengok.' bebel Syafinaz didalam hati. Sebaik saja melihat Datin Mariam tersenyum kearahnya, laju bibir Syafinaz mengukir senyuman.

  Dekat 15 minit kami semua berdiam diri di meja makan sambil menikmati hidangan yang tersedia diatas meja mewah milik Datin Mariam. Syafinaz sudah menjegilkan mata pada Haikal tanda 'bila nak habis ni ?!'

  Haikal hanya buat tak tahu apabila melihat reaksi Syafinaz. Syafinaz mengigit bibir. Hesh! mamat ni, aku cepuk jugak karang.

  "Haikal!" panggil Datin Mariam pada anak bongsunya. Terpelanting sudu yang dipegang Haikal apabila terdengar suara nyaring menyapa telinganya.Syafinaz dihadapannya sudah mengigit bibir. Apa pulak nak jadi ni ?

  "siapa tu ?" soal Datin Mariam ringkas untuk mengetahui siapa diri Syafinaz.

  "Saya Syafinaz, aunty." belum sempat Haikal memberi jawapan, laju Syafinaz memotong.  Datin Mariam tergelak kecil. Syafinaz pula hanya tersengih dan tidak mengerti apa yang ada didalam otak Datin Mariam.

  "kamu nak kahwin dengan Haikal ?" soal Datin Mariam sebaik saja meletak garfu dan sudu. Matanya terpaku pada wajah Syafinaz menanti jawapan.

  Syafinaz tersedak sebaik saja mendengar soalan dari mulut Datin Mariam. Haikal yang melihat Syafinaz tersedak dengan begitu teruk terus menghulurkan segelas air suam.

  "saya.. saya...saya " kata Syafinaz tergagap-gagap dengan sisa batuknya.

  "ok. Umi hantar rombongan meminang hujung minggu ni." ujar Datin Mariam dengan kata putus. Haikal dimeja makan sudah pon tersengih seronok. Syafinaz ? tercengang tak terkata. Matanya terjegil memerhati wajah Haikal. Jantungnya bagai sudah keluar jatuh dari tubuhnya. Roh dalam dirinya bagai sudah terbang keluar dari tubuhnya.

*****

  "apa ni Haikal ?" soal Syafinaz mendatar. Syafinaz cuba menahan rasa marah yang sedang membuak-buak. Sebenarnya dia tidak faham dengan hatinya. Sekejap berdegup laju, sekejap rasa nak marah, sekejap suka, sekejap rasa macam nak larikan diri. Jawapan yang lebih tepat bagi situasinya sekarang adalah dia buntu!

  "macam ni lah, aku terus terang dengan kau. aku nak kahwin dengan kau" ujar Haikal selamba. Malas dia hendak berdolak-dalih lagi dengan Syafinaz. 

  "kau nak kahwin dengan aku sebab ?" Syafinaz mengerut dahi. 

  "aku suka kau dari form 4 lagi." lafaz Haikal. Matanya pandang tepat terhadap mata coklat milik Syafinaz. Syafinaz terkejut dengan kata-kata Haikal. Lututnya lemah untuk berdiri. Dia suka aku ?!

  " First time aku tengok kau dekat depan kelas jantung aku berdegup laju gila! aku tak tahu kenapa. Nak tahu kenapa bila kau bercakap dengan aku, aku malas nak layan ?" 

  Syafinaz hanya memerhati anak mata Haikal. 
  "sebab bila aku pandang kau pon jantung aku rasa macam nak tercabut, ini kan bila kau bercakap dengan aku. Mau melompat jantung aku keluar. Bayangkan bertahun-tahun aku tahan rasa suka aku dekat kau. Dah lah tiap-tiap hari kau buat muka cute depan aku, menyakat aku. Macam-macam lagi lah! Now! is the right time untuk aku memiliki kau betul-betul. got it ?"

  Syafinaz ternganga. Macam gini je dia luahkan. 

