Followers

Tuesday 27 January 2015

On The Way Bercinta (bab 7)

Hari ini Hidni dan Megat bakal memasuki rumah baru mereka. Rumah ini adalah hadiah dari Ayah, Ibu dan Umi untuk Megat dan Hidni supaya mereka dapat memulakan hidup baru dengan lebih selesa. Kata Umi, rumah itu sudah dilengkapi perabot. Alhamdulillah, mudah sungguh urusan Hidni dan Megat untuk memasuki rumah baru. Oleh itu, Megat dan Hidni hanya membawa pakaian dan barang yang diperlukan sahaja.

“Kita dah sampai”

Hidni tersedar dari tidurnya. Hidni menggosok mata yang terasa sedikit gatal. Taik mata banyak ni~~~

“Turun.” Megat membuka pintu kereta dan terus membuka kunci pintu utama rumah dua tingkat itu. Hidni masih di dalam kereta dan masih cuba kembali masuk ke dalam realiti. Megat yang drive, dia pulak yang over letihnya.

“Hidni.” Panggil Megat dan terus ke belakang kereta untuk mengeluarkan segala isi di dalam bonet.

“ Iya ” Hidni melangkah keluar dari kereta. Matanya terbuka luas apabila melihat rumah dua tingkat yang agak mewah berada di hadapan matanya. Hidni memandang kolam ikan yang ada di tepi rumah. Mak aiii! Besarnya. Ini kalau aku ada anak ni, mahu anak-anak aku terjun mandi kolam. Aku ada anak ?

“Tolonglah angkat barang ni. Berangan pulak dia.” Ujar Megat yang lalu di hadapan Hidni. Kotak yang berat itu di angkat masuk ke dalam rumah.

Hidni menepuk dahi. “Oh! Sorry!”

Hidni dan Megat mula mengangkat barang masing-masing.  Hampir 10 minit, barang-barang yang di bawa dari rumah masing-masing berkumpul di ruang tamu.

“Penat!!!” jerit Hidni dan terus berbaring di atas sofa yang empuk. Sofa mahal memanglah empuk. Tudung di kepala dicabut. Panas! Dah pasang penghawa dingin ke belum ?

 “Penat apanya ? kau angkat 3 kotak je pon. Yang lain semua aku yang angkat.” 

“Hehe. Sorry, alaaa. Lagipon itu memang kerja suami. Isteri mana boleh angkat benda-benda berat.” Jawab Hidni tidak mahu mengalah.

Megat tidak menjawab.

“Mengantuknya~” Hidni menguap seluas mungkin.

“Kau nak sebilik dengan aku or asing ?” soal Megat yang duduk di atas sofa 1 tempat duduk sambil membelek handphone.

Hidni yang mendengar soalan Megat terus duduk menegak.

“Kenapa kau tanya soalan macam tu ?”

“ Aku tanya sebab aku tak nak buat kerja dua tiga empat kali. Nanti kalau aku dah campak barang kau dalam bilik lain nanti, menangis pulak suruh aku angkat masuk bilik aku. Nak tidur dengan aku!” kata Megat.

 “ Jangan perasan ehhh. Tak ada maknanya aku nak menangis bagai sebab nak tidur dengan kau. Eii! Please!”

“Cepatlah! Kau nak tidur asing or sekali ?” soal Megat sekali lagi.

 “ Kau ni ada tanya aku soalan macam itu. Aku rasa malulah bila kau tanya soalan macam tu.” Hidni mengikat rambutnya menjadi sanggul.

“ Nak malu kenapa pulak ?”

“ Iyelah, nampak sangat aku ni bukan isteri yang baik dan aku tak terima perkahwinan ni dengan rela.” Jawab Hidni.

“Habis itu kau nak tidur dengan akulah ini?”

Hidni menggeleng. “Kita tidur asing!”

Megat mengeluh. “ Acah-acah je kau kan.”

“Hehe. Aku tak ready lagilah. Slow-slow lah.” Hidni memberi alasan.

“Okaylah. Aku naik dulu. Barang kau , kau angkat sendiri.” Megat mula mengangkat kotaknya dan apabila mahu melangkah. Hidni tiba-tiba menghalang laluan Megat.

Megat mengangkat kening tanda ‘apa ?’

“Kenapa depan ayah, ibu dan Umi, kau cakap guna ‘saya awak’ tapi belakang diorang kau cakap ‘aku kau’ ?” Hidni berpeluk tubuh. Matanya memandang tepat bola mata Megat.

Megat sedikit gementar. Megat mengelak daripada memandang bola mata Hidni. Jantungnya kembali berdegup kencang.

“Berat ini! Tepilah”

“Jawab dulu, baru aku bagi kau naik atas” Hidni mendepakan tangan menghalang laluan Megat.

“Kau ini macam-macamlah. Mestilah aku guna ‘saya awak’ depan diorang. Takkanlah aku nak guna ‘aku kau’ pulak depan diorang. Kita pon cakapkan yang kita nak try kekalkan perkahwinan ini so aku hanya cuba yang terbaik di depan mata diorang. The end!”



Hidni mencebik dan memberi laluan pada Megat. Megat memulakan langkahnya dan berhenti seketika dan menoleh.

“Kau nak kita guna ‘saya awak’ ke ?”

Hidni menggeleng. “ Taklah. I’m not ready. Kita hanya guna  ‘saya awak’ bila depan orang lain sahaja. Antara kita no ‘saya awak’ Ok?”

Megat terus melangkah menaiki tangga dengan perasaan geram dan menjerit sekuat hati. “Angkat barang tu cepat!!!!!!”

Hidni terperanjat mendengar jeritan Megat. “Dah kenapa nak menjerit-jerit.”

