Followers

Wednesday 17 December 2014

KAMU YANG MENGGANTI



Kejadian yang meragut 2 nyawa yang amat penting dalam hidup Maria dan Muhd amat menyedihkan. Maria adalah anak perempuan tunggal bagi sepasang suami isteri yang telah terkorban dalam kemalangan jalan raya. Sebegitu juga dengan, Muhd. Muhd adalah abang kepada Maria. Kini mereka sudah tidak mempunyai apa-apa. Arwah kedua ibu bapa mereka bukanlah orang yang berada. Mereka hanya hidup dengan apa yang diperlukan sahaja. Keluarga mereka dahulu hidup dengan penuh kasih sayang daripada kedua ibu bapa mereka. Kini, kasih sayang itu tidak dapat dirasai lagi. Kasih sayang itu sudah kembali kepada yang Maha Esa.

Muhd dan Maria duduk ditepi kubur kedua ibu bapa mereka. Masing-masing merenung tanah merah tersebut dengan minda yang kosong dan hati yang sedang perit ditinggalkan orang yang disayangi. Mata Maria tidak henti-henti mengalirkan air mata jernih. Air mata itu dibiarkan mengalir ke pipi dan jatuh ke tanah perkuburan itu. Kehilangan kedua ibubapanya adalah sesuatu perkara yang dia tidak pernah terfikir. 

“ ibu… Ayah… Kenapa tinggal Maria ? Kenapa tinggalkan abang? Ibu Ayah tahukan yang Maria tak boleh hidup tanpa ayah dengan ibu. Maria sayangkan ayah dan ibu. Kenapa tak bawa Maria sekali ? Maria tak sanggup ditinggalkan macam ni.. Ibu.. Ayahhhh.. bawalah Maria sekali. Tolonglahhh Maria merayu sangat-sangat. Bawaklah Maria. Bawalah~”  Maria menyentuh lembut tanah merah itu.

Muhd hanya melihat adiknya dan menggenggam erat tangan adiknya. Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang.

“Muhd, jom balik.” ujar Taufiq.

Muhd mengangguk dan Taufiq terus kembali ke keretanya.

“adik.. jom kita balik. Dah sejam kita kat sini. Jom.”  Kata Muhd dengan suara yang sedikit serak kerana menahan rasa sedihnya.

“Abang.. adik nak duduk sini. Nak temankan ayah dengan ibu. Kesian ayah dengan ibu.. Abang..” 

“Maria. Tengok abang.” Muhd menarik dagu Maria untuk mendongak memandangnya.

“Allah lebih sayangkan ayah dengan ibu. Allah juga sayangkan kita berdua sebab itu Allah bagi ujian macam ni supaya kita sentiasa ingatkan dia.Mungkin Allah tarik ibu dan ayah tapi suatu hari nanti mungkin ada hikmahnya. Maria tahukan semua yang hidup perlu teruskan hidup. Maria tahu kan  ?”

Maria mengangguk lemah mendengar kata-kata abangnya. Air matanya masih mengalir.

“ Abang pon sedih dengan kehilangan ayan dan ibu tetapi dengan adanya Maria disisi abang. Abang masih ada orang yang sayangi abang. Abang janji takkan tinggalkan Maria. Okay sayang ? Maria sayangkan ibu dan ayah kan ? Kita balik. Mandi , solat dan berdoa banyak-banyak untuk ibu dan ayah. Okay ? Jom.” Pujuk Muhd dengan penuh kasih sayang. Mari seorang yang beruntung kerana mempunyai abang yang sangat bertanggungjawab dan menyayanginya.

Maria mengangkat punggung dan terus memeluk tubuh abangnya. Mereka berdua berjalan dengan air mata yang tidak henti dari mengalir dan pergi meninggalkan tanah perkuburan itu. Taufiq hanya memandang tubuh kedua-dua beradik itu didalam kereta.

*****

“Maria.” panggil puan Laila.

Maria menoleh. “ye, mak cik.”

