Followers

Thursday 19 March 2015

Berahsia Kerana Cinta (BAB 2)

BAB 2

“ Zara, awak ini nak kerja ke tidak ?” soal majikan restoran yang agak mewah itu. Matanya tajam memandang Zara yang datang lewat ke tempat kerja dengan kelam kabut. Sudah berapa kali perkara ini berlaku. Patutkah dia memecat Zara ?

“Boss. Janganlah pecat saya. Saya betul-betul tak sengaja datang lewat. Tadi ada orang langgar motor saya. Boleh tak boss bagi saya peluang. Please.” Terang Zara dengan jujur. Sungguh dia bengang dengan lelaki yang tiba-tiba muncul dan terus melanggar motor buruknya. Lelaki tidak dikenali itu hanya menghulur duit dan terus masuk ke dalam kereta. Tiada kata maaf langsung. Tak belajar sivik dekat sekolah ke apa?

“Okay. Saya bagi awak satu lagi peluang tapi kalau awak buat masalah lagi. Saya tak ada pilihan selain buang awak daripada kerja. Boleh ?” Majikan restoran itu berpeluk tubuh sambil berkerut memandang Zara yang agak pendek di hadapannya. Terasa kesian pula dengan gadis di hadapannya ini.

“Baiklah. Saya takkan buat silap!” Zara tersenyum dan terus berlari menuju ke arah lelaki yang baru masuk ke dalam restoran mewah itu.

Zara menghampiri lelaki yang segak berpakaian suit di hadapannya. Ketinggi lelaki itu jelas menampakkan Zara seorang gadis yang sangat pendek. Ini yang malas dekat dengan orang tinggi-tinggi, rasa macam duduk sebelah KLCC.

Lelaki di hadapannya itu mengambil tempat duduk. Mukanya serious dan tidak ada sebarang tanda-tanda yang dia seorang yang peramah.

“Order ?” tanya Zara seperti biasa. Buku kecil dan pen di keluarkan dari poket apron berwarna hitam itu.
Dian menoleh memandang Zara dan hatinya sedikit tidak selesa dengan wanita disisinya. Dian mengerut dahinya.

“Cold water.”  Pesan Dian secepat mungkin untuk menghalau Zara dari pandangan matanya.

Zara tersenyum dan terus meninggalkan meja tersebut. Zara mengigit bibir kerana dia sedikit geram dengan sikap lelaki di hadapannya ini. Nak order makanan pon bad mood.

*****
Dian hanya berdiam diri sambil menunggu air sejuk yang dipesan sebentar tadi. Tekaknya benar-benar haus. Hari ini dia terasa begitu malas hendak berjumpa dengan sesiapa tetapi apakan daya. Urusan kerja harus dilakukan juga.

Tiba-tiba, telefon bimbit Dian berbunyi.

Kring! Kring! Kring!

“ Hello.”

“Hello. Tuan Dian, errr… emm..” kedengaran suara Maria sedikit takut untuk memberitahu Dian sesuatu perkara.

“Apa ?” soal Dian tegas.

“Emmm.. Sebenarnya.. Sebenarnya..”

“Speak properly. Maria.”

“Tuan Dian jangan marah tau. Chef Aiman cancel appointment dengan Tuan sebab dia ada hal yang lagi penting. Lusa baru dia boleh berjumpa dengan Tuan. Saya baru dimaklumkan tadi. 5 minit yang lalu Chef Aiman call saya. He said sorry sebab cancel appointment hari ini.” Beritahu Maria selaju mungkin dengan satu nafas.

Dian hanya berdiam diri mendengar suara Maria. Matanya di pejam cuba meredakan kemarahan.

“Tuan? Are you still there ?” soal Maria walaupon tahu yang majikannya sedang menahan marah.

Dian terus mematikan panggilan telefon tersebut. Hatinya sedikit panas dengan sikap client yang seperti Chef Aiman. Suka suki sahaja nak cancel cancel appointment.

Baru sahaja Dian ingin bangun untuk beredar diri dari restoran tersebut. Kejadian malang menimpanya.
Zara menekup mulut sebaik sahaja ‘cold water’  yang dipesan oleh Dian selamat tertumpah ke atas tubuh Dian. Jantung Zara berdegup kencang. Habislah aku! Confirm kena pecat. Confirm!

