Followers

Wednesday 7 January 2015

On The Way Bercinta (bab 5)

Selesai sahaja solat subuh, Hidni terus mencari pakaiannya di dalam almari. Matanya menjeling ke arah Megat yang masih lena dibuai mimpi tetapi Hidni tidak mengejutkan Megat. Hidni terus berlalu masuk ke dalam bilik mandi.

Hidni keluar dari bilik mandi dengan berpakaian. Skirt separas lutut dan baju lengan panjang. Rambutnya masih basah di keringkan menggunakan tuala kecil. Sekali lagi Hidni menjeling ke arah Megat. Mamat ni tak pandai bangun sendiri ke ? Sebelum ni, dia rajin call aku suruh bangun solat subuh.

Hidni menghampiri Megat yang masih nyenyak tidur. Megat tidak ada tanda-tanda mahu bangun dari tidur. Masih kaku memeluk bantal guling. Mungkin keletihan semalam membuatkan dirinya susah untuk bangun pada pagi ini.

“Megat.” Hidni mengoncang bahu Megat perlahan dan mengambil tempat duduk disisi Megat.

Megat masih tidak sedarkan diri. Keletihan semalam benar-benar menguasai dirinya. Jam loceng sudah menunjukkan pukul 6. 20 pagi.

“Megat. Bangun subuh.”

Kali ini Megat memberi respon. Megat menarik comforter menutupi tubuhnya yang terasa sejuk, Megat yang cuba menutup mukanya dengan comforter tidak berjaya kerana Hidni pantas menarik comforter tersebut.

“bangunlah. Solat subuh.” Ujar Hidni tenang. Tangannya pantas mengeringkan rambutnya yang basah.

“5 minit.” Balas Megat dan kembali tidur semula.


Tiba-tiba Hidni terdiam dan terkaku apabila melihat wajah Megat yang sedang tidur. Seolah-olah ada aura yang menarik Hidni untuk menghampiri wajah kacak milik Megat. Dengan jarak yang begitu dekat hidni cuba mencuri pandang bibir Megat yang terbentuk cantik. Bibir Megat berwarna jambu kerana Megat bukanlah lelaki yang menghisap rokok. Mungkin Megat mengikut sikap arwah ayahnya yang tidak merokok. Diantara warna kulit Megat dan Hidni, Megat mempunyai kulit yang lebih cerah. Mungkin kerana Megat mempunyai darah campuran kerana mengambil rupa arwah ayahnya.

‘Bolehkah aku teruskan perkahwinan ini ? dan perlukah aku belajar mencintai Megat ? Megat bagaimana  ?’ soal isi hati Hidni yang sedang ragu-ragu dengan keputusannya.

Sedang leka, Hidni menilik wajah Megat secara tidak sengaja rambut Hidni yang sedikit basah itu jatuh terkena wajah tampan Megat. Megat menepis rambut yang mengganggu tidurnya. Hidni yang terkejut mula duduk menegak disebelah Megat dan terus mengeringkan rambutnya yang panjang.

“pukul berapa ?” soal Megat yang baru sedar. Matanya digosok-gosok kerana silau cahaya yang menerangi bilik.

“6. 30.” Jawab Hidni yang sedikit terkejut dengan kejadian tadi.

Megat yang mendengar jawapan Hidni terus bangun masuk ke dalam bilik air tanpa banyak bunyi.
Hidni berjalan ke meja solek dan terus melengkapkan dirinya. Rambut di biarkan lepas supaya kering dengan sendirinya. Bibir yang terlalu kering dicalik sedikit pelembap bibir. Nasib badan dapat bibir yang selalu kering, bukannya macam Megat yang mempunyai bibir yang benar-benar di impikan para gadis.
Pada ketika Hidni sedang menghias diri, Hidni merasakan ada seseorang yang sedang memerhati dirinya. Hidni menoleh kebelakang. Megat masih berdiri tegak di hadapan toilet sambil memerhati Hidni dari belakang.

“kenapa ?”

“betul kau nak teruskan perkahwinan ni ?” soal Megat sedikit serious.
Hidni mengangguk. “kenapa ? kau tak nak ?”

“kau nak aku teruskan perkahwinan ni ?” soalan Hidni dijawab dengan soalan dari Megat.

“kalau aku paksa kau teruskan perkahwinan ni ? kau nak buat apa?” Balas Hidni dengan soalan.

“aku nak kau belajar cintakan aku kalau kau nak cuba teruskan perkahwinan ini.” Jawab Megat dan terus masuk ke dalam bilik air.

Hidni terdiam. Belajar cintakan Megat ? tapi… Megat juga perlu belajar mencintai aku ?


*****

“Selamat Pagi!!!” jerit Hidni sekuat mungkin. Terkejut Ibu dan Umi yang sedang menyiapkan sarapan.