Puan Laila tersenyum. “ Maria gunakan bilik ni ye. Ini bilik kakak Taufiq waktu sebelum kahwin. Sekarang dia dah kahwin so Maria boleh gunakan. Abang Muhd akan tidur dalam bilik Taufiq. Okay ?”

Maria mengangguk. “terima kasih Mak cik.”

“sama-sama”  baru sahaja Puan Laila ingin melangkah pergi. Maria sempat meraih tangan Puan Laila.

“Makc ik. Terima kasih ye. Bantu kami dua beradik dalam keadaan macam ni. Terima kasih sangat-sangat. Maria janji lepas je abang dapat kerja dan kitorang dapat bayar duit sewa rumah. Maria dan Abang Muhd akan keluar dari rumah ni. Maria janji!”  kata Maria.

Tadi selepas pulang dari tanah perkuburan. Maria dan Muhd ingin pulang ke rumah sewa tetapi mereka dikejutkan dengan barang-barang dan beg mereka sudah berada diluar rumah. Maria dan Muhd ketika itu terlalu buntu dan terpaksa meminta bantuan Puan Laila dan Taufiq.  Muhd sedikit terkejut dengan hutang sewa yang tidak dibayar oleh arwah kedua ibubapanya. Muhd dan Maria sibuk belajar dan tidak tahu terhadap masalah kewangan arwah ibubapanya kerana ibu bapanya sentiasa berkata yang mereka mempunyai wang yang cukup. 

“Maria dengar sini. Mak cik tak kisah kalau Maria dengan Muhd nak tinggal sini. Mak cik bosan dengan Taufiq tu. Asyik berdua aje dengan dia. Ni dah ada Maria, adalah jugak mak cik ni nak berteman. Mak cik tak kisah. Nak tinggal sini lama-lama pon tak pe. Maria dengan Muhd tak payah terburu-buru. Okay? Ambillah sebanyak mana pon masa.”  Puan Laila tersenyum sambil mengusap pipi lembut milik Maria.

Air mata Maria mengalir lagi. “ Terima kasih mak cik.”

“bukan mak cik tapi mama. Okay ? Mama. From now Maria boleh panggil mama, MAMA. Okay ?” 

“ah ?” Maria sedikit bingung. Mama ?

“dah. Pergi mandi, solat lepas tu turun. Kita makan malam.” ujar Puan Laila dan terus menuruni tangga.
Maria hanya diam membisu memandang  belakang tubuh Puan Laila. Matanya memandang ruang tingkat 3 banglo milik Puan Laila.

*****

“Taufiq! Weh dah 3 hari aku tinggal dekat rumah kau. Aku minta maaf, weh. Aku tengah usaha cari kerja tetap ni. Aku harap kau faham. Lagi beberapa hari, aku keluar. Kau jangan risau. Okay ?” Muhd menepuk bahu Taufiq yang sedang leka bermain telefon bimbit.

Taufiq memejam mata apabila mendengar maaf dari Muhd.

“weh! Berapa kali aku nak cakap yang aku tak kisah. Kau duduk sini untuk forever and ever pon aku tak kisah. Aku sebenarnya memang nak kau duduk sini. At least, aku ada kawan tau nak berborak nak bermain. Okay ? Aku tak kisah. PERCAYALAH!” terang Taufiq dan terus menghulur telefon bimbitnya.

Muhd melihat telefon bimbit milikTaufiq. “Instagram banyak followers baiiii…”

Taufiq ketawa kecil. “kawan kau memang hot.”

“tapi Taufiq… tak eloklah. Adik aku tu anak dara, kau ni anak teruna. Tak eloklah. Serious, tak elok. Sudahlah aku kerja part time kat speedmart tu. Mama kau pula jarang ada kat rumah. Kau je yang melepak dalam rumah ni. Bahaya tau! Tinggalkan kau dengan adik aku. Aku dah faham sangat perangai kau ni.” 
Muhd mengambil posisi duduk bersila diatas katil di sebelah Taufiq yang sedang berbaring.

