“Megat! Buat apa tu ?” Hidni menghampiri Megat yang sibuk mencuci
kereta kesayangannya. Sebelum berkahwin aku selalu jugak menumpang Megat,
maklumlah besfriend kan ? Tapi rasanya makin rajinlah kami berdua pergi ke U
bersama-sama, maklumlah kitorangkan dah kahwin ?
“Tengah cuci jamban.” Sindir Megat. Sudah terang-terang Megat
sedang mencuci kereta , mahu di tanya lagi~
“Uuu… abang Megat kita loya buruk” balas Hidni yang
tidak mahu mengalah.
Megat bangun dari mencangkung dan terus merenjis air
ke muka Hidni.
“Weh! Basahlah!” Hidni meninggikan suaranya.
Megat menghulurkan sponge berwarna kuning. “Tolonglah
cuci sekali.”
“Kereta kau, kau cucilah sendiri.” Ujar Hidni tetapi
tangannya masih menyambut huluran Megat. Hidni terus membasahkan sponge dan
menggosok pada kereta kesayangan Megat.
Megat tersenyum.
Selesai sahaja mencuci bahagian depan kereta, Hidni
terus mencapai getah paip dan memancut pada muka depan kereta tetapi Hidni
sudah tersilap langkah kerana air itu terpercik pada tubuh Megat yang sedang
mencuci di bahagian tayar.
“Ops! Sorry!” Hidni menekup mulut.
“Hidni!” jerit Megat.
“Sorry. Aku betul-betul tak sengaja.”
“Kena aku sekali lagi, siap kau!” Megat memberi
amaran.
Sekali lagi tanpa sedar Hidni terpancutkan air paip
itu ke arah Megat. Mati!
Megat mengetap gigi.
“Hidni!” Megat bangun dan terus mengangkat baldi yang penuh dengan
sabun dan disimbah pada Hidni.
Hidni terkedu. Basah baju dan tudungnya. Mukanya
seakan terkejut dan matanya hanya melihat Megat yang sedang ketawa berdekah-dekah.
Hidni mengigit bibir dan terus memancut air pada Megat tanpa belas kasihan.
Akhirnya, bermulalah peperangan air di antara mereka.
Sedang seronok mereka bersuka-ria dan sedang
bahagia, kedengaran ada yang memberi salam di pintu pagar. Hidni dan Megat
terus menoleh.
Megat seakan terkejut melihat seorang jejaka yang
cukup kacak setanding dengan dirinya berdiri tegak di depan pintu pagar sambil
tersenyum manis. Mata Megat melirik ke arah Hidni. Jantung Megat berdegup
kencang melihat wajah Hidni yang seakan-akan sudah jatuh cinta pada jejaka itu.
Megat mengigit bibir. Ada persaing pulak~
Hidni terkejut sebaik sahaja menoleh memandang tuan
punya suara. Mata Hidni seakan bersinar-sinar memandang wajah yang cukup tampan
bagi dirinya. Tanpa sedar Hidni terus mengukir senyuman yang begitu manis.
“Assalamualaikum” kali kedua Adam memberi salam.
Hidni dan Megat menjawab serentak.
“Waalaikumussalam.”
Adam tersenyum manis dan melangkah setapak. “Saya baru pindah sebelah rumah.”
Hidni dan Megat sama-sama menghampiri pintu pagar
yang sudah tersedia terbuka.
“Baru pindah ? Kitorang tak sedar pon.” Hidni masih
tersenyum manis.
Megat sudah terasa lain. Situasi apakah ini ?
“Saya pindah
semalam. Hari ini baru ada peluang nak tegur jiran-jiran. Ini saya ada bawa
sikit buah tangan. Adik saya baru belajar buat kek, kebetulan keknya menjadi so
saya nak bagi sikitlah dekat jiran saya.”
Adam menghulur bekas yang berisi kek.
“Oh! Terima kasih.” Hidni menyambut huluran Adam.
Megat hanya tersenyum. Dia tidak tahu ingin berbuat apa kerana dia kurang
selesa dengan jejaka di hadapannya.
“Saya Adam.” Adam menghulur tangan untuk bersalaman
dengan Megat. Megat menyambutnya.
“Megat.”
“Saya rasa saya lebih tua rasanya. Umur saya 28.
Megat ?” tanya Adam.
“Oh, nampaknya saya kena panggil Encik Adam ni
abanglah sebab umur saya baru 23.” Megat ketawa kecil.
Adam turut ketawa. “Nampaknya begitulah. Ini isteri
?”
“Tak…. Saya adik Megat.” Hidni tersengih manja.
Megat sedikit terkejut dengan Hidni yang menipu
Adam. Kenapa Hidni perlu menipu ?
“Oh! Adik ? Abang ingatkan isteri. Maaf ye.”
Megat tersenyum kelat. “It ok.”
“Abang pindah dengan siapa ye ?” Hidni cuba mengorek
rahsia.
“Abang pindah dengan adik abang. Oklah Megat dan…”
“Hidni. Nama saya Hidni.” Hidni memperkenalkan diri.
Megat sudah rasa sedikit terguris dengan sikap Hidni.
“Okaylah, Megat dan Hidni. Abang balik dulu ye. Ada
banyak kerja nak kena siapkan. Kalau ada apa-apa bolehlah kita tolong di antara
satu sama lain ye.”
“In Syaa Allah.” Jawab Megat dan Hidni serentak.
