Followers

Thursday 5 November 2015

On The Way Bercinta ( 8 )

“Megat! Buat apa tu ?”  Hidni menghampiri Megat yang sibuk mencuci kereta kesayangannya. Sebelum berkahwin aku selalu jugak menumpang Megat, maklumlah besfriend kan ? Tapi rasanya makin rajinlah kami berdua pergi ke U bersama-sama, maklumlah kitorangkan dah kahwin ?

“Tengah cuci jamban.”  Sindir Megat. Sudah terang-terang Megat sedang mencuci kereta , mahu di tanya lagi~

“Uuu… abang Megat kita loya buruk” balas Hidni yang tidak mahu mengalah.

Megat bangun dari mencangkung dan terus merenjis air ke muka Hidni.

“Weh! Basahlah!” Hidni meninggikan suaranya.

Megat menghulurkan sponge berwarna kuning. “Tolonglah cuci sekali.”

“Kereta kau, kau cucilah sendiri.” Ujar Hidni tetapi tangannya masih menyambut huluran Megat. Hidni terus membasahkan sponge dan menggosok pada kereta kesayangan Megat.

Megat tersenyum.

Selesai sahaja mencuci bahagian depan kereta, Hidni terus mencapai getah paip dan memancut pada muka depan kereta tetapi Hidni sudah tersilap langkah kerana air itu terpercik pada tubuh Megat yang sedang mencuci di bahagian tayar.

“Ops! Sorry!” Hidni menekup mulut.

“Hidni!” jerit Megat.

“Sorry. Aku betul-betul tak sengaja.”

“Kena aku sekali lagi, siap kau!” Megat memberi amaran.

Sekali lagi tanpa sedar Hidni terpancutkan air paip itu ke arah Megat. Mati!

Megat mengetap gigi.

“Hidni!” Megat bangun  dan terus mengangkat baldi yang penuh dengan sabun dan disimbah pada Hidni.
Hidni terkedu. Basah baju dan tudungnya. Mukanya seakan terkejut dan matanya hanya melihat Megat yang sedang ketawa berdekah-dekah. Hidni mengigit bibir dan terus memancut air pada Megat tanpa belas kasihan. Akhirnya, bermulalah peperangan air di antara mereka.

Sedang seronok mereka bersuka-ria dan sedang bahagia, kedengaran ada yang memberi salam di pintu pagar. Hidni dan Megat terus menoleh.

Megat seakan terkejut melihat seorang jejaka yang cukup kacak setanding dengan dirinya berdiri tegak di depan pintu pagar sambil tersenyum manis. Mata Megat melirik ke arah Hidni. Jantung Megat berdegup kencang melihat wajah Hidni yang seakan-akan sudah jatuh cinta pada jejaka itu. Megat mengigit bibir. Ada persaing pulak~

Hidni terkejut sebaik sahaja menoleh memandang tuan punya suara. Mata Hidni seakan bersinar-sinar memandang wajah yang cukup tampan bagi dirinya. Tanpa sedar Hidni terus mengukir senyuman yang begitu manis.

“Assalamualaikum” kali kedua Adam memberi salam.

Hidni dan Megat menjawab serentak. “Waalaikumussalam.”

Adam tersenyum manis dan melangkah setapak.  “Saya baru pindah sebelah rumah.”

Hidni dan Megat sama-sama menghampiri pintu pagar yang sudah tersedia terbuka.

“Baru pindah ? Kitorang tak sedar pon.” Hidni masih tersenyum manis.

Megat sudah terasa lain. Situasi apakah ini ?

 “Saya pindah semalam. Hari ini baru ada peluang nak tegur jiran-jiran. Ini saya ada bawa sikit buah tangan. Adik saya baru belajar buat kek, kebetulan keknya menjadi so saya nak bagi sikitlah dekat jiran saya.” 
Adam menghulur bekas yang berisi kek.

“Oh! Terima kasih.” Hidni menyambut huluran Adam. Megat hanya tersenyum. Dia tidak tahu ingin berbuat apa kerana dia kurang selesa dengan jejaka di hadapannya.

“Saya Adam.” Adam menghulur tangan untuk bersalaman dengan Megat. Megat menyambutnya.

“Megat.”

“Saya rasa saya lebih tua rasanya. Umur saya 28. Megat ?” tanya Adam.

“Oh, nampaknya saya kena panggil Encik Adam ni abanglah sebab umur saya baru 23.” Megat ketawa kecil.

Adam turut ketawa. “Nampaknya begitulah. Ini isteri ?”

“Ha…” belum sempat Megat ingin menjawab. Hidni terus mencelah.

“Tak…. Saya adik Megat.” Hidni tersengih manja.

Megat sedikit terkejut dengan Hidni yang menipu Adam. Kenapa Hidni perlu menipu ?

“Oh! Adik ? Abang ingatkan isteri. Maaf ye.”

Megat tersenyum kelat. “It ok.”

“Abang pindah dengan siapa ye ?” Hidni cuba mengorek rahsia.

“Abang pindah dengan adik abang. Oklah Megat dan…”

“Hidni. Nama saya Hidni.” Hidni memperkenalkan diri. Megat sudah rasa sedikit terguris dengan sikap Hidni.

“Okaylah, Megat dan Hidni. Abang balik dulu ye. Ada banyak kerja nak kena siapkan. Kalau ada apa-apa bolehlah kita tolong di antara satu sama lain ye.”

