Followers

Monday 5 January 2015

On The Way Bercinta ( bab 1)

“Megat! Megat!” laung Hidni sambil laju kakinya mengejar langkah Megat dihadapan. Nasib baik hari ini aku pakai flat shoes, senang sikit nak kejar mamat ni. Kalau aku pakai high heels hari ini memang tak terkejarlah mamat poyo depan tu.

Hidni memandang flat shoes bewarna hitam yang tersarung di kakinya tetapi kakinya masih laju mengejar langkah Megat yang tidak sedar langsung bahawa ada yang sedang mengejar dirinya.


“Megat! Weh! Megat!” Hidni tidak putus asa memanggil Megat.

Megat yang tersedar suara kecil yang sedang memanggil dirinya memberhentikan langkah dan mencabut earphone daripada telinga. “ada orang panggil aku ke ?”

“ adalah! Aku!” terkejut Megat melihat gadis comel yang muncul disebelahnya secara tiba-tiba. Megat hairan melihat Hidni yang seakan-akan kehausan oksigen kerana nafas Hidni yang kedengaran agak semput.

 “ada marathon ke ?” soalan yang kurang bijak yang baru sahaja Megat lontarkan kepada Hidni memberi kesan sampingan kepada tangan Hidni untuk bertindak pantas menampar lengan Megat. For your information, tangan aku memang laju bab tampar menampar ni. Kalau masuk pertandingan tampar menampar, akulah salah seorang yang berpotensi tinggi.

Megat mengaduh sakit kerana terasa perit selepas ditampar Hidni. “apesal kau pukul aku?”

“kau yang pergi tanya soalan macam tu kenapa ?” Hidni menjeling. Tiba-tiba rasa geram dengan Megat. Nak period ke ni ? Berapa haribulan ye hari ni ? Kalau tak period pon memang aku geram dengan Megat. Aku panggil nama dia macam nak tercabut organ tekak aku, dia boleh jalan menonong sambil dengar lagu. Campak phone tu dalam longkang baru tahu!

“apa ?” soal Megat ingin mengetahui kenapa Hidni mengejar dirinya.

“apa ? apa ? Pegang ni kejap!” Hidni menghulur buku sketch yang sering dibawa kemana-mana. Buku sketch itu penuh dengan pelbagai rekaan baju yang direkanya. Buku itu juga amat penting kerana kadang-kadang dalam kereta pon Hidni masih boleh mereka pakaian yang di bayangkan.

Megat hanya menyambut tanpa banyak alasan. Mata Megat hanya memerhati tingkah laku Hidni yang sedang membetulkan tudungnya yang senget ditiup angin. Hidni tidak pedulikan sepasang mata yang sedang memandang dirinya. Lagipon sepasang mata itu milik Megat so tak terasa apa-apa pon. Hidni dan Megat adalah kawan rapat dari waktu sekolah menengah lagi. Tak sangka pulak waktu apply untuk sambung belajar, mereka dapat satu Universiti yang sama.

Selesai sahaja Hidni membetulkan tudungnya, tangan Hidni menarik kembali buku sketch di tangan Megat. Tarik dengan penuh kelembutan, hilang sudah rasa marahnya terhadap Megat. Nak minta tolong kene lah berbaik-baik kan ? haha.

Megat mula melangkah dan Hidni turut juga mengekori Megat. Mata masing-masing berjalan sambil memandang ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Subhanallah. Indah sungguh ciptaan Allah. Langit yang begitu biru bersertakan awan-awan yang berterbangan. Membuatkan cuaca menjadi lebih redup. Nak hujan ke ?

“nak minta tolong apa ?” Megat mula bersuara.

Hidni mengangkat kening. “oh! Macam mana kau tahu ?”

 “aku dah hafal dengan perangai kau. Kau nak aku buat apa ni?”

Hidni mengigit bibir. “ hmmm, sebelum aku cerita. Aku nak kau janji dengan aku yang kau kene tolong aku. Promise!”