Adam melambai tangan dan Hidni membalasnya. Megat
disisi hanya tersenyum plastik.
“Megat! Kita dapat jiran yang handsome lah~” ujar
Hidni dan terus memandang Adam yang sedang menuju ke rumah sebelah.
“Sukalah kau kan ?” soal Megat dengan nada sedikit
serious. Megat terus sahaja memusingkan tubuhnya dan melangkah masuk ke dalam
rumah.
Hidni memandang belakang tubuh Megat.
*****
Dari siang tadi Megat tidak bersuara. Bila diajak
makan, Megat hanya mendengar arahan tanpa sebarang bantahan. Hidni tidak tahu
kenapa Megat berubah jadi begitu pendiam. Aku ada buat salah ke ?
Tok! Tok! Tok!
Hidni terus membuka pintu bilik Megat. Mata Hidni
terus menangkap susuk tubuh Megat sebaik sahaja membuka pintu bilik. Kelihatan
Megat sedang duduk di meja dan sedang menaip sesuatu di dalam laptop.
Hidni menghampiri. “Megat”
Megat menoleh dan memusingkan kerusinya. Megat tidak
bersuara, dia hanya memandang Hidni.
Hidni mengurut belakang leher. Dia tidak selesa
dengan pandangan mata Megat itu. Jantungnya berdegup kencang.
“Ehmm… Kau okay?”
Megat mengangguk. “okay.”
“Kalau kau okay kenapa kau tak nak bercakap dengan
aku ?” tanya Hidni yang tertanya-tanya sejak siang hari tadi. Selepas Adam
balik, Megat terus berdiam diri.
Megat menggosok dahi lembut dan mengeluh. “ Aku tak
nak cakap dengan kau sebab sahaja.”
“Kenapa sahaja pulak? Selalunya kau suka melayan aku
tapi hari ni tak! Lepas saja abang Adam balik kau terus masam muka dengan aku.
Kenapa? Apa yang aku dah buat?” soal Hidni lagi. Suara Hidni sudah pon
meninggi. Geram!
“ Aku tak tahulah kau ni betul-betul tak tahu apa
yang kau dah buat atau kau pura-pura tak tahu.” Kata Megat serious.
Hidni mengerut dahi. “Apa maksud kau ?”
“Kau keluarlah. Aku nak siapkan kerja aku.” Megat
terus kembali menyambung kerjanya. Hidni tidak dihiraukan. Pandai-pandailah kau
cari sebabnya.
Hidni mengeluh dan melangkah keluar dari bilik.
Pintu bilik Megat di tutup perlahan.
“Hidni cuba fikir apa yang kau dah buat. Think!”
Hidni mengambil tempat di tangga. Kedua-dua tangannya memegang kepala cuba
mencari sebab kenapa Megat berkelakukan sebegitu.
“ Lepas Adam balik, Megat terus bad mood.” Hidni
bercakap seorang diri.
Hidni mengigit kukunya. Tiba-tiba…
“Ha!!! Aku tahu kenapa!!!”
Hidni mengangkat punggung dan terus masuk ke dalam bilik Megat.
Megat hanya buat tidak
peduli.
“ Megat! Aku minta
maaf! Aku tak sengaja bohong Adam kata aku ini adik kau. Aku memang tak ada
niat. Mulut aku tiba-tiba terus bohong macam itu. Maaf! Sorry Megat” Hidni
memohon maaf. Mata Hidni hanya memandang belakang tubuh Megat. Tangannya di
genggam kuat. Hidni terasa bodoh bila melakukan perkara itu. Kenapa aku buat
macam itu ?
Megat berpusing
mengadap Hidni. Matanya memandang tajam Hidni.
“Kenapa kau bohong
macam itu ?”
Hidni mengigit bibir.
“Maafkan aku. Aku betul-betul tak sengaja. Aku sendiri tak jangka aku boleh
tipu macam itu. Maafkan aku, aku janji aku tak buat lagi. Nanti aku akan cuba
jujur dengan Abang Adam. Sorry.”
Megat tersenyum sinis.
“Okay. Maaf diterima.”
“Kau maafkan aku macam
tu je ?”
Megat mengangguk.
“Kenapa ? Kau tak nak aku maafkan kau ?”
“No. Maksud aku senang
betul kau maafkan aku. Setengah orang kan sampai kena bersyarat bagai but kau
tak~” Hidni mengambil tempat di atal katil Megat.
“Sebab aku percayakan
kau.” Jawab Megat ringkas.
Tiba-tiba jantung Hidni
berdegup laju. Hidni mengerut dahinya. Kenapa ini?
“Aku percayakan kau dan
aku harap kau takkan musnahkan kepercayaan aku terhadap kau. Okay?” tambah
Megat dan kembali pusing mengadap laptop.
“Okay.” Jawab Hidni
yang tidak selesa kerana jantungnya berdegup kencang. Tangannya menyentuh
dadanya.
“Aku nak sambung buat
kerja. Jangan kacau aku.”
“Megat.” panggil Hidni.
“Hmmm.”
“Kau dah maafkan aku
kan ? Aku nak tidur sini boleh tak ?”
Megat kembali memandang
Hidni. “Kalau hari-hari nak tidur dengan aku, lebih baik tak payah tidur
asing.”
3 comments :
sambung plez....:)
Mana sambungan...pls sambung
Mana sambungan...pls sambung
Post a Comment