“alaaaa… kau berhentilah kerja! Kau kerja dengan aku ? Nak ? Kau kerja jadi PA aku. Mama aku boleh bayar!” Taufiq menampar paha Muhd.

“engkau ni cakap… senang je. Aku tak nak menyusahkan sesiapa dalam rumah ni. Cukuplah korang bagi kitorang tempat tinggal. Tu pon aku rasa aku tak boleh nak balas jasa mama kau tau. Jasa kau!”  luah hati Muhd.

“okay2. Macam ni.. apa kata kau tinggal sini 2 bulan. Dalam 2 bulan ni kau kerja lah or kau kumpul duit ke. Kau buatlah apa kau nak buat. Lepas 2 bulan ni kau nak keluar dari rumah pon boleh. Aku tak kisah.” Cadang Taufiq. Taufiq benar-benar bosan dengan kehidupan hariannya. Dia perlukan teman disisinya sementara menunggu kepulangan kakaknya dan abang iparnya dari luar Negara.

“adik aku ?”

Taufiq mengerutkan wajahnya. “adik kau ? Kahwin je lah dengan aku. Senang cita.”

“kau nak ?”

Taufiq ketawa. “kau izinkan ke ?”

“kalau tuan badan ok. Aku ok je. Sebab aku tahu kau ni sesuai jadi laki orang. Aku perhati kau lama dah. Dari start kawan sampai sekarang aku selalu target kau jadi adik ipar aku. Kau nak  ?”

Taufiq bangun dari katil dan menuju ke bilik air. “haish! Jangan merepek lah. Pasal adik kau, kau jangan risau. Nanti aku ambilkan mak Jah kat kampong. Bolehlah dia temankan adik kau. Mak jah tu cuti lama sangat!”

Muhd ketawa. “Terima kasih Taufiq.”

Taufiq kembali keluar dari bilik air. “ Baru hari ni kau senyum.”

Muhd mengerut dahi. “Ah ?”

****

Sudah hampir 2 minggu Maria dan Muhd tinggal di rumah Puan Laila. Segalanya berjalan dengan lancar. Tidak ada sebarang masalah pon yang berlalu. Maria menjalankan tugasnya seperti anak dara puan Laila. Maria banyak membantu Mak Jah dan Puan Laila dalam segi mengemas rumah dan memasak. Puan Laila sedikit seronok dengan kehadiran Maria ke rumahnya. Puan Laila berharap bahawa anaknya Taufiq bakal berkahwin dengan perempuan seperti Maria.

Muhd terus mengumpul duit untuk membayar sewa rumahnya. Taufiq pernah menghulurkan duit untuk membayar sewa rumah tersebut tetapi Muhd berdegil tidak mahu menerimanya. Walaupon Puan Laila seorang yang kaya raya dan mampu memberikan mereka pinjaman wang yang sangat besar tetapi Muhd tahu dia mungkin tidak mampu membayarnya. Oleh itu, Muhd lebih rela mencari wang tersebut dengan peluhnya sendiri. Sudah banyak permohonan perkerjaan yang diminta Cuma rezekinya masih belum tiba.

“Mama, buat apa ?” soal Maria yang baru turun dari tangga dan terlihat tubuh Puan Laila yang sedang membancuh susu. Kini, Maria lebih terbuka untuk memanggil Puan Laila ‘Mama’

“Mama, bancuh susu. Mama setiap malam kene minum susu sebab memang rutin mama dari kecil lagi.” Tangan Puan Laila laju mengacau air di dalam gelas tersebut.

“ooo.. kalau macam tu nanti setiap malam Maria bancuhkan untuk mama. Okay ?”

Puan Laila ketawa kecil. “ok! Mama tuntut~ Ehm. Kenapa Maria turun ? Tak boleh tidur ?”

Maria menggelengkan kepala dan tersenyum plastic. “Maria teringatkan ayah dengan ibu.”