*****

Selesai solat berjemaah bersama Megat. Hidni terus masuk ke dalam bilik mengemas barang-barangnya. Megat pula sudah mula menyiapkan assignment yang tergendala. Maklumlah, esok lusa dah nak mula hadir ke kelas. Masing-masing berkurung di dalam bilik sehinggalah lewat malam.

“Ahhh~~~” Hidni menguap dan mengerling jam dinding yang berbentuk bulat. Jarum jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Mata Hidni memandang setiap ruang di dalam biliknya. Semuanya baru dan sunyi!

“Aku try tidur dulu, kalau tak boleh tidur terpaksalah aku pergi bilik Megat.” Ngomel Hidni seorang diri. Hidni cuba memejamkan matanya tetapi apabila dia memejamkan matanya keadaan biliknya makin menjadi sunyi. Bulu roma Hidni mula berdiri tegak.

Hidni yang terasa begitu takut, terus membuka matanya. Kemudian, Hidni terus mencapai bantal busuknya dan handphone. Penghawa dingin di tutup selaju mungkin. Dengan kepantasan setahap Usain Bolt, Hidni terus berlari keluar dari bilik dan terus berlari ke bilik Megat. Lampu biliknya di biarkan menyala. Lantak kau lahhh~~~ Bukan aku yang bayar bil.

*****

TOK! TOK! TOK!

Dalam beberapa saat, pintu di buka dari dalam. Kelihatan bilik Megat sudah gelap dan hanya di terangi lampu tidur sahaja.  Megat terkaku sebaik saja membuka pintu. Megat sedikit terkejut melihat Hidni yang berpakaian benar-benar terdedah bagi dirinya.

Mata Megat mula menganalisis tubuh Hidni. Hidni nampak agak seksi dengan berpakaian seluar pendek atas lutut dan singlet bertali halus. Hidni mengetap gigi melihat mata Megat yang hampir terkeluar melihat tubuhnya.

“Kau tengok apa ?!” marah Hidni. Perut Megat di cubit.

“Aww!” Megat mengaduh sakit. Dia kembali ke dalam realiti.

“Kau kenapa malam-malam buta datang bilik aku ?”

Hidni mula berlagak comel. “Nak tidur dengan kau boleh ?”

“Tadi belagak sangat sekarang nak tidur dengan aku pulak. Kau ni buang tebiat ke apa?”

“Alaaaa, bolehlah. Aku tak beranilah nak tidur bilik tu. Rumah ni baru sangat. Seramlah.” Hidni  mengoyang-goyangkan badan sambil memeluk bantal busuk dan tersenyum comel ibarat kanak-kanak yang comel menikmati aiskrimnya.

Tiba-tiba tekak Megat terasa kering. “Tapi….”

“Tak payah tapi-tapi. Jom kita tidur. Aku mengantuk sangat ni” Hidni terus menolak Megat ke dalam bilik. Pintu bilik Megat di tutup rapat. Kemudian, Hidni terus berjalan menghampiri katil dan berbaring. Selesanya!

Hidni perasan akan Megat yang seakan-akan segan silu dengan sikapnya.

“Weh! Sinilah, Tidur. Tak payah malu-malu kita dah kahwin dah pon. Jom! Tidur.” Ujar Hidni selamba. Ruang kosong di sebelahnya di tepuk-tepuk memanggil Megat.

‘Kau cakap senanglah, kau bukan lelaki. Aku ini lelaki dan aku bernafsu.’ Ngomel isi hati Megat.
Megat perlahan-lahan menghampiri katil dan terus mengambil tempat untuk tidur.

“Ha~ macam itulah. Meh, aku selimutkan badan kau.” Hidni terus menarik comforter menutupi tubuh Megat. Megat hanya membiarkan sahaja.

“Kau ni memang berani kan ?”

“Ah? Berani ?” Hidni mengerut dahi. Dia tidak faham dengan soalan Megat.

“Iyelah. Pakai pendek-pendek macam tu , masuk bilik aku. Nak tidur dengan aku. Kau tak takut ?”soal Megat cuba menakutkan Hidni.

“Nak takut apanya, engkau je pon” Hidni ketawa seronok.

Megat menggaru kepala. “Susah betul cakap dengan kau. Otak bersih sangat.”

Tiba-tiba suasana bilik jadi senyap. Hidni dan Megat masing-masing berdiam diri. Seakan-akan mereka cuba mencari topik yang sesuai untuk berborak.

“Megat, agak-agak kaulah. Kau rasa aku boleh tak belajar mencintai kau  ?”

“Kalau aku kata kau boleh ?” Megat melontarkan soalan. Dia tidak mahu memberi jawapan kerana dia sendiri tidak tahu isi hati Hidni yang begitu kental untuk jatuh hati pada lelaki.

“Kalau aku fall in love dengan kau. Untunglah kau. Tapi macam mana kalau kau tak fall in love dengan aku, kau still nak teruskan perkahwinan ni ?”

Megat menoleh memandang Hidni. “ Aku akan teruskan perkahwinan ni.”

“Kenapa ? kau bukan fall in love dengan aku pon. Kau sanggup ke nak teruskan perkahwinan ni tanpa rasa cinta ?”

“Tidur, jangan banyak bunyi. Aku mengantuk.” Megat terus memejamkan mata dan pekakkan telinga.

“Jawablah dulu soalan aku.” Hidni menggoncang bahu Megat.

Megat tidak memberi sebarang tindak balas.

“Okay. Tak apa Megat.” Hidni kemudian terus beralih mengereng menghadap lampu tidur. Sakit hati pulak Megat tidak menjawab soalannya. Eh? Yang aku ni pulak kenapa beria-ria sangat nak tahu ?



1 comment :

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012