Followers

Wednesday 17 December 2014

SAYA MINAT PEKERJA SAYA



T-shirt bewarna kuning disarung sepantas kilat pada bentuk badan yang agak slim seperti artis korea gittew~ . Ceh! sempat lagi kau perasan ye. Kini giliran kemeja petak bewarna turquoise pula disarungkan pada badan untuk menjadikan jaket pada t-shirt berlengan pendek dan seterusnya, tudung bawal berwarna hitam dipinkan sepantas mungkin. Hujung tudung bawal dilemparkan ke belakang. Kulit muka yang putih lagi bersih dan tidak dicalit sebarang make up itu di tampar dengan kedua-dua belah tangan.

Aku dah lambat nak pergi temu duga, mana sempat nak calit apa-apa, lagi pon aku bukan lah jenis yang suka menconteng muka. Dari kecil aku dilatih supaya tidak menyentuh sebarang make up. Kata ibu 'muka cepat tua kalau selalu pakai make up'. ye ke ? argh! tak payah peduli lah dengan make up tu! aku dah lewat!

Beg sandang bewarna hitam disangkut pada bahu. Segala fail untuk temu duga dikepit dibawah ketiak. Nasib baik ketiak aku dah pakai deodorant. Kalau tak, tak pasal-pasal aku tak dapat kerja sebab fail bau hapak!

Kaki yang agak pendek laju menuruni anak tangga tanpa memikirkan keselamatan. Dah tak ada masa nak fikir pasal keselamatan. Aku dah cukup lewat untuk pergi temu duga. Ini semua kerana jam loceng yang mati tak tentu pasal. Semalam ok je aku tengok jarum tu bergerak. Pagi ni lah yang dia pergi bunuh diri.

"ibu! Nurul pergi dulu tau!" aku terus melompat dua anak tangga yang terakhir dan berlari menuju ke luar rumah. Puan Arifah menggelengkan kepala melihat anak daranya. Nasib baik aku kejutkan dia. Kalau tak sampai ketengahari lah dia tak bangun. Itu lah mengadap lagi laptop tu lewat-lewat malam. Konon lah nak update blog untuk para peminat. Siapa yang minat dia pon aku tak tahu. Tengokkan dah lewat nak pergi temu duga.

*****
Disebabkan terlalu lewat untuk pergi temu duga aku terus melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan. Tiba-tiba dari arah tepi kedengaran bunyi hon kereta yang kuat menghampiri aku yang berada di tengah-tengah jalan. 'bila masa pulak! kereta ni muncul'

Bila melihat kereta yang semakin hampir dengan aku, aku hanya keras berdiri disitu. Aku terkaku kerana terlalu terkejut dengan kehadiran kereta itu. Segala anggota badan aku secara tiba-tiba tidak dapat berfungsi dengan baik. Aku terus pejamkan mata dan berserah diri. Adakah hari ini hari terakhir aku untuk hidup ? 'Ya Allah, kau selamatkanlah aku dan panjangkanlah umur ku.'

Tiba-tiba, terasa ada tangan yang menarik aku ke tepi jalan. 'Alhamdulillah, aku masih bernafas.'

Aku dapat merasakan yang aku sedang menyentuh rumput. eh? kejap. rumput ke ? aku mengerut dahi dan terus membuka mata perlahan-lahan, ingin juga melihat apakah jenis rumput yang aku sentuh sebab rumputnya lain macam saja. Lembut!

Terbutang mata aku sewaktu melihat rumput yang begitu lembut. Ini bukan rumput! ni rambut! Aku terus mengalihkan tangan daripada rambut berwarna perang itu.

"are you crazy ?" soalnya kasar. Aku tersentak dari lamunan. Aku menurunkan pandangan untuk melihat tuan punya rambut.

Glup! Aku menelan air liur yang tiba-tiba tak nak turun ke tekak.

Ternganga mulut aku sewaktu melihat seorang jejaka tampan yang berada di bawah aku. Mak aii! ni hero aku ? bohong sangat aih! awat handsome sangat.

"are you ok ?" soalnya lagi. Melihat tiada sebarang riaksi dari aku. Dia menggoncang bahu aku perlahan. Minah ni sedar ke tidak ni ? keras semacam saja.