“In Syaa Allah.” Jawab Megat dan Hidni serentak.

Adam melambai tangan dan Hidni membalasnya. Megat disisi hanya tersenyum plastik.

“Megat! Kita dapat jiran yang handsome lah~” ujar Hidni dan terus memandang Adam yang sedang menuju ke rumah sebelah.

“Sukalah kau kan ?” soal Megat dengan nada sedikit serious. Megat terus sahaja memusingkan tubuhnya dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Hidni memandang belakang tubuh Megat.

*****
Dari siang tadi Megat tidak bersuara. Bila diajak makan, Megat hanya mendengar arahan tanpa sebarang bantahan. Hidni tidak tahu kenapa Megat berubah jadi begitu pendiam. Aku ada buat salah ke ?

Tok! Tok! Tok!

Hidni terus membuka pintu bilik Megat. Mata Hidni terus menangkap susuk tubuh Megat sebaik sahaja membuka pintu bilik. Kelihatan Megat sedang duduk di meja dan sedang menaip sesuatu di dalam laptop.
Hidni menghampiri. “Megat”

Megat menoleh dan memusingkan kerusinya. Megat tidak bersuara, dia hanya memandang Hidni.

Hidni mengurut belakang leher. Dia tidak selesa dengan pandangan mata Megat itu. Jantungnya berdegup kencang.

“Ehmm… Kau okay?”

Megat mengangguk. “okay.”

“Kalau kau okay kenapa kau tak nak bercakap dengan aku ?” tanya Hidni yang tertanya-tanya sejak siang hari tadi. Selepas Adam balik, Megat terus berdiam diri.

Megat menggosok dahi lembut dan mengeluh. “ Aku tak nak cakap dengan kau sebab sahaja.”

“Kenapa sahaja pulak? Selalunya kau suka melayan aku tapi hari ni tak! Lepas saja abang Adam balik kau terus masam muka dengan aku. Kenapa? Apa yang aku dah buat?” soal Hidni lagi. Suara Hidni sudah pon meninggi. Geram!

“ Aku tak tahulah kau ni betul-betul tak tahu apa yang kau dah buat atau kau pura-pura tak tahu.” Kata Megat serious.

Hidni mengerut dahi. “Apa maksud kau ?”

“Kau keluarlah. Aku nak siapkan kerja aku.” Megat terus kembali menyambung kerjanya. Hidni tidak dihiraukan. Pandai-pandailah kau cari sebabnya.

Hidni mengeluh dan melangkah keluar dari bilik. Pintu bilik Megat di tutup perlahan.

“Hidni cuba fikir apa yang kau dah buat. Think!” Hidni mengambil tempat di tangga. Kedua-dua tangannya memegang kepala cuba mencari sebab kenapa Megat berkelakukan sebegitu.

“ Lepas Adam balik, Megat terus bad mood.” Hidni bercakap seorang diri.

Hidni mengigit kukunya. Tiba-tiba…

“Ha!!! Aku tahu kenapa!!!” Hidni mengangkat punggung dan terus masuk ke dalam bilik Megat.
Megat hanya buat tidak peduli.

“ Megat! Aku minta maaf! Aku tak sengaja bohong Adam kata aku ini adik kau. Aku memang tak ada niat. Mulut aku tiba-tiba terus bohong macam itu. Maaf! Sorry Megat” Hidni memohon maaf. Mata Hidni hanya memandang belakang tubuh Megat. Tangannya di genggam kuat. Hidni terasa bodoh bila melakukan perkara itu. Kenapa aku buat macam itu ?

Megat berpusing mengadap Hidni. Matanya memandang tajam Hidni.

“Kenapa kau bohong macam itu ?”

Hidni mengigit bibir. “Maafkan aku. Aku betul-betul tak sengaja. Aku sendiri tak jangka aku boleh tipu macam itu. Maafkan aku, aku janji aku tak buat lagi. Nanti aku akan cuba jujur dengan Abang Adam. Sorry.”

Megat tersenyum sinis. “Okay. Maaf diterima.”

“Kau maafkan aku macam tu je ?”

Megat mengangguk. “Kenapa ? Kau tak nak aku maafkan kau ?”

“No. Maksud aku senang betul kau maafkan aku. Setengah orang kan sampai kena bersyarat bagai but kau tak~” Hidni mengambil tempat di atal katil Megat.

“Sebab aku percayakan kau.” Jawab Megat ringkas.

Tiba-tiba jantung Hidni berdegup laju. Hidni mengerut dahinya. Kenapa ini?

“Aku percayakan kau dan aku harap kau takkan musnahkan kepercayaan aku terhadap kau. Okay?” tambah Megat dan kembali pusing mengadap laptop.

“Okay.” Jawab Hidni yang tidak selesa kerana jantungnya berdegup kencang. Tangannya menyentuh dadanya.

“Aku nak sambung buat kerja. Jangan kacau aku.”

 “Megat.” panggil Hidni.

“Hmmm.”

“Kau dah maafkan aku kan ? Aku nak tidur sini boleh tak ?”


Megat kembali memandang Hidni. “Kalau hari-hari nak tidur dengan aku, lebih baik tak payah tidur asing.”

3 comments :

Unknown said...

sambung plez....:)

Faiza Kaisara said...

Mana sambungan...pls sambung

Faiza Kaisara said...

Mana sambungan...pls sambung

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012