“What are you doing?!” tengking Dian. Tangannya yang terkena air sejuk itu di kibas-kibas. Satu restoran memandang ke arah Dian dan Zara.

“Saya minta maaf, Encik. Saya tak sengaja. Maaf.” Zara kelam kabut mencapai tisu di atas meja dan cuba mengelap suit Dian tetapi tangan Dian pantas menepis tangan Zara dari menyentuh tubuhnya.  

“Encik, saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Maafkan saya.” Ujar Zara lagi. Hatinya berdegup kencang takut dengan lelaki di hadapannya ini. Zara juga takut dibuang kerja.

“Tak payah sentuh aku.” Tegas kata Dian. Zara terus menarik tangannya dari cuba mengelap suit Dian.

“Mana manager kau ?”soal Dian sambil menanggalkan suit. Dian nampak lagi segak dengan kemeja putihnya. Jelas tubuhnya yang sedikit sasa itu.

“Manager saya ? Encik, janganlah nanti saya kena buang kerja. Saya minta maaf sangat-sangat. Tolonglah.” Zara cuba meraih simpati. Dia tidak mahu dibuang kerja. Zara kesian dengan Makcik Laila yang tidak mampu membayar sewa rumahnya. Nanti kalau dia dipecat, macam mana nak bayar duit sewa rumah. Dia tidak mahu menyusahkan Makcik Laila. Cukuplah selama 10 tahun ini Makcik Laila menjaga makan minumnya. Kali ini dia pula harus membalas jasa makciknya itu. Makciknya hanya seorang tukang jahit kecil-kecilan dan dia tahu setiap keuntungan yang makciknya dapat tidak mampu untuk menyara mereka.

Dian sudah meluat dengan wajah Zara yang cuba meraih simpatinya.  “Aku cakap mana manager kau?!”

Satu restoran terkejut dengan jerkahan Dian. Ada yang menggeleng kepala melihat cara Dian yang panas baran.

Zara sedikit terperanjat dengan jerkahan Dian. Zara terkedu dan terdiam. Saat itu matanya sudah mula berair.

Majikan restoran itu kelam kabut menghampiri Dian dan Zara sebaik saja terdengar riuh rendah di dalam restorannya.

“Yes, Sir. Apa yang sedang berlaku?” soal majikan Zara.

Zara hanya tertunduk menahan air mata.

Dian  memandang tajam Zara yang sedang tertunduk. “ Pekerja awak ini tumpahkan air sejuk atas badan saya and I want you pecat dia sekarang.”

“Em… Saya betul-betul minta maaf. Dia ini memang cuai sikit. Saya minta maaf ye. Nanti biar saya yang uruskan.”  Ujar majikan Zara.

Zara menggenggam tangannya erat. Cuba menahan air mata dan rasa marahnya. Satu-satu orang kurang ajar muncul dalam hidupnya. Saat itu Zara seakan-akan tidak boleh mendengar suara Dian. Dia terasa geram semacam.

“Pastikan awak pecat dia.” Kata Dian dan terus melangkah untuk meninggalkan restoran itu tetapi langkahnya mati sebaik sahaja mendengar suara Zara. Dian menoleh memandang wajah Zara. Kelihatan wajah Zara merah menandakan marah.

“Yang kau nak bengang-bengang sangat apahal?! Air sejuk je kot!!!  Tak lusuh pon warna baju engkau!” marah Zara. 

Dian berdiri tegak melihat Zara. Saat itu air mata Zara jatuh dan Dian mengerut dahinya. Wajah ini… seakan wajah gadis yang pernah menangis dan meronta memanggil abangnya. Dian sudah terasa lain.

“Aku buat salah sikit je kau nak besar-besarkan hal. Engkau jangan nak ego sangat dengan darjat kau. Kita tengok bila kau buat salah nanti, ada tak orang nak maafkan kau!” Tambah Zara dan terus memberikan apron pada majikannya dan berlari kebelakang dapur.


Saat itu Dian benar-benar terasa dengan kata-kata Zara. Jantung Dian berdegup kencang. Tiba-tiba kejadian 10 tahun yang lalu terlintas di fikirannya. Dian terus berlari keluar dari restoran dan menuju ke keretanya. Dian berjalan sepantas mungkin. Tubuhnya seakan mengeletar. Sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta, Dian terus memejamkan mata dan cuba menenangkan diri.


No comments :

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012