Puan Laila memandang anak mata Maria. Kini, air mata Maria sudah bersinar-sinar tanda ingin ada air mata yang hendak mengalir turun. Puan Laila memeluk tubuh Maria. Maria turut memeluk tubuh Puan Laila. Dia rindukan kasih sayang seorang ibu. Dia rindukan belaian ibunya. Allah itu maha Adil. Allah tarik ibu, Allah berikan Mama. Alhamdulillah, masih ada orang yang baik untuk memberikan kasih sayang yang ikhlas sebegini rupa.

“Maria sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak dekat ayah dengan ibu ye. Doakan mereka. Maria kalau nak story apa-apa , Maria datang dekat mama. Mama akan dengar semuanya. Okay ?” Puan Laila melepaskan pelukan dan mengusap pipi Maria.

Maria mengangguk.

“Mama masuk tidur dulu ye. Mama mengantuk sangat. Esok pagi mama ada meeting. So jumpa subuh nanti ?” gurau Puan Laila dan terus berlalu pergi.

Maria tersenyum.

OHOK! OHOK!

Maria terkejut dengan bunyi batuk yang sedang menghampiri dapur. Pintu peti ais ditutup dan terus mencapai gelas kaca di tepi sinki. Bunyi batuk itu tidak dipedulikan. Tekaknya yang kering ini lagi penting. Maria terus meneguk air sejuk.

“tak tidur lagi ?” soal Taufiq yang terjaga dari tidur kerana tekaknya teramat kering.

Maria menggeleng. “ tak boleh tidur.”

Taufiq mencapai gelas kaca milik Maria dan menyoal Maria. “tuangkan.”

Maria mendengar arahan Taufiq dan hanya memerhati  Taufiq yang sedang meneguk air sejuk. Ini adalah kali pertama Maria berdua-duaan dengan Taufiq. Selama 2 minggu dia dirumah ini. Maria tidak pernah mengenali Taufiq walaupon Muhd sudah berkawan dengan Taufiq hampir  4 tahun.  Beza umur Maria dan Taufiq hanya 4 tahun. Taufiq dan Muhd mempunyai umur yang sama.

Taufiq memicit kepalanya yang terasa pening. Bibir yang basah itu dilap dengan belakang tapak tangan.
“kenapa tak boleh tidur ?” soal Taufiq.

Maria menggeleng kepala dan kembali menyimpan botol air sejuk tadi.“Maria naik atas dulu ye.”

Taufiq menganggukkan kepala dan matanya menghantar tubuh Maria meninggalkan ruang dapur. Tiba-tibA, mata Taufiq makin gelap dan akhirnya Taufiq jatuh rebah ke lantai.

Maria yang baru hendak menapak menaiki tangga. Terkejut dengan bunyi kaca yang pecah dari arah dapur. Maria kembali berlari ke dapur. Terkejut apabila melihat tubuh Taufiq yang sudah rebah dan tangan yang luka akibat terkena serpihan kaca.

“Taufiq! Taufiq! Bangun. Awak! Awak! Bangun!” Maria mengangkat kepala Taufiq dan letak di atas ribanya. Pipi Taufiq ditampar lembut .
Apabila tidak ada sebarang respon dari Taufiq. Mari mengambil keputusan untuk jerit sekuat hati memanggil Muhd dan Puan Laila.

“MAMA!!!! Abang!!!!! Mama!!!!! Mama!!!! Abang!!!!” jerit Maria sekuat hati. Tubuh Taufiq yang bersandar di tubuhnya dipeluk erat.

****

“Awak dah sedar ?” Maria mengelap peluh yang keluar dari dahi Taufiq.

Ohok! Taufik mengangguk. “Mana mama dengan Muhd ?”

“Diorang semua kerja. Mak Jah ada dekat bawah. Tengah masakkan bubur untuk awak.”

“Auw!” Taufiq terasa perit ditangannya apabila dia ingin menggerakkan tangan kanannya. Aduhai! Tangan kanan cedera nak buat kerja macam mana ni ?