Aku hanya diam memerhati wajahnya. Putera raja mana pulak lah yang mai terjun dari langit selamatkan aku ni. Rasa tak percaya pulak bila ada jejaka tampan yang sudi menarik tangan aku untuk menyelamatkan aku. Aku berangan ke ? minta menampar sikit.

Aku tersedar dari lamunan bila terasa pipi aku di cucuk dengan jari. "ha ?" aku mengangkat kening.

"are you ok ?" ulangnya.

"ok." aku menganggukkan kepala seperti burung belatuk. Masih teruja sebenarnya melihat jejaka tampan dibawah aku. Free-free dapat letak kepala atas dada dia. Muahahaha!

"habis tu, bangun lah!" dia terus menolak aku ke tepi. Terkejut aku dengan tindakannya. kasarnya dia ni! kalau nak suruh aku bangun pon. Cakap lah elok-elok. Hei! budi bahasa budaya kita tau! aku sekeh juga mamat ni kejap lagi. Dah lah aku masih dalam trauma ingin dilanggar kereta. Kalau ye pon cakap lah baik-baik.

Dia bangun dan menepuk belakang seluarnya untuk membuang debu yang melekat akibat jatuh menyelamatkan aku tadi. Aku turut bangun apabila melihat dia bangun. Segala fail yang berterabur diatas tepi jalan dikutip.

Selesai mengutip fail-fail yang berterabur, aku terus mengucapkan " thank you " aku menundukkan sedikit kepala tanda hormat.

Kedudukan kot berwarna hitam dibetulkan. "hmm" dan terus berlalu pergi.

Terbutang mata aku melihat jejaka tampan yang hanya berlalu pergi. Weh! macam tu je dia blah. gila kerek~~~ siapalah nak kahwin dengan dia. Macam tak adab je mamat ni nak cakap 'sama-sama'

"kurang ajar je aku tengok dia ni. sedih! " bebel aku seorang diri. Aku jumpa kau! siap! la. Memang aku bagi kau kelas cara beradab dengan seorang wanita dan kau juga lah yang jadi anak murid aku yang duduk meja paling depan.senang nak bagi penampar. Salah sikit, bagi penampar.

Apa yang aku berangan ni. Aku dah lewat! aku terus berlari menuju ke bangunan yang nampak mewah lagi megah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

*****

"temu duga dah habis ke ?" soal aku dengan nafas yang tercungap-cungap. Mana tak tercungap-cungap. Aku berlari naik tangga sampai tingkat 5. Lepas tu baru naik lif, konon lah mula-mula masuk bangunan ni nak naik lif. Tengok-tengok dalam lif dah macam tin sardin. Penuh dengan pekerja-pekerja syarikat sampai ada yang terkepit dekat dalam lif. Sedih aku tengok, demi kerja mencari duit untuk makan diorang sanggup melakukan apa saja.

"dah habis 10 minit lepas cik" jawab seorang wanita yang tersenyum manis. Eh? dia boleh senyum manis pulak dekat aku. Kau tahu tak betapa malangnya aku hari ni. Dah lah tadi hampir-hampir kene langgar. Nasib baik ada mamat biadab mana entah yang jadi hero selamatkan aku.

"hah! cik, boleh tak kalau saya nak masuk interview. boleh ye, cik ?" tangan wanita itu aku
genggam erat. Mak aii. lembut betul tangan dia, ni mesti kes tak pernah buat kerja-kerja rumah ni.

"tak boleh lah cik. Boss busy" dia kembali menarik tangannya. Tak suka pegang tangan aku la tu. biasalah tangan aku ni kan kasar, maklumlah orang selalu buat kerja rumah. Bukan yang selalu duduk depan laptop. main tekan-tekan huruf je macam adik manis ni.

"boleh lah cik. please! tolong lah saya. saya nak makan apa, kalau saya tak dapat kerja ni. tolong la" aku cuba meraih simpati, mana lah tahu. Tetiba boss call cakap 'next!' dan dia baik hati nak interview aku.