  "aku masuk rumah dulu. Aku nak tidur. Nanti aku call kau." beritahu Syafinaz. Pintu pagar dibuka dan terus melangkah masuk kedalam rumah. Wajah Haikal sudah tidak dipandang. 

  Haikal mengeluh.

*****

  "Sarah, tanda jatuh cinta macam mana ?" soal Syafinaz sebaik saja Sarah mengangkat panggilannya. Tak sempat langsung dia hendak memberi salam. 

  "apa akak ni, malam-malam buta call ni " rungut Sarah. 

  "kau tolong akak, akak double kan gaji kau." 

  " apa yang akak nak tahu ?" Sarah terus bangun dari posisi baringnya. Sebut pasal gaji, laju saja.

  Syafinaz tersengih. "kalau nak tahu kita jatuh cinta macam mana ?"

  "mmm ? akak rasa macam mana sekarang ?" 

  "first, akak tak boleh tidur sebab terfikir kan dia. Akak pejam mata nampak muka dia, buka mata pon nampak muka dia. So akak dah tak tahu nak tidur macam mana. Second, bila akak tengok muka dia. Jantung aku macam nak pecah. tambah-tambah bila usya mata dia. Pergh! rasa macam jantung nak terjun keluar dari badan tu. Lastly, hati akak ni rasa macam nak buat dia jadi hak milik akak dan terima lamaran dia." beritahu Syafinaz satu persatu.

  Sarah ketawa. "gila! siapa yang buat boss aku jadi macam ni ?"

  "kawan lama akak." jawab Syafinaz ringkas.

  "yang hari tu ? yang datang butik tu ?!" 

  "haa...a..ah" jawab Syafinaz sambil mengangguk perlahan. Konon macam Sarah ada depan dia je.

  "saya dah kata! so apa yang dia buat sampai akak jadi macam ni ?"

  "eh? budak ni aku tanya dia, dia tanya aku balik. mana lah akak tahu sebab tu akak tanya kau. Apa penyakit akak ni, Sarah ?" soal Syafinaz yang benar-benar ingin tahu. 

  "akak dah jatuh cinta dengan dia lah tu. Bukan main lagi angau nya. Dasyat. Dasyat."

  "jatuh cinta ?"

  "ha..ah. jatuh cinta. Akak kahwin je lah dengan dia."

  "betul ke akak dah jatuh cinta ?" soal Syafinaz meminta kepastian Sarah.

  "iyelah! sebab akak dah angau dengan dia." jawab Sarah. Matanya dijegilkan untuk menghilangkan rasa ngantuk.

  "biar betul ?" Syafinaz mengigit bibir. Dihatinya dia terasa ragu-ragu dengan apa yang dikatakan Sarah. Betul ke aku sudah jatuh cinta ?

  "kalau akak tak percaya, akak boleh test."

  "test ? macam mana ?"

  "esok akak jumpa dia, akak paksa dia sebut ' i love you' dekat akak. akak paksa je lah kalau dia tak nak sebut. Buatlah apa yang patut. Lepas tu, akak rasa jantung akak. Berdegup laju tak, tak pon akak rasa macam nak pengsan." Sarah memberi cadangan yang agak merepek kepada Syafinaz. Maklumlah, matanya sudah benar-benar ingin terpejam.

  "ok. bye! saya nak tidur" belum sempat Syafinaz ingin membalas. Sarah lebih pantas mematikan panggilan. 

  Syafinaz termenung sendiri didalam bilik.

****

  "Haikal, aku nak kau buat something. Ini hanya ujian tau." ujar Syafinaz. 

  "ujian apa pulak dah ?" Haikal mengangkat kening. Tidak faham dengan apa yang difikirkan Syafinaz.

  "kau tak payah tahu. Sekarang ni aku nak kau cakap 'i love you' dekat aku." suruh Syafinaz tanpa rasa malu-malu.