“oh! Awak ingat tak apa yang jadi dekat tangan awak ni ? Nak saya cerita kan ?” soal Maria ramah.
Taufiq hanya memandang mata Maria. Maria faham maksud mata Taufiq. Dia tahu Taufiq masih bingung.

“semalam awak pengsan lepas tu tangan awak kene kaca so sebab tulah luka and awak demam panas teruk semalam. Kenapa tak bagi tahu, mama ? Kesian, mama. Pergi kerja dengan keadaan risaukan awak. Abang Muhd pon risaukan awak. Awak kalau dah sakit, bagi tahu. Jangan diam-diam. Nanti kalau lagi teruk kan dah cetuskan masalah.” Bebel Maria sambil merendam tuala kecil disisi Taufiq.

“Maria nak bising sebelah saya ke ?” soal Taufiq sedikit lemah.

“ah? Hehe. Sorry. Maria turun dulu ye. Nanti Mak Jah bawakan bubur. Taufiq makanlah.” Ujar Maria sebelum mengangkat punggung. Tidak mahu dia ingin berdua-duaan sebegini kerana ada sesuatu perasaan yang aneh sedang bermain dihatinya. Seram pulak. Lebih baik dia berundur diri.

“Eh! Kejap. Mama ada arahkan awak jaga saya ?” soal Taufiq.

Maria mengangguk.

“habis tu, selesaikan lah. Japgi Mak Jah bawak bubur. Awak suapkan. Tangan kanan saya tak boleh pakai buat sementara. Boleh ?” Taufiq memandang Maria tanpa perasaan. Padahal dalam hati dok dup dap dup dap.

Taufiq sedar akan perasaannya ini sejak bertemu pertama kali melihat Maria sewaktu pengebumian arwah ibu dan ayahnya. Taufiq tertarik dengan kecantikan semula jadi milik Maria. Rambutnya lurus panjang paras siku. Dengan bibirnya yang berbentuk kemas dan bulu matanya yang lebat serta panjang. Taufiq benar-benar jatuh cinta apabila melihat Maria buat kali pertamanya. Hatinya seolah-olah telah dicuri tetapi tidak diberitahu pada Muhd.

“err… awak kan ada tangan kiri ?” Maria menunjuk tangan kiri milik Taufiq.

“haih, awak ni. Kita kan tak elok makan dengan tangan kiri…” belum sempat Taufiq menghabiskan ayatnya. Muncul Mak Jah yang membawa bubur untuk Taufiq.

“Maria. Ni Mak Jah dah siapkan bubur. Suapkan Taufiq ye. Mak Jah nak kemaskan dapur kejap.” Maria hanya menyambut dulang yang berisi bubur dan ais suam serta ubat demam untuk Taufiq.

“baik. Mak Jah.”

“Terima kasih Mak Jah!” jerit Taufiq.

Maria menghampiri Taufiq dan terus menjalankan tugasnya tanpa banyak bunyi. Dia malas hendak melayan bising. Cepat kerjanya dilakukan cepat siap kerjanya.

“Kenapa tutup langsir ? Kenapa buka lampu ?”  tanya Taufiq yang baru sedar dengan keadaan biliknya yang agakterang dengan lampu. Hari kan siang. Kenapa perlu tutup langsir dan buka lampu.

Maria terus menyuap bubur kedalam mulut Taufiq. “ dekat luar hujan. Kilat sambar penyambar.”

Maria dan Taufiq hanya diam membisu. Maria hanya menyuap bubur untuk Taufiq dan matanya hanya memandang bubur. Tidak sekali pon matanya memandang wajah Taufiq ataupon mata Taufiq. Dirinya sedikit aneh dengan perasaannya.

Sebaliknya pula berlaku pada Taufiq, Taufiq seakan-akan tidak boleh berhenti memerhatikan wajah Maria. Seakan-akan ada aura yang menarik matanya untuk memandang Maria. Maria sedar akan mata yang memandang tetapi hairan kerana dirinya seakan-akan dipaku untuk keras duduk disitu.