“haish! Apa anak dara menjerit pagi-pagi ni ?” marah Ibu.

Umi dan Hidni tergelak kecil.

“ Megat dah bangun ?” soal umi yang amat mementingkan waktu solat anak-anaknya.

“dah. Tadi Hidni kejutkan, nasib Megat dengar cakap. Kalau tak dengar cakap siap!” gurau Hidni dan terus menyumbat roti bakar ke dalam mulut.

“Alhamdulillah, lepas ni bolehlah Umi harapkan Hidni jaga solat Megat. Untung Umi dapat menantu macam Hidni. Lega hati ni.” Puji Umi dan terus menggosok kepala Hidni. Hidni hanya tersenyum.

“Hidni ni bukan boleh harap sangat kak oiii… Kadang-kadang dia pon selalu terlepas subuh. Jenuh kita nak kejutkan pagi-pagi. Harap sangat lepas kahwin ni bolehlah dia bangun subuh , jadi isteri solehah.” Bebel Ibu.
Hidni mencebik muka mendengar ibunya memerli dirinya.

Umi ketawa. “ In Syaa Allah, Hidni boleh jadi isteri yang solehah.  Umi dapat rasakan yang Hidni dapat jaga Megat dengan baik. Kan Hidni ?”

“betul! In Syaa Allah. Hidni cuba. Ibu dan Umi tak perlu risau. Hidni akan cuba untuk jadi isteri yang solehah untuk Megat dan Hidni akan cuba jadikan perkahwinan ini bukan kerana terpaksa. Okay ?” 

Ibu terharu mendengar kata-kata Hidni.

“betul ?” soal Umi yang masih meragui.

Hidni mengangguk kepala.

“Alhamdulillah.” Ibu dan Umi serentak mengucap syukur. 

“Makanan dah siap ?” soal Ayah yang baru memasuki ruang dapur.

“ayah ni kalau datang dapur je tanya pasal makanan. Ayah dah gemuk tau, kata nak ada sixpack. Mana sixpacknya.” Bebel Hidni.

 “eleh! Kata ayah, kamu tu pon sama. Hidni si montel.”  Ejek ayah dan tersenyum sinis.

*****
“Megat!” panggil Hidni. Lama betul mamat ni bersiap.

Hidni yang terus membuka pintu bilik terkejut melihat Megat yang baru hendak menyarung t-shirt.

“Aaaa!!!”  Jerit Hidni dan terus menutup pintu bilik. Hidni menggosok dada. Kali pertama Hidni nampak lelaki tanpa baju secara live. Bahaya betul!  Sejak kahwin dengan Megat ni macam-macam kali pertama Hidni lalui. Apa lagilah yang  bakal datang agak-agaknya ?

Megat yang sedikit terkejut dengan jeritan Hidni hanya berdiam diri. Megat terus menyarung pakaiannya dan menghampiri pintu.

Pintu kembali dibuka dari dalam. Megat menarik Hidni masuk ke dalam bilik. Mata Hidni melihat tubuh Megat. Nasib Megat dah pakai baju kalau belum aku nak letak mana mata aku ni. Muka yang sedikit panas itu kembali menjadi suhu badan yang biasa.

“kenapa kau menjerit ?”

Hidni cuba mengelak dari bertentangan mata dengan Megat. “ aku terkejut tengok kau tak pakai baju.”

Megat ketawa kecil. “mulai sekarang kau kena biasakan diri kau tahu!”

“kenapa pulak ?”  tanya Hidni hairan.

“kau kan setuju nak cuba kekalkan perkahwinan ni so kau kenalah biasakan diri kau hidup dengan aku.” Beritahu Megat. Tangan Megat asyik mengatur rambutnya supaya tersusun kemas.

“oh! Wait! Tadi kau kata yang kalau aku nak kekalkan perkahwinan ni aku kene belajar cintakan kau ? habis, kau macam mana ? Kau pon kene belajar juga nak cintakan aku.” Hidni menghampiri Megat yang sibuk mengatur rambutnya dari tadi.

Megat hanya buat tidak tahu.

“weh! Mana adil! Aku sorang je kene cintakan kau, ini namanya cinta bertepuk sebelah tangan! Tak kira! kau pon kene juga cintakan aku! ” marah Hidni bila merasai Megat tidak berlaku adil apabila menyuruh dirinya belajar mencintai Megat tetapi Megat tidak perlu belajar mencintai dirinya.

Dengan serta-merta Megat menghampiri wajah Hidni. Hidni terkedu. Air liur sudah tersekat di anak tekak. Muka Megat benar-benar hampir dengan wajahnya. Megat tersenyum manis.

“iya sayang.” ujar Megat dengan pandangan mata yang sangat redup. Hidni mula menggenggam penumbuk. Jantungnya berdegup laju.


No comments :

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012