  "cakap ' i love you' dekat kau ?" soal Haikal lagi.

  Syafinaz mengangguk. 

  "i.... iiii... love.. lovee." ujar Haikal tersangkut-sangkut.

  Syafinaz sudah bermacam-macam muka diukir untuk menunggu Haikal menghabiskan ayat tersebut.

  "iii.. rasa pelik lah dengan you ni." ujar Haikal terus terang. 

  Syafinaz mengeluh. Haih! aku ingat di nak habiskan ayat tu, rupanya ayat lain.

  "kau kenapa ni ? jujur dengan aku. Semalamkan aku dah luahkan rasa cinta aku dekat kau. " mata coklat Syafinaz di tenung.

  "ok. ok. aku jujur. aku rasa aku dah angau atau dalam definisi lain aku dah kemaruk cinta dengan kau. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah sebab memikirkan kau! and aku nak uji diri aku, adakah aku betul-betul sudah jatuh cinta dengan kau. The End" terang Syafinaz. Matanya hanya memandang ke tempat lain. Tidak berani untuk bertentang mata dengan Haikal.

  Haikal menahan ketawa apabila melihat Syafinaz yang sedang meluahkan tentang rasa hatinya. Apabila Syafinaz habis berkata-kata. Barulah gelak tawanya terburai.

  "kenapa kau gelak ? aku serious ni." kata Syafinaz serious.

  "kau dah jatuh cinta dengan aku eh ?" soal Haikal dengan senyuman menggoda.

  "aku tak tahu sebab tu lah aku nak uji" jawab Syafinaz.

  "ok. kau nak aku cakap ' i love you' dekat kau kan ?" Haikal bangun dari kerusinya dan berdiri disebelah kerusi Syafinaz.

  Syafinaz hanya mendongak memandang wajah Haikal dan mengangguk.

 Tiba-tiba Haikal terus melutut disebelah Syafinaz. Syafinaz terpaku, terkedu, tercengang, ternganga, terkejut dan macam-macam 'ter' yang sewaktu dengannya.

  "Nurul Syafinaz, Saya Adam Haikal ingin jujur terhadap diri sendiri dan diri awak. Saya sudah lama jatuh cinta dengan awak dan saya ingin awak sentiasa berada disisi saya untuk jaga saya. Pada saat ini, saya ingin melamar awak untuk menjadi isteri saya, sudikah awak untuk menjadi suri rumah dan permaisuri hati saya ?"  soal Haikal dengan suara yang agak romantik. Cincin yang berada didalam kotak baldu itu, dikeluarkan.

Semua pelanggan dikedai makan itu hanya memerhari lamaran dari Haikal untuk Syafinaz. Tak pasal-pasal mereka dapat melihat drama swasta.

  "awak sebut dulu ' i love you'" arah Syafinaz. Lamaran Haikal di ketepikan.

  Dengan tenangnya, Haikal hanya mengikut arahan Syafinaz. " I love you, Syafinaz"

  Syafinaz yang baru saja mendengar dapat rasa jantungnya berdegup dengan laju sebaik saja Haikal mengungkap kata 'i love you' terhadap dirinya. Dirinya bagai hendak rebah jatuh ke bumi. 

  "saya sudi." ucap Syafinaz tanpa fikir panjang. Cincin yang berada di jari Haikal itu diambil dan disarungkan pada cari manisnya. Tiba-tiba, dunia Syafinaz berubah menjadi gelap.

  "Syafinaz!" panggil Haikal bila melihat Syafinaz sudah pengsan. Pipi gebu Syafinaz ditampar lembut. Orang ramai sudah datang mendekati mereka untuk melihat apa yang sudah terjadi.

  "takkan aku cakap ' i love you' pon dia boleh pengsan."

******

  "sayang!!! mana botol susu Mia ?!" jerit Haikal dari ruang tamu. Syafinaz yang berada di dapur sedang basuh pinggan terkejut dengan jeritan Haikal. Pinggan yang hampir terlepas itu digenggam erat. Haih! laki aku ni, panggillah elok-elok. Nasib baik pinggan ni tak pecah.

