Followers

Saturday 14 November 2015

What do you mean ?

Alisa dan Khairil sudah berkawan hampir 20 tahun. Mereka mula berkawan sejak dari sekolah rendah lagi. Kebetulan pula, rumah Alisa terletak sebelah rumah Khairil. Sudah semestinya mereka adalah jiran. Mereka makin rapat apabila mereka juga duduk bersebelahan di dalam kelas sewaktu sekolah menengah. Pergi sekolah sama-sama, rehat sama-sama dan balik pon sama-sama. Sampai satu tahap tercetusnya gosip disekolah bahawa mereka bercinta. Itu semua cerita ketika waktu sekolah dahulu...

Kini masing-masing sibuk bekerja dan masih bujang.

Tiba-tiba suatu hari...

"Alisa, kamu ada calon tak  ?" soal mama.

"Calon apa, mama?"

Mama menjeling suaminya. " Papa dan mama dan decided. Kitorang nak kahwinkan kamu before kamu 25 tahun."

Alisa mengerut dahi. " Kenapa pulak ?"

"Papa kalau boleh nak kamu kahwin awal elakkan maksiat semua tu. Sekarang ni macam-macam boleh jadi. Kes rogol pon tak tentu hala. At least bila kamu dah ada suami, ada yang nak melindungi kamu. Kalau kamu ada calon cakap pada kami, nanti biar mama uruskan. Kalau tak ada calon biar kami yang akan carikan untuk kamu." bebel papa panjang lebar.

Alisa hanya berdiam diri, mulutnya seakan terkunci. Alisa bukan jenis seorang anak yang suka melawan cakap orang tuanya.

Mama memhampiri dan terus membelai rambut panjang milik Alisa. " Macam mana ? Kamu nak mama dan papa carikan atau kamu nak beri calon kamu yang tersendiri ?"

Alisa memandang anak mata papa dan mamanya.

"Bagi Alisa masa." jawab Alisa pendek.

******

"Weh Khairil."

"Hmmmm"

"Macam mana ni ?"

"Macam mana apa ?"

"Hish kau ni! Aku bercerita tadi kau dengar ke tidak?" Tangan Alisa mencapai bantal disisi dan terus membaling ke arah pintu biliknya. Dari tadi aku bercerita dengan dia pasal masalah aku, dia boleh buat tak tahu. Tak guna punya Khairil. Nasib berborak di telefon kalau depan-depan aku, mahu aku bagi kau penampar sekali.

"Iye aku dengar. Okay sekarang kau nak aku buat apa ?" soal Khairil dengan nada lembut. Dia bukan tidak beri perhatian pada cerita Alisa cuma sekarang dia sedang sibuk mengepit kukunya yang sudah cukup panjang baginya.

"Kau bagilah aku idea or nasihat ataupon cara-cara nak mengelak dari di kahwini oleh kedua orang tua aku"

"Macam ni lah Alisa, buat apa kau fikir susah-susah. Penyelesaian bagi masalah kau tu hanyalah di depan mata kau je. Okay."

"Depan mata aku ? Maksud kau ?"

"Kau kahwin je dengan aku! Habis cerita. Aku bahagia kau pon turut bahagia. Bukankah kebahagian yang kau carikan ?" ayat Khairil dan tersenyum lebar. 

"Weh serious lah! Kau ni kan sejak dah makin nak tua asyiklah mengayat aku tak tentu pasal. Please cari girlfriend cepat-cepat. Please. Bernanah telinga aku dengar." Alisa mencebik. Hairan juga dia, makin Khairil meningkat usia makin selalu Khairil memberi ayat-ayat manis pada dirinya. Mamat ni tak ada girlfriend ke?

"Alisa aku tengah serious ni. Kau sedarkan sejak aku dah makin nak tua ni, aku asyik menyakat kau." ujar Khairil.

Alisa mengerut dahi dan bangun dari katilnya. "Kau tu tak ada makwe sebab tu kau jadi macam tu."

Tangan Alisa pantas menyarung tudung di kepala. Kemuadian menuju ke arah tingkap biliknya dan menyelak langsir. Jelas kelihatan Khairil yang sedang duduk di meja luar rumahnya. 

Khairil melambai. 

Alisa membuka tingkap. 

"Macam ni lah Alisa. Aku rasa better aku jujur dengan kau before terlambat. Aku sukakan kau. Sejak habis sekolah lagi aku dah sedar akan perasaan ni cuma aku ambil langkah berdiam diri sebab aku risau persahabatan kita terputus."

Alisa mengigit bibir. Dia hanya memandang Khairil dibawah. "Kenapa tiba-tiba kau cakap macam ni ? Jangan merepek lah Khairil. Dah lewat ni."

"Aku beri kau pilihan. Kau nak kahwin dengan aku ataupon kau nak kahwin dengan pilihan mama dan papa kau. So ?"

Alisa mengeluh dan diam. 

"Jujur Alisa aku sukakan kau dan aku cintakan kau. Aku nak jaga kau untuk seumur hidup aku. Aku nak bimbing kau. Aku nak belai kau. Aku nak nak jadi suami mithali untuk kau. Kalau kata kau benar-benar tak cintakan aku. Aku akan buat kau cintakan aku." 

Perbualan telefon semakin serious.

"Khairil."

"Alisa. Ini serious tau. Aku bukan prank kau ke apa ke. Jujur aku katakan. Aku sukakan kau. Aku boleh masuk meminang kau bila-bila je tapi aku tak buat semua tu sebab aku risau. Aku risau kau pergi jauh dari aku sebab kau seakan anggap aku sebagai kawan kau. Jadi aku tak berani nak tunjuk rasa cinta aku. Aku pendamkan sejak dari sekolah lagi"

"Khairil aku... Aku..." Alisa sudah merasa sebak. Air matanya mengalir. 