Tiba-tiba, guruh yang kuat membuatkan Maria terkejut dan bertindak terus mendekati Taufiq. Taufiq sedikit terkejut. Ha! Sudah apa aku nak buat ?

“errr….” Taufiq sungguh gementar sebaik saja nafas Maria dekat dengan lehernya.  Tangannya hanya keras terpaku disisi. Dia tidak bergerak walau seinci pon.

Maria yang dari tadi memejamkan matanya kerana takutkan guruh yang berdentum kuat itu kembali membuka matanya. Maria terus menolak tubuh Taufiq yang sedia tersandar dibahu katil dan terus mengangkat punggung beredar dari bilik itu. Sungguh dia terkejut saat dirinya sedar dia yang menghampiri tubuh Taufiq dengan tidak sengaja. Mukanya merah menahan malu. Jantungnya tidak keruan kerana peristiwa tadi. Maria risau kalau kejadian tadi diketahui mama dan Abang Muhd.

“hush! Bahaya betol!” ujar Taufiq sebaik saja Maria keluar dari bilik. Taufiq menyilangkan kedua tangannya di dada. Tiba-tiba dirinya rasa macam telah dicabul oleh Maria.

*****

“siapa yang masak ?” soal Taufiq sebaik saja turun dari tangga. Matanya tertarik dengan hidangan lauk kampong yang enak di atas meja makan. Matanya tiba-tiba terpandang kea rah Maria yang sibuk menuang air ke dalam gelas. Jantung Taufiq sedikit terkejut dan kembali melarikan anak matanya. Taufiq terus mengambil tempat duduknya di meja makan.

“Maria yang masak.” Balas Puan Lailadan berlalu ke dapur.

Muhd turun dari tangga dan terus meluru ke sebelah tempat duduk Taufiq.  “adik aku memang hebat bab masak-memasak ni. Aku rasa adik aku ni dah boleh kahwin dah cuma calon suami sahaja yang belum ada lagi.”

Taufiq tersengih memandang Muhd. “ aku ? boleh aku jadi calon suami adik kau ?”

Maria menjeling kedua-dua jejaka itu. Korang sembang macam aku tak ada kat depan mata. Saja je nak sembang bagi aku dengar. “ehem-ehem.”

Muhd ketawa kecil sebaik saja mendengar Maria berdehem.

“ok!! Semua!!! Kita makan dulu ye. Mama dengan Maria masak special untuk korang berdua. Jemput makan. Baca bismillah dulu. Taufiq!” Puan Laila memanggil Taufiq untuk membaca doa. Taufiq hanya mengangguk dan terus membaca doa.

*****

Puan Laila menghampiri Maria yang kusyuk membasuh pinggan mangkuk di sinki. “Maria…”

“ye mama ?”

“mama nak cakap sikit. Boleh ?” soal mama. Maria sedikit aneh kerana suara mama lebih serious berbanding hari biasa.

Maria mengangguk. “boleh. Mama nak cakap apa ?”

“mama sebenarnya nak minta Maria satu perkara. Mama nak Maria tolong mama.” 

“tolong ? tolong apa mama ?” tanya Maria yang ingin tahu. Tangan yang sudah selesai mencuci pinggan dilap pada kain diatas meja itu.

“mama nak Maria kahwin dengan Taufiq.”

Maria seakan hampir terkena serangan jantung mendengar permintaan Puan Laila. Jari jemari Maria sudah mengeletar kerana terkejut dengan permintaan tersebut. Kenapa Puan Laila mahu dia berkahwin dengan Taufiq.

“mama minta tolong apa ni ? Maria tak bolehlah.” Tolak Maria dan terus melakukan tugasnya menyusun pinggan. Dia tidak mahu mendengar soalan itu. Perkahwinan terlalu cepat baginya. Dia masih berumur 20. Muda lagi! Dia perlu menjaga abangnya. Dia perlu mencapai cita-citanya.

