Followers

Tuesday 6 January 2015

On The Way Bercinta ( bab 2)

Hidni mula resah dan mula menggigit hujung bibir. Matanya asyik berkeliaran melihat dipagar rumah. Hatinya berdebar menanti kemunculan Megat.

“mana kau ni Megat ?” Hidni mengerling jam tangan. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 8.15 p.m.

“Assalamualaikum!” Megat memberi salam dan terus menuju ke arah  Hidni yang berdiri tegak di hadapan pintu utama rumah banglo itu.

Terjegil mata bulat Hidni kerana terkejut dengan kehadiran Megat yang lambat 15 minit. 

“Waalaikumussalam.”

“Kenapa kau lambat ?” soal Hidni dan terus menarik lengan baju Megat masuk kedalam rumah.

Megat tidak dapat menjawab soalan Hidni kerana dirinya sudah terdorong ditarik Hidni supaya masuk ke dalam rumah.

Megat hanya mengikut Hidni. Sampai sahaja di ruang tamu, Megat menelan air liur. Ha! Sudah apalah yang kau rancangkan ni Hidni. Megat sudah rasa tidak senang.

“Ehm, ibu! Megat dah sampai.” Ujar Hidni.

Ibu yang dari tadi asyik sembang dengan Mama Faizul menoleh memandang Hidni dan tersenyum. “Megat dah sampai ? Lamanya tak nampak Megat. Umi macam mana ? Sihat ?”

Megat sedikit terkejut dengan suasana di ruang tamu itu. Sebenarnya bukan Ibu sahaja yang memandangnya tetapi mama Faizul, Faizul dan termasuklah Ayah Hidni sedang memandang dirinya.

“Alhamdulillah sihat. Umi kirim salam, ni ada sikit Umi bagi.” Megat menghampiri Ibu dan terus menghulurkan bekalan yang dibawa dari rumah.

Ibu menyambut bekalan itu dan terus menjawab salam. Rindu pula pada jiran lamanya. “Waalaikumussalam, marilah duduk sekali. Ini makcik ada buatkan kuih sikit. Duduk-duduk.”



Megat terus menjalankan tugasnya sebagai pemuda yang menghormati orang tuanya. Megat menyalam kaum Adam yang berada di ruang tamu itu. Sampai sahaja pada Faizul, Megat menggenggam dengan kuat. Geram pulak aku dengan mamat ni.

“kenapa kamu datang ke mari Megat ?” soal Ayah.

Megat mengerling Hidni. “ehmmm… “

Belum sempat Megat ingin memikirkan jawapan. Hidni pantas mencelah. “Hidni yang jemput. Sebenarnya Hidni ada sebab jemput Megat datang sini.”

“Sebab ?” soal Ibu ingin tahu.

Mama Faizul dan Faizul hanya memerhati.

Hidni mengangguk sambil memandang Megat. Megat melarikan mata dan tersenyum palsu kepada mereka yang duduk di ruang tamu. Dia sendiri tidak tahu apa yang dirancangkan Hidni. Jadi lebih baik dia diam dan tunggu apa yang akan berlaku.

“Hidni jemput Megat malam ni sebab Hidni nak kenalkan pada makcik yang Megat ni teman lelaki saya dan saya tak nak kahwin dengan Faizul. Saya minta maaf ye makcik. Saya memang tak nak kahwin dengan Faizul” terang Hidni.

“Hidni , apa ni ? kenapa buat macam ni ?” soal Ibu. Ayah disisi hanya memerhati  kerana malas hendak campur tangan. Ayah pon tidak berminat ingin bermenantukan Faizul. Dia sendiri pon tidak mengenali Faizul jenis orang yang macam mana. Kalau Megat, ayah kenal sebab sebelum ni kan mereka berjiran.

Megat terkedu dengan apa yang dilontarkan dari mulut Hidni. Aku ? Aku ? teman lelaki dia ? ooo~~~ ini petanda baik ke tidak ni ?

Faizul disisi mamanya hanya tersenyum seronok.

“kamu dah ada teman lelaki ? mak cik betul-betul tak tahu” tanya mama Faizul.

“kan Faizul dah bagi tahu mama. Mama yang tak nak percaya. Hidni memang dah ada boyfriend lah.” Jawab Faizul bagi pihak Hidni.

“maafkan saya ye makcik. Saya nak kahwin dengan Megat bukan Faizul.” Tambah Hidni.

Megat dihