Followers

Thursday 5 November 2015

Berahsia Kerana Cinta (BAB 4)

Jari Zara laju menjahit silang pangkah pada hujung baju kurung berwarna coklat itu. Dalam kepalanya asyik memikirkan tentang kerja yang ditawarkan oleh Kak Maria tadi. Harap-harap pekerjaan itu jatuh di tangannya. Bolehlah Zara menghulur duit pada Makcik Laila.

“Kerja macam mana hari ini ?” soal Makcik Laila. Prihatin terhadap anak buahnya.

Zara tersenyum manis pada Makcik Laila yang sedang duduk di sofa sedang melipat kain.

“Zara kena pecat.”

“Pecat ?”

Zara mengangguk dan kembali sambung kerjanya.

“Kenapa boleh jadi macam itu?”

“Zara datang lewat kerja. Lepas itu, ada pelanggan kurang ajar sangat dengan Zara. Zara tak boleh kawal perasaan Zara so Zara tengking pelanggan itu. Maafkan Makcik Zara. Disebabkan Zara Makcik tak dapat bayar sewa rumah ini. Nanti Zara cari kerja lain ye.”

Makcik Laila mengusap kepala Zara. “Tak mengapalah. Perlahan-lahan kita settle duit rumah sewa ini. Okay?”

Zara mengguntingkan benang. Zara tersenyum sebaik sahaja kerjanya sudah siap.

“Makcik. Ini dah siap. Laju tak ?”

“Mak ai! Lajunya. Meh, makcik nak tengok. Kemas ke tidak, kalau tak kemas. Zara buat balik.”

“Don’t worry. Ini Zara okay. Mesti cantik punya.” Zara menghulurkan baju kurung itu pada Makcik Laila.

“Okay. Lulus!”

Makcik Laila dan Zara ketawa.
*****

“Abang!!!” jerit Zara dan terus bangun dari tidurnya. Matanya melihat sekeliling biliknya.
Gelap.

“Astaghfirullahhalazim.” Ucap Zara dan meraup mukanya. Zara melepaskan keluhan di mulut.
Sering benar mimpi itu mengganggu tidurnya sejak dua menjak ini. Semakin sukar untuk Zara tidur lena. Mimpi tentang kejadian 10 tahun itu masih jelas di ingatan. Zara rindukan abangnya. Zara rindu akan kasih sayang abangnya.

Zara terus bangun menuju ke tanda. Air wuduk di ambil dan terus melemparkan sejadah. Kalau sudah terjaga malam, apa salahnya menunaikan solat sunat tahajjud.

Selesai sahaja solat tahajjud. Zara terus menghadiakan surah Al-Fatihah kepada 3 orang yang sangat disayanginya. Ibu, Ayah dan Abang. Semua yang Zara sayang, semuanya pergi meninggalkannya. Kini hanya tinggal Makcik Laila sahaja disisinya. Kali ini, Zara akan jaga Makcik Laila sebaik mungkin.

“Ya Allah Ya Tuhanku, hanya Engkaulah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, aku memohon kepadaMu, Engkau tempatkan Ibu, Ayah dan abangku dengan orang-orang yang beriman. Kau jauhkan mereka dari seksaan kuburMu dan seksaan api nerakaMu. Sesungguhnya, hanya Engkaulah Maha Melihat dan Mendengar. Aku memohon kepadaMu agar kau kuatkanlah diri aku dan berikanlah aku kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk menempuh dugaan yang Kau berikan. Ya Allah kau dengarlah rintihan hambaMu ini. Tiada tuhan yang disembah melainkan Kau Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.”

*****
“Morning.” Ucap Dian yang baru sahaja menuruni anak tangga.

“Morning.” Balas Amira. Jem strawberry itu disapu atas sekeping roti. Wajah abangnya langsung tidak dipandang. Matanya sudah melekat pada roti. Lapar.

“Mana nenek ?” tanya Dian apabila matanya tidak melihat wanita yang agak berusia itu.

“Nenek pergi pasar. Beli barang.”

Dian mengambil tempat duduk di meja makan. “Apahal kau tak ikut sekali ?”

“Aku bangun lewat tadi. Lagipon nenek pergi dan tak kejutkan aku pon.” Amira memberikan sekeping roti pada Dian.

“Haish, kau ini. Amira kau tu anak dara tahu tak ? Cubalah bangun awal tolong nenek. Aku tak sukalah tengok kau terlampau sosial. Kau jangan sampai aku ambil semua keistemewaan yang aku bagi dekat kau.”

Amira mencebik. “ Baiklah.”

Roti sudah bertukar tangan. “ Amira, aku nak tanya kau. Kau sayang papa dengan aku tak ?”

Amira mengerut dahi. “Kenapa kau tanya soalan macam itu pagi-pagi ini. Kalau nak buat drama sedih tunggulah malam nanti. Awal lagilah abang oiii.”

Dian hanya memandang adiknya. Wajahnya kelihatan agak serious.

“Wooo. Kenapa serious sangat ini ?” soal Amira apabila melihat wajah abangnya.

Dian masih lagi memaparkan wajah serious.

“Okay. Mestilah aku sayang. Aku sayang Papa, Mama dan kau. Nenek pon aku sayang. Semua orang aku sayang tanpa korang aku tak boleh hidup.” Jawab Amira ikhlas.

“Good. Kalau kau sayang aku dan papa. Aku nak kau belajar pakai tudung. Aku tak nak tengok kau berpakaian terdedah sana sini. Belajar pakai pakaian yang longgar. Boleh ?”

Muka Amira sudah berubah riak. Amira seakan tidak boleh terima dengan teguran itu. Dia masih muda umurnya masih 20 tahun. Dia masih memerlukan kehidupan yang bebas.

“Aku belum bersedia lagilah”

“Tak ada istilah bersedia atau tidak bersedia. Tutup aurat itu satu kewajipan bagi seorang wanita. Kau belajarkan semua itu dekat sekolah. Papa dengan Mama pon ada ajar kau.”

“Nantilah aku cuba.” Jawab Amira acuh tak acuh.

“Pastikan kau cuba. Jangan cakap sahaja. Aku nak tengok from now kau belajar pakai tudung.”

Amira mencebik muka tanda tidak suka dengan teguran itu.

“Orang tegur sikit dah nak sentap. Itulah manja sangat.” Marah Dian.

“Mana ada sentap.” Balas Amira dan terus bangun dari kerusi. Amira terus naik ke atas. Malas hendak mendengar abangnya berceramah kepadanya tentang aurat.

Dian menggelengkan kepala bila melihat adik perempuannya degil tidak mahu bertudung. Roti itu di sumbat laju ke dalam mulutnya dan terus beredar ke pejabat.

*****

“Zara nak pergi cari kerja ke?” tanya Makcik Laila sambil menumis bawang untuk memasak nasi goreng.
Zara menggelengkan kepala. “Tak. Zara tengah tunggu call dari seseorang ini. Dia kata dia ada kerja nak bagi Zara.”

“Siapa ? Siapa nak bagi Zara kerja itu ?”

“Semalam Zara ada jumpa seorang kakak ini. Dia kata pejabat dia perlukan orang untuk buat kerja kemas mengemas ini so Zara ingat Zara nak try.”

“Boleh percaya ke ?” Makcik Laila sedikit ragu-ragu.

Zara yang sudah selesai membancuh teh itu menuju ke meja makan. “In Syaa Allah. Rasanya boleh percaya.

 Zara try dulu ye makcik.”

“Okaylah. Zara buatlah apa yang patut. Asalkan Zara bahagia.” Balas Makcik Laila.

“Makcik ada nak suruh Zara tolong jahit apa-apa tak ? Zara tengah free ini.”

“Boleh juga. Makcik nak Zara jahitkan butang pada baju melayu.”

*****

“Maria!” panggil Dian. Suara Dian bergema di dalam bilik pejabatnya.

Maria yang terdengarkan jeritan Dian terus berlari masuk ke dalam bilik pejabat Dian.

“Ye saya. Tuan Dian nak saya tolong buat apa ?”

“Coffee!”

“Baiklah Tuan Dian.” Maria menundukkan kepalanya sedikit dan baru sahaja dia ingin keluar dari bilik tersebut dia teringatkan sesuatu. Zara!

“Ehmmm. Tuan Dian.” Maria menoleh.

Dian mengangkat mukanya. Cermin mata di atas batang hidungnya dibetulkan.

“Saya nak maklumkan esok ada pekerja baru yang akan handle bilik Tuan. Dia akan kemaskan segala barang dalam bilik Tuan dan tolong buatkan coffee Tuan. Tuan okay ?”

“Make sure pilihan awak itu tak dipecat pada esok hari.” Balas Dian dan kembali menyambung kerjanya.

“Saya confirm Tuan takkan pecat dia.” Kata Maria dengan yakin.

“Keluar.”

“Baik.” Maria terus berlari keluar dari pejabat Dian.

Sebaik sahaja pintu pejabat Dian ditutup. Maria tersenyum. “Lepas ini tak payahlah aku nak bancuh coffee gorilla ini.”




No comments :

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012