“Mama tahu Maria suka kan Taufiq. Sudah sebulan Maria dan Muhd duduk di rumah mama. Mama sedar akan perasaan Maria terhadap Taufiq. Mama pon mahukan Maria jadi menantu mama. Mama seronok dapat tinggal dengan Maria. Maria dapat teman mama, berborak dengan mama. mama sebenarnya tak nak Maria tinggal dirumah sewa itu dengan Muhd. Mama dah anggap Maria dengan Muhd macam anak mama. Mama fikir ini ajelah jalan yang sesuai untuk kukuhkan hubungan kita. Kahwin dengan Taufiq.” Puan Laila sudah lama sedar akan sikap Maria bila berhadapan dengan Taufiq dan dia juga sedar akan sikap Taufiq bila berdepan dengan Maria.  Puan Laila teringin benar ingin mempunyai menantu seperti Maria. Baginya Maria sudah mempunyai cirri-ciri menantu kesayangannya.

“Mama… kalau Maria sukakan Taufiq pon. Belum tentu Taufiq sukakan Maria. Maria tak boleh kahwinlah mama. Maria nak jaga Abang Muhd. Maria nak kejar cita-cita Maria. Banyak benda yang Maria perlu lakukan. Ini terlalu awal lah bagi Maria. Maria baru sahaja kehilangan ibu dan ayah. Maria tak boleh mama. Maria tak boleh.”  Kata Maria dengan matanya memandang sayu kedalam mata Puan Laila. Ini bukan waktu yang sesuai. Bukan.

Puan Laila mengeluh. Air matanya mula hendak mengalir. Puan Laila terus memeluk tubuh maria. “ tak mengapa.”

“Abang izinkan Maria berkahwin dengan Taufiq. Taufiq memang dah lama sukakan Maria. Maria jangan risaukan abang. Abang dah besar. Dah pandai jaga diri dah. Pasal kahwin Maria kahwinlah hujung tahun ni. Pasal cita-cita Maria, Maria tak perlu risau. Taufiq dan Maria boleh kejar cita-cita bersama-sama. Abang izinkan. Abang kalau boleh memang dan Maria berkahwin dengan Taufiq. Abang nak ada orang yang akan jaga Maria. Abang bukan selamanya ada disisi Maria. Suatu hari nanti Abang pon perlu kahwin Maria pon perlu kahwin. Maria kahwin dengan Taufiq. Abang tahu Maria juga sukakan Taufiq” ujar Muhd yang muncul dipintu dapur.

Puan Laila mengleraikan pelukan dan hanya memerhatikan Muhd. Sedih hatinya melihat seorang abang yang sangat bertanggungjawab ke atas adiknya. Sangat sukar Muhd untuk melepaskan adiknya kepada orang lain walaupon Taufiq ada lah seorang manusia yang paling dia percaya.

Maria terkejut dengan kata-kata abangnya. Maria menghampiri Muhd dan terus memeluk abangnya. “terima kasih. Abang.”


“Aaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”  jerit Maria sekuat hati.

Kedebuk! Terjatuh tubuh Taufiq yang sedang lena dibuai mimpi ke lantai. Kepala yang sedikit sakit terhantuk dilantai, digosok perlahan.Apa kena pulak dengan bini aku ni?

“kenapa sayang ?” soal Taufiq separuh sedar. Rambut yang kusut dan terasa gatal itu digaru.

“Mama!!!!! Abang!!!!!!” jerit Maria lagi.

 “shhhhhh… Kita dah kahwinlah sayang.” Taufiq segara bangun dan terus menekup mulut Maria. Maria meronta-ronta minta dilepaskan.

“Abang!!!!” jerit Maria yang Berjaya menarik tangan Taufiq.  Taufiq kembali menekup mulut Maria.

Tiba-tiba pintu diketuk. TOK TOK TOK.

“weh! Apahal bro ?” soal Muhd yang ingin bersiap untuk ke pejabat Puan Laila. Kini Muhd sudah pon berkerja dibawah Puan Laila sebagai pembantu peribadi. Puan Laila sangat senang hati dengan kehadiran Muhd dan Maria.