Alisa tidak menyangka kawan yang dia cukup sayanginya sedang menahan rasa cinta terhadapnya. Jujur dia cuma sayangkan Khairil hanya sebagai kawan tidak pernah lebih daripada itu. 

"Alisa aku minta maaf sebab aku terpaksa luahkan dalam keadaan macam ni. Aku risau aku terlambat. Maafkan aku."

Talian telefon di matikan. 

Alisa hanya melihat Khairil bangun dari kerusi dan terus masuk ke dalam rumah.

*******

"Mama! Papa! Alisa nak kahwin dengan Khairil!"

*******

"Assalamualaikum!" mama memberi salam.

"Waalaikumussalam. Eh! Maria! Masuk-masuk." jemput Ibu Khairil.

Mama ketawa kecil. " Lama tak datang rumah kamu, Laila. Walaupon kita ni berjiran. Sihat tak?"

"Alhamdulillah sihat. Itulah pasal rumah sebelah aje pon tapi masing-masing sibuk dengan kerja."

Mama dan ibu ketawa serentak.

"Aku ni datang sebenarnya ada hal ni." riak wajah mama sudah bertukar serious.

"Hal apa ? Macam serious aje. Sebelum tu biar aku buatkan air untuk kamu ye"

"Eh! Tak payah susah-susah. Sekejap aje ni ha. Macam ni lah Laila, aku datang ni sebenarnya aku nak jodohkan anak kamu Khairil dengan anak aku si Alisa tu. Kamu setuju tak ?"

Ibu terus tersenyum lebar. "Inilah yang aku tunggu-tunggukan. SETUJU!"

********

"Aku tak setuju!" Khairil berpeluk tubuh.

Alisa sedikit terperanjat dengan suara Khairil yang sedikit meninggi.

"KENAPA?! Kenapa pulak kau tak setuju?!" balas Alisa suaranya lagi tinggi dari Khairil. 

Pelanggan di dalam restoran itu sudah menjeling kearah mereka yang sedikit bising. Seakan-akan pakwe makwe yang sedang bergaduh. 

"Aku tak setuju" ulang Khairil.

"Apa ni Khairil?! Semalam bukan main kau ucap kata-kata cinta dekat aku. Now?! Kau tak setuju pulak nak kahwin dengan aku ? Kau jangan nak buat aku nampak macam terdesak nak kahwin dengan kau." marah Alisa. Dia sudah tidak peduli orang disekelilinganya. Hatinya panas! Panas dengan sikap Khairil yang cakap putar belit.

" Aku tak akan kahwin dengan kau kalau kau tak rela." jawab Khairil. 

"What do you mean ? Aku tak terpaksa langsung kahwin dengan kau. Aku rela!" 

"tapi kau terdesak sebab kau tak ada pilihan lain. Kau hanya boleh lari dari pilihan mama dan papa kau dengan berkahwin dengan aku. Betul ?" 

Alisa terdiam. Matanya hanya memandang pandangan tajam Khairil.

"Aku... aku.. aku boleh belajar! Belajar bercinta dengan kau..."

"Aku tahu kau macam mana, Alisa. Kau susah. Kau jenis susah nak terima orang dalam hidup kau. Aku hanya akan berkahwin dengan kau bila kau betul-betul cintakan aku." kata Khairil sebelum mengangkat punggung meninggalkan Alisa.

Alisa terdiam dan memejam matanya.

*********

"Mama! Papa! Alisa nak kahwin dengan Khairil sekarang juga!"

********* 

"Aku nak kahwin dengan kau! Sekarang!"

"What do you mean?!" 

"Aku nak kahwin dengan kau! Aku nak belajar mencintai kau! Sebab! selama aku kenal kau, aku tahu kau macam mana. Kau bukan jenis berputus asa dalam buat sesuatu. Oleh itu, pasti kau tak putus asa dalam memikat hati aku. Aku juga takkan akan putus asa belajar mencintai kau sebab aku percayakan kau." ujar Alisa panjang lebar.

*********

Majlis perkahwinan berjalan dengan lancar.

********

"Kata cintakan aku."

" What do you mean ?" soal Khairil hairan. 

"Kalau cintakan aku meh lah tidur sekali dengan aku." ajak Alisa berani walaupon sebenarnya tak berapa berani.

"Langkah-langkah yang berani Alisa." ujar Khairil dan tersenyum sinis.

Alisa mengigit bibir.

******

2 Bulan kemudian....

"Khairil."

Alisa menghampiri Khairil di sofa. 

"Aku nak kau lepaskan aku." ujar Alisa tiba-tiba.

Jantung Khairil berdegup kencang sebaik sahaja mendengar kata-kata Alisa.

"Kenapa?" soal Khairil gemuruh.

"Aku nak kau lepaskan aku juga! Aku cuma nak lebih bahagia" riak wajah Alisa masih selamba.

"What do you mean ?"

"Aku nak kau lepaskan aku dari sesi pembelajaran mencintai kau. Aku nak tamatkan pembelajaran cinta ni semua. Aku dah tak perlukan." 

Khairil diam. Matanya sayup.

"Sebab aku dah cintakan seseorang."

Khairil memejam mata cuba menahan perit dihati. " Siapa ?"

" Aku cintakan Adam Khairil!" Alisa terus merapatkan bibirnya di bibir Khairil.

Khairil terkejut dengan tindakan Alisa.

Alisa menarik kembali bibirnya. 

"Sayang nak bahagia bersama Abang."



No comments :

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012