  "iye. Sayang datang. Kejap!" balas Syafinaz dengan jeritan. Pinggan yang perlu dibasuh ditinggalkan sekejap dan terus mencapai susu anak perempuannya yang berdiri elok di atas meja makan.

  "nah!" hulur Syafinaz sebaik saja sampai disebelah Haikal yang duduk senang lenang menonton tv. Matanya dijeling pada Mia yang lena dibuai mimpi.

  "letaklah atas meja." arah Haikal. Wajah Syafinaz langsung tidak dipandang.

  "Mia tidur lah abang. Abang nak buat apa dengan botol susu dia ni ?" soal Syafinaz hairan. Botol susu berwarna pink itu diletakkan diatas meja.

  "saja." jawab Haikal pendek. Syafinaz mengigit bibir. Geram dengan sikap Haikal yang seakan kanak-kanak untuk mengusik dirinya.

  "abang kalau nak kacau orang buat kerja. Baik tak payah. Kejap lagi tak pasal-pasal abang makan nasi guna straw." Syafinaz memberi amaran pada Haikal. 

  Haikal ketawa dan menghampiri tubuh Syafinaz. Pinggang ramping milik Syafinaz dipeluk erat. 

 "garangnya isteri abang ni, abang gurau je lah. nak bermanja-manja pon tak boleh." ujar Haikal. Ubun rambut Syafinaz dicium.

  "abang tu kalau nak bermanja dengan sayang tak kena tempat. Main suka suki je" marah Syafinaz. Tubuh sasa Haikal ditolak sedikit kebelakang.

  "biarlah! sayang, abang punya. so suka hati abang lah." balas Haikal tidak mahu mengalah.

  "mengada! tepi! orang nak pergi kemaskan dapur." Syafinaz menolak kuat tubuh sasa Haikal tetapi gagal. Haikal mengeratkan lagi pelukan.

  "Haikal, nanti kalau kau dah kaya, kau cari aku tau. Kita kahwin" ujar Haikal tiba-tiba. Syafinaz terus memandang tepat mata Haikal sebaik saja mendengar tutur kata Haikal. Dia dengar ?!

  "abang dengar ?"

  Haikal mengangguk. "abang mana dengar lagu waktu tu." beritahu Haikal.

  "malunya" Syafinaz mengigit bibir. 

  "apa nak malu, dah jadi suami awak dah pon." 

  Syafinaz mencebik.

  "Nurul Syafinaz, i love you" ucap Haikal dengan suara yang menggoda.

  Syafinaz tersenyum malu bila mendengar Haikal mengungkap kata-kata tersebut. Mereka berpandangan sesama sendiri.

  "sayang rasa kerja dekat dapur tu, boleh buat kejap lagi kot. kan abang kan ?" soal Syafinaz.

  Haikal ketawa sambil mengangguk.
  
  THE END.

10 comments :

Marou Apple Hijau said...

wah..bestnya ceritan ni.. syok duk skrol sampai bawah nak tahu ending macam ne.. best2..


recent post : Pentingnya Google+ Kepada Blogger

MINAH BAWAL said...

haha.. terima kasih.

qasehku khumaira said...

best sgt.well done!

MINAH BAWAL said...

best ? ini yang semangat ni.. nak hasilkan lagi cerpen.. haha

Anonymous said...

Klakar....best...sweet

MINAH BAWAL said...

trima kasih~~~ :)

Anonymous said...

Best..dri first smpai ending senyummm seorang2...

CaHaYa BuLaN said...

jangan katakan cerita,tajuk pun da best bila bace.

Anonymous said...

so ggggg!!!!sweet gilerr..betoi2 besttt!gud job.

MINAH BAWAL said...

TERIMA KASIH :)

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012