“tak ada apa! Aku tengah settle kan!” balas Taufiq. Maria yang tak habis-habis meronta u dipeluk erat.

“settle dengan kelembutan bro!” erit Muhd dan berlari ke biliknya dengan ketawa kecil.

“kenapa tu Muhd ?” soal Puan Laila yang nampak kelibat Muhd berlari anak kebiliknya.

“masalah laki bini mama. Mama turun dulu. Nanti Muhd turun.” Jawab Muhd. Puan Laila hanya mengangguk dan terus menuruni tangga.

“jangan jeritlah. Kita dah kahwin. Kita kahwin semalam. Ingat ? Cuba sayang ingat slow-slow.” Pujuk Taufiq. Perlahan-lahan tangannya melepaskan Maria.

Maria hanya diam dan cuba mengingati apa yang sedang berlaku . Otaknya kembali berfungsi. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman.

“sorry… Maria terkejut sikit. Maklumlah Maria tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki sebelum ni. Maria terkejut. Maafye Abang.” Maria menepuk bahu Taufiq perlahan.

Taufiq meraup muka. “terperanjat abang tahu tak. Sakit kepala terhantuk kat lantai tadi. Semua sebab Maria!”

“ah! Sorry. Maria tak sengaja. Mana yang sakit ? Meh Maria tengokkan.” Maria menarik kepala Taufiq dan cuba melihat mencari luka. Risau pulak dia.

Taufiq tersengih dan dengan kegatalan yang sedia ada. Tubuh kecil Maria dipeluk erat dan terus dikucup bibir Maria. Maria terkedu dengan tindakan Taufiq. Jantungnya tidak berhenti-henti berdegup. Kucupan hangat itu membuatkan mukanya merah menahan malu.

“apa yang abang buat ni ?” soal Maria.

“laaaaa.. kitakan dah kahwin. Tanya pulak. Faham-faham sendiri lah sayang oiii.” Jawab Taufiq.
“ehm. Ehm. Maria tak faham dan tak nak faham. Maria nak mandi.” Maria cepat-cepat meleraikan pelukan dan berlari ke tandas. Maria takut dengan muka Taufiq yang mempunyai maksud yang mendalam.

“tunggu!!! Kita mandi sama-samalah!”  jerit Taufiq dan berlari menerjah bilik air.

*****

“Abang… Bila Maria fikir-fikirkan balikkan. Ada hikmah rupanya, Allah tarik ibu dan ayah dari Mari dan Abang Muhd tapiiii…. Allah bagi Maria suami yang sayangkan Maria dan mama yang sayangkan Maria. Allah tu Maha Adil kan abang ?” Maria menggenggam erat jari jemari Taufiq. Matanya hanya memandang kearah anak kecil yang sibuk bermain dengan air didalam kolam plastic.

“Betul. Allah tu memang Maha Adil dan hanya Dial ah yang Maha mengetahui dan merancang segala-galanya. Abang bersyukur sangat dapat jadikan Maria sebagai isteri abang. Bersyukur sangat-sangat.”  Taufiq mengucup lembut dahi Maria dan kembali memandang anak mata Maria.

“Maria… Abang cintakan Maria.” Ucap Taufiq perlahan.

Maria tersenyum malu. “Maria juga cintakan abang. Maria nak ucapakan terima kasih banyak-banyak sebab sayangkan Maria, bantu Maria dengan Muhd. Terima kasih Abang kerana sudi hadir dalam hidup Maria.”

“memang tanggungjawab abang sebagai seorang suami misali kan? Terima kasih juga pada Maria kerana kurniakan cahaya mata untuk abang. Terima kasih Sayang.”

Taufiq dan Maria tersenyum mesra. Tiba-tiba… “ibu!!! Ayah!!!”

“iya sayang.” Jawab Maria dan Taufiq serentak. Kini Maria dan Taufiq hidup bahagia dengan anugerah dari Allah iaitu Ahmad Haziq bin Ahmad Taufiq.


No comments :

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012