"kejap ye, saya cuba hubungi dia" wanita manis yang berselendang merah jambu itu terus mendail number. Aku tersengih. Berjaya juga aku bohong dia. Ceh! konon, tak dapat kerja nanti tak dapat makan, padahal hari-hari aku pau mama dengan papa minta duit nak shopping.

"Encik Adam, ada seorang lagi yang nak masuk interview." ujarnya.

Tak sampai 30 saat. Si gadis manis dihadapan aku terus meletakkan gagang telefon. Aku hanya memerhatinya menunggu jawapan. Harap-harap aku dapat interview. Tolong lah! aku dah tak larat nak menjelajah bandar lain semata-mata ingin mencari kerja.

"Cik boleh masuk. Silakan." dia tersenyum memandang aku. Itu saja yang dia cakap. Aku dah boleh masuk interview. Hai~ lain macam aje. Ini mesti kes boss ada skandal dengan perempuan ni. Ye tak ?

"terima kasih" aku menundukkan sedikit kepala dan terus berlari mencari bilik untuk menjadi sesi temu duga meminta kerja. Wah! tak sabar ni.

*****
TOK! TOK! TOK!

"masuk" kedengaran suara garau dari dalam menyuruh aku masuk.

"Bismillahhirrohmanirrohim" aku menolak perlahan pintu kayu yang nampak macam mahal. tapi sekali aku tetak guna kapak. Confirm! pecah.

Aku jalan menunduk aje waktu masuk kedalam biliknya. First step nak interview kerja mesti lah tunjuk sopan. Wanita melayu moden lah katakan, pakai baju skinny datang minta kerja. Aku mengangkat muka sebaik saja sampai didepan meja tuan punya syarikat, untuk melihat siapakah gerangan yang bakal menjadi boss aku. Mana lah tahu, tetiba jatuh cinta dengan bos sendiri. Boleh lah aku terus kahwin dan hidup senang lenang. Tak payah nak pau-pau duit ibu dan ayah. Buang air liur je semua tu. Ceh! Interview pon belom kau dah berangan nak kahwin dengan bos.

"oh, hantu jebon!" glup! aku menelan air liur tatkala melihat bos yang aku berangan nak kahwin tu mamat biadap! What the fish! oh. Nak pengsan-pengsan. Oksigen-oksigen.

"oh, you" ujarnya dengan muka yang serious. Aku tersenyum kelat.

"duduk" arahnya. kerusi roda dihadapannya aku tarik dan terus meletakkan punggung. muka yang agak kecewa apabila tahu mamat biadap menjadi bos pada syarikat terkemuka ini disorokkan. Senyuman plastik cap sampah yang dipaparkan.

dia menadahkan tangan meminta sesuatu. Aku mengerut dahi. Dia ni nak apa?

"resume" ujarnya. la nak resume. Awat tak cakap, ada mulut gunalah cik abang oiiii.

"ooo. nah!" aku menghulurkan fail bewarna biru dengan bersemangatnya. Fail yang mengandungi resume sudah bertukar tangan.

"hobi you apa ?" soalnya secara tiba-tiba.

Aku mengangkat kening. Minta kerja kene tahu hobi ke?

"makan." jawab aku dengan selamba lembunya.

"bukan main tengah-tengah jalan?" aku mengerut dahi mendengar soalannya. Dia ni kenapa ? nak ajak aku gaduh ke ? nasib baik tak ada gelanggang gusti kalau tak dah lama aku smack down mamat ni.

"tadi tu bukan hobi saya. saya betul-betul nak kene langgar." aku cuba menerangkan padanya tapi langsung tidak di ambil peduli. Matanya hanya menatap laptop yang berada diatas meja. Tangan pula menari-nari diatas keyboard.

"aku memang suka cakap dengan patung" ujar aku sedikit bisik.

"apa awak cakap ?" Adam mengerutkan dahi. Minah ni kutuk aku ke ?

"nothing" aku menggelengkan kepala. Nasib baik dia tak dengar. Kalau tak, disebabkan mulut yang tak berapa nak ada insuran ni lah menyebab aku tak dapat kerja. Aku menampar bibir aku perlahan.

"saya terima awak kerja. Esok datang awal" ujar Adam.