“promise.”

“eh! Kejap-kejap, bukan promise je. Aku nak kau ikrar sekali yang kau kene tolong aku! Walaupon kau perlu menggadaikan nyawa demi aku. Walaupon lautan yang dalam sanggup kau selami. Walaupon gunung-ganang sanggup kau daki. Walaupon aisberg sanggup kau rempuh.” Tanpa disedari Hidni sudah bersajak dihadapan Megat.

Megat hanya ketawa kecil. Dah datang dah perangai pelik dia.

Belum sempat Hidni menyambung ayat yang seterusnya, Megat mencelah. “iye! Aku sanggup. Apa?”

“janji lah dulu. Ha! Jangan lupa ikrar sekali. Aha! Sumpah sekali.” Hidni tersenyum sinis. Muka macam minta penampar Megat saja.

“kau ni dah lebih arr. Main sumpah-sumpah. Bahaya kau tahu tak ? Macam mana kalau aku tak dapat tolong kau dan lepas tu aku kene panah petir. Kau jangan ingat kau boleh hidup bahagia. Aku cari kau, aku cekik! Kau.” ujar Megat ingin menakut-nakutkan Hidni.

Hidni mencebik. “iye-iyelah. Takkan lah aku nak biar kau kene panah petir. Aku sayang kau lagilah.”

Megat tergelak kecil. “ ingatkan tak sayang~”

“nasib baik kau ni lelaki Megat, kalau kau ni bear aku tak pon kawan perempuan aku, aku memang dah terkam kau. Aku cium kau!” ketawa Hidni seronok. Pelajar-pelajar lain sudah mula memandang Hidni yang ketawa begitu kuat.

“hish!” Megat menolak kepala Hidni yang berlapikkan tudung bawal. Malu dibuatnya bila ramai pelajar lain memerhatikan mereka.

“apalah dalam kepala otak kau ni ?” soal Megat lagi dan terus pergi meninggalkan Hidni.


“woi!!! Tunggulah!” jerit Hidni lagi dan terus mengejar Megat. Megat hanya melangkah jalan menuju ke kereta tanpa menoleh kebelakang. 

*****

Megat memandu kereta seperti biasa walaupon matanya agak letih. Tak tahulah kenapa letih sangat. Mungkin sebab cuaca yang sudah mula gelap kerana ingin hujan.

“weh~ cepatlah janji dengan ikrar sekali. Aku nak story dengan kau ni.” Tiba-tiba Hidni bersuara disebelah Megat.

Megat sedikit terkejut dan menggenggam stereng kereta dengan kuat. “tak habis-habis lagi ke  ?”

“cepatlah~”

“iyelah. Saya Megat Danial berjanji akan membantu Nurul Hidni dalam apa jua keadaan sekali pon walaupon kene redah macam-macam situasi yang Nurul Hidni katakana tadi.” 

Hidni tersenyum mendengar Megat berjanji dan berikrar disisinya. Kelakar pulak.

“puas hati ?”

“puas! Ok! Aku nak cerita ni, kau dengar eh… lepas kau dengar kau tolong aku.”

“hmmm” balas Megat sebelum menguap. Balik ni ke tidur lah jawabnya.

“haritu mama Faizul datang rumah.” Hidni mula bercerita.

Megat menjadi peka secara tiba-tiba kerana terdengar nama Faizul. Musuh ketatnya sejak mula menjejak kaki ke dalam Universiti. Faizul memang sebaya dengan Megat tetapi perangai macam budak-budak. Ada je yang modal dia nak kenekan Megat. Megat tahu punca kenapa Faizul sering kenekan dirinya sebab buah hati Faizul si Intan tu tergila-gilakan diri Megat. Megat betul-betul tak berminat ingin merampas sesiapa pon sebab dalam hatinya hanya ada seorang sahaja dan hanya dirinya sahaja yang tahu.

“kenapa mama Faizul datang rumah ?”

