Followers

Thursday 5 November 2015

Berahsia Kerana Cinta (BAB 3)

Dian menapak masuk ke dalam hotel mewah itu dan membetulkan tali lehernya. Matanya mencari wanita yang agak berumur dan seorang gadis. Cermin mata yang sedikit jatuh di betulkan. Bola matanya ke kiri ke kanan sehingga ternampak gadis yang berambut panjang melambai ke arahnya.
Dian tersenyum manis apabila melihat keluarganya. Benar, Dian hanya tersenyum bila bersama keluarganya tetapi tidak pernah tersenyum apabila bersama orang lain. Dian sentiasa tersenyum apabila bersama keluarga kerana dia tidak mahu kehilangan orang yang dia sayang sebagaimana dia kehilangan ibu dan ayahnya turut kawan karibnya.

“Abang!” panggil Amira.

Dian melambai tangan dan terus menghampiri Amira dan Nek Salmah.

Nek Salmah tersenyum memandang cucu kesayangnya. Sudah hampir seminggu mereka tidak makan bersama-sama, ini semua kerana Dian yang terlalu sibuk menguruskan hal syarikat. Nek Salmah sangat bangga dengan Dian yang sangat bertanggungjawab untuk menjadi seorang ketua keluarga cuma Nek Salmah sedikit risau dengan Dian yang sering mengalami mimpi buruk tentang kejadian 10 tahun lalu.

“Assalamualaikum.” Dian memberi salam dan terus menghulur tangan untuk bersalaman dengan Nek Salmah.

“Waalaikumussalam.” Nek Salmah menjawab dan menyambut tangan Dian.

“Rindunya nenek dengan kamu, Dian.” Luah hati Nek Salmah. Dian mengambil tempat duduk dan terus menggosok kepala adiknya.

Amira menepis tangan Dian yang cuba merosakkan rambutnya.

Dian ketawa kecil. “Sorry nenek. Dian busy uruskan syarikat. Banyak betul benda nak kena buat. Kadang-kadang, Dian tak sempat nak makan sebab nak siapkan semua kerja dekat pejabat itu.”

“Kamu ada pekerja, suruh ler pekerja kamu buat. Kalau susah-susah sangat bagi nenek, biar nenek tolong kamu. Nenek memang dah tua tapi nenek masih lagi boleh kerja-kerja macam itu.”

Amira ketawa. “Nenek nak tolong ? Nenek tolong tengok adalah.”

Dian dan Amira ketawa seronok.

“Betul kata Amira itu. Nenek tolong tengok adalah.” Dian menyokong kata-kata Amira.

“In Syaa Allah, kalau kamu ajar nenek. Nenek boleh buat.” Nek Salmah mencuba nasib untuk mengurangkan beban anak muda di hadapannya ini.

“Tak apalah nenek. Dian boleh buat seorang diri. Inikan memang tanggungjawab Dian sebagai ketua keluarga. Nenek cuma perlu tolong doakan untuk kejayaan Dian. Wokay ?” Dian memegang tangan neneknya. Senyuman yang penuh manis diberi kepada kedua-dua orang yang disayanginya.

“Betul cakap abang. Biarlah abang saja yang buat kerja-kerja syarikat itu. Nenek duduk rumah dengan Amira. Teman Amira. Wokay ?” tambah Amira.

Nek Salmah ketawa. “Nampaknya nenek kena dengar cakap kamu berdualah. Sudahlah jom kita makan. Nenek teringin nak makan chicken chop. Dian tolong pesankan untuk nenek. Teringin bebenor dah ni.”
“Baiklah.” Balas Dian dan terus memesan makanan.

*****
“Nasi goreng ikan masin satu. Milo ais satu. Bungkus.” Pesan Zara sebagaimana Makcik Laila memesankan padanya. Mamak itu hanya mengangguk tanda faham. Makanan itu dipesan untuk Makcik Laila.

Zara terus meletakkan kepalanya di atas meja. Zara mengeluh bila terkenangkan peristiwa siang tadi. Tidak sangka mulutnya boleh berkata sebegitu. Matanya dipejam dan peristiwa tadi mula terlintas difikirannya. Tiba-tiba wajah Dian muncul di fikiran Zara.

Zara membuka matanya. “Aku macam pernah tengok je mamat itu.”