Aku mengangkat kening. Weh! senangnya minta kerja. Harap-harap gajinya pon berbaloi~ tapi aku ada satu masalah. Mamat ni macam mana ?

*******
Sebulan kemudian...

"Nurul!" jeritan suara garau yang mengisi setiap ruang pejabat itu mengejutkan aku. Nak tercampak mug kaca yang agak mahal itu bila dikejutkan dengan suara yang Adam mengaum memanggil nama aku. nasib baik sempat sambut.

"mamat ni kan! memang tak pandai nak panggil orang elok-eloklah! hish!" ngomel aku. Laju tangan aku membancuh kopi untuk Adam. Dah dekat sebulan aku kene buli dengan Adam bila dekat pejabat. ada je dia nak marah aku lepas tu suruh aku masuk bilik dia, yang tak boleh blah! dia panggil aku masuk pejabat dia, kau tahu tak dia buat apa ?! dia suruh aku duduk depan meja dia tanpa buat apa-apa. Haih~ aku rasa ada wayar yang putus dalam otak boss aku ni. Aku sure ada. SURE!

****

"nah!" aku meletakkan mug diatas meja Adam. Baru kaki aku hendak melangkah meninggalkan pejabat Adam.

"Nurul! wait!" ujar Adam. Adam menghampiri aku yang sudah berdiri didepan pintu. Ha! apa kene pulak boss aku ni.

"apa lagi boss~" lemah sahaja nada yang keluar dari mulut aku.

"tolong kemaskan meja saya, banyak paper lah" arah Adam tiba-tiba. Ok~ ini kali pertama dia suruh aku kemaskan meja dia. Selalunya dia panggil Maya sebab Maya lebih arif dalam hal-hal yang ada dalam pejabat Adam.

"kerja saya banyak lagi tak siap ni." balas aku.

Adam mengangkat kening.

"awak boss ke saya boss ?" soal Adam. Kedua-dua belah tangan dimasukkan kedalam poket seluar. Kesian aku tengok boss aku ni, itu ajelah gaya yang paling macho yang dia boleh buat. Confirm! tak boleh jadi model.

"boss lah boss." jawab aku bila tersedar diri ini sudah kurang ajar sama boss yang dah bayar gaji aku.

"so ?" soal Adam tiada riak. Aku hairan lah dengan dia ni, dia ni tak pernah senyum ke? or ada penyakit tak boleh senyum. Hush! susah ni kalau dapat penyakit tak boleh senyum ni.

"iye-iyelah, saya buat" jawab aku dan terus mengemas meja Adam yang tak bersepah langsung tu. Paper yang dia kata banyak tadi tu pon. Aku tengok tersusun elok aje, memadai je bohong sebab nak buli aku. Adam ? dia hanya memerhatikan tingkah laku aku mengemas mejanya sambil menikmati kopi yang aku sediakan untuknya. Kerek betul boss aku ni!.

*****

"Nurul!" jerit Adam dari pintu pejabat. Pen ditangan aku terus tercampak ke udara bila terdengar jeritan Adam. Mamat ni kan! period agaknya. Maklumlah baran tak tentu pasal, lepas tu nak jerit-jerit panggil nama aku. Masalah betul!

"weh!" Maya mencuit paha aku.

"apa ?" soal aku sambil mengutip pen yang jatuh.

"aku rasa boss suka kau lah!" ujar Maya sedikit kuat dan mencucuk pinggang aku. Sekali lagi tercampak pen yang baru saja aku kutip. Ey~ minah ni!

"apa yang kau merepek ni ?!" soal aku. Sekali lagi aku menunduk untuk mencapai pen yang ada diatas lantai.

"weh, dengan cara boss pon aku dah boleh tahu lah~" balas Maya dengan lagak ahli sihir jahat.

"iye lah tu. kau tu selalu buat cerita dongeng." aku cuba menafikan apa yang dikatakan oleh Maya. Takkan lah Adam nak suka dekat aku. Cara Adam itu yang Maya kata Adam suka aku. confirm! Maya ada masalah penglihatan.

"Nurul!" sekali lagi jeritan Adam membuatkan aku tercampak pen ke udara. Aku menggosok dada. biadap betul mamat ni. panggil lah elok-elok. Ya Allah! sabar je lah aku dapat boss macam ni. Kalau aku ada sakit jantung dah lama aku K.O.