Hidni memandang Megat. “jangan menyampuk boleh tak ?”

“ok.ok. sambung balik~” Megat mengalah kerana malas hendak berbalah.

“mama Faizul datang rumah nak jodohkan aku dengan Faizul tapi ini bukan kehendak Faziul. Mama dia tu yang over nak kenen-kenenkan aku dengan anak dia. Aku dah suruh ibu tolak pinangan mama Faizul tu tapi tak tahu lagi macam mana. Hish!” Hidni mengeluh.

Megat hanya berdiam diri. Tidak tahu ingin memberi sebarang riaksi.

“ini semua salah kau! Kalau kau still duduk sebelah rumah aku, at least kalau aku nak kene kenen-kenenkan dengan kau. Kene kahwin dengan kau! Aku ok lagi tau! Tapi Faizul tu aku tak suka lah!!!” tambah Hidni. Suara Hidni mengisi ruang kereta Megat.

Megat memejamkan mata terasa berdesing telinganya mendengar suara hidni. “kau sabarlah. Faizul takkan terima kau sebab kau tahu kau dia memang gilakan Intan takkan dia nak kahwin dengan kau yang macam singa betina ni.”

“kau cakap senanglah, kau tahukan ibu aku tu mudah terima hasutan. Hish! Kusutlah kepala macam ni.” Hidni berpeluk tubuh dan memejamkan mata.

“kau dah jumpa Faizul ?”

“dah~”

“dia cakap apa ?” tanya Megat.

“dia cakap nanti dia try slow talk dengan mama dia. Dia promise dengan aku yang dia takkan terima nak kahwin dengan aku tapi aku tak boleh percayalah. Aku kene buat something.”

“kau nak buat apa ?”

Hidni kembali mencelikkan matanya. “kau! Aku nak kau datang rumah aku esok malam tepat jam 8! Lepas Maghrib.”

“esok malam ?”

Hidni mengangguk. “hm! Aku nak kau datang pakai baju melayu. Kau pakai sekacak mungkin! Ok! Aku tahulah apa aku nak buat.”

Megat menggigit bibir. Susah betul nak handle minah ni. Tunggu ajelah esok apa dia nak buat.

“dengar tak ?”

“tak. Aku tak dengar” jawab Megat yang benar-benar mengantuk dan risau dengan cerita Hidni. Faizul ?

*****

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam, ha! apahal kau call aku malam-malam buta ni ?” suara serak-serak Faizul yang baru terjaga dari tidur kedengaran di telinga Megat.

“aku dengar mama kau datang merisik Hidni, betul ?”

“hmm… ingatkan kau ajak gaduh tadi. Ha..ah mama aku ni over sangat nak kahwinkan aku dengan Hidni.”

“so kau terima ?” soal Megat yang begitu bimbang.

“gila kau. Tak nak aku dengan Hidni tu. Kau pon tahukan yang aku sukakan Intan. Ha! Apa yang kau dah buat dekat Intan sampai dia nangis-nangis kat library ?” soal Faizul.

“oh! Tadi aku ada marah dia sikit sebab kacau aku baca buku.” Jawab Megat selamba. Teringat pulak peristiwa tadi. Sewaktu di perpustakan Intan datang menghampiri Megat yang sedang membaca buku, tiba-tiba pegang-pegang tangan Megat. Siapa tak bengang ? Pencabul betul minah tu.

“berani kau marah Intan eh ? Kau nak aku kerat kau ke apa ?!” tengking Faizul.

“weh! Kau janji dengan aku, kau cancel pasal mama kau nak kahwinkan kau dengan Hidni tu. Aku tak suka tengok. Kalau kau rasa nak Intan tu jadi milik kau, kau jangan kahwin dengan Hidni. Deal~””  ujar Megat dan terus mematikan panggilan.

“apa? Hello. Hello! Woi!” Faizul melihat telefon bimbitnya. Hairan.


No comments :

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012