“Ha! Lupakanlah benda dah lepas. Kau takkan jumpa dia dah. Lupakan Zara. Lupakan.” Zara kembali duduk menegak.Matanya melihat kedai mamak yang penuh dengan orang. Nasib aku sempat ambil tempat duduk.

Tiba-tiba, Maria muncul dan terus duduk di hadapan Zara. Zara terperanjat. Matanya hanya memandang wanita bertudung di hadapannya. Perempuan mana pulak yang tiba-tiba duduk depan aku ini.

“Adik, akak nak duduk sini boleh tak ? Meja semua dah penuh. Boleh akak duduk sini ?” soal Maria.
Zara tersenyum. “akak dah duduk dah pon. Silalah.”

“Maaflah ye. Akak ini dah lapar sangat dari siang tadi tak makan. Sibuk kerja.” Tambah Maria lagi.

Zara hanya mengangguk tanda faham. Sebaik sahaja Maria habis memesan makanan. Maria ramah bertanya tentang Zara.

“Adik kerja dekat mana ?”

“Saya baru kena pecat.”

“Pecat ?”

Zara mengangguk.

“Ha! Kalau macam itu, adik nak kerja tak ?” soalan Maria menarik minat Zara.

“Tempat kerja akak ada kerja kosong ke ? Boleh juga. Saya memang tengah cari kerja.”

Maria mengangguk. “Ada. Ada. Kerja dia macam tolong photostat, buat kopi. Ala benda-benda remeh temeh itu ajelah. Boleh ?”

Zara mengangguk laju. “Boleh-boleh. Jadi tukang cuci pon boleh. Saya tak kisah.”

“Okaylah kalau macam itu. Adik bagi nombor phone adik. Nanti akak call. Nama adik ?”

“Saya Aufa Zara. Panggil Zara.”

*****

Dian menuju ke katilnya. Loceng berwarna hitam itu dikunci untuk bangun pada esok pagi. Perlahan-lahan comforter di tarik menutupi tubuh. Dian memandang syiling berwarna putih. Tiba-tiba kejadian siang hari itu terlintas difikirannya.

“Muka dia macam….” Kata-kata Dian tidak dihabiskan apabila teringat wajah Zara yang menitis air mata ketika memarahinya.

Tiba-tiba kata-kata Zara mula bermain di telinganya.

“Aku buat salah sikit je kau nak besar-besarkan hal. Engkau jangan nak ego sangat dengan darjat kau. Kita tengok bila kau buat salah nanti, ada tak orang nak maafkan kau!”

Dian terus menarik comforter menutupi wajahnya. Kata-kata Zara amat pedas apabila di dengari. Sangat sesuai dengan keadaanya ini. Kisah 10 tahun yang lalu mula kembali diingatan.

*****
“Weh, adik aku tertinggal bas sekolahlah. Jom kita pergi ambil adik aku dekat sekolah ? ” ajak Azwar yang baru sahaja menerima panggilan dari Zara.

Dian yang mengadap laptop dari tadi terus menoleh dan mengangguk. “ Jomlah. Aku pon baru dapat lesen ini.”

Azwar menepuk bahu Dian. “Cun! Jom tapi kau bawa slow-slow tau.”

“Yelah. Jomlah cepat.”

Tanpa melengahkan masa. Dian terus mengambil tempat memandu dan Azwar masuk ke dalam perut kereta dan duduk di tempat duduk penumpang di sebelah Dian.

“Adik kau umur berapa tahun ?” soal Dian yang baru sahaja ingin mengenali adik Azwar. Walaupon Dian sudah berkawan dengan Azwar sejak form 1 lagi. Kini mereka sudah berusia 18 tahun.

“Adik aku kecil lagi. Kau takkan boleh mengorat punya.”  Kata Azwar.

Dian ketawa. “Kau ingat aku nak sangat mengorat adik kau. Tak adalah. Berapa umur adik kau ?”

“Baru form 3.”

“Betullah cakap kau. Kecil lagi. Tak adalah kesempatan aku nak mengorat.” Gurau Dian. Tangannya di
genggam erat pada stereng kereta. Perlahan sahaja kakinya menekan minyak kereta.

Sampai sahaja di sekolah menengah Zara. Azwar terus keluar dari perut kereta.  “Kau tunggu dulu, aku cari adik aku kejap.”


“Okay.” Dian menaikkan ibu jari tanda baiklah.

No comments :

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012