"ha! tengok tu. Dia rindu kau lah tu" ujar Maya.

Aku mencebik. " kau ni memang budak tv lah! stop-stop! jangan nak merepek. Aku pergi dulu" aku mencapai pen yang ada diatas lantai dan terus berlari ke bilik Adam. Apa pula mamat ni nak.
*******

"awak lunch dengan siapa hari ni ?" soal Adam. aku mengangkat kening. Aik! apa kene boss aku ni, tanya aku lunch dengan siapa. nak ajak aku date ke~

"sorang je sebab Maya nak date dengan boyfriend dia." jawab aku sedikit hampa. Aku baru je nak pau si Maya belanja aku makan. sebab hari tu aku dah belanja dia makan so ini maknanya turn aku tapi tengok lah ada je dia putar belit cerita nak pergi date dengan boyfriend dia. CHOI!

"good! awak lunch dengan saya je hari ni." ujar Adam.

Aku terkedu. Dia nak pergi lunch dengan aku? Alhamdulillah, inilah dikatakan rezeki. Rezeki berpakej! dapat makan dan dapat tuan yang bayar makanan aku. Walaupon boss aku ni baran tak tentu pasal, tapi dalam diam-diam. Aku ada lah sikit syok dekat dia. gila kau! kalau kau taK syok kat dia maknanya kau bukan wanita biasa. Handsome ooo boss aku ni.

*******

"awak single ?" soal Adam tanpa segan silu.

mendengar soalan Adam, tersedak aku dibuatnya. aku menghirup sedikit milo ais.

"single ?" soal Adam.

Aku mengangguk tanda 'ya'

"kenapa ? boss minat kat saya ?" soal aku sekadar gurauan. Walaupon dalam gurauan debaran dihati masa terasa. Jantung aku ni dah nak luruh waktu dia tanya aku single ke tidak.

"yep! saya minat awak" mendengar pengakuan boss aku yang berani mati ni. Rasa macam nak terjegil! terbutang! tersembol! terkeluar! biji mata coklat aku ni. Serious?! apa yang aku dengar ni.

"ala~ boss ni, main-main pulak." aku kembali menyambung suapan, terketar-ketar tangan aku pegang sudu. Jantung nak meletop dah ni!

"seriouslah. saya minat pekerja saya yang sorang ni." Adam memuncungkan mulut ke arah aku. terlepas sudu yang aku pegang. haih~ aku tahu bibir mu cantik , gebu dan pink! tapi tak payah buat macam tu. Ada jari kan! tunjuklah! guna-guna bibir pulak~ choi!

"awak ok ?" soal Adam prihatin, risau pulak si Nurul ni kene heart attack.

"kalau macam tu. Alhamdulillah" ujar aku sambil menadah tangan dan mengaminkannya.
"Alhamdulillah ? why ?"

" sebab saya pon minat dekat boss!" ujar aku dengan pengakuan berani mati. Aku tersenyum malu.
"kalau macam tu! moh le kita kahwin!" ajak Adam. Dia berdiri dan menghampiri aku. Mak ai! lajunya. Baru cakap suka takkan dah ajak kahwin.

tiba-tiba Adam melutut di hadapan aku. Aku terkedu. Apa dia nak buat ni ?

"sudikah awak menjadi suri rumah saya ?" soal Adam dengan suara yang agak menggoda. Aku mencebik. tak romantik langsung ayat dia. Ceh! tapi tak apa.

Aku berdiri dan terus memberi jawapan "saya terima!"
Adam tersenyum gatal. "esok nikah ?" soal Adam lagi. Aku mengundur ke belakang. Menakutkan pulak dengan boss aku ni.

"esok ?!" aku terus mencapai beg dan berlari lintang pukang. Seram pulak bila Adam ajak kahwin esok.

"Nurul. wait!!!!" Adam turut berlari mengejar Nurul. Seluruh pelanggan di restoran itu gelak melihat drama tak berbayar.

"Boss!!! Next year kita kahwin! " jerit Nurul.

THE END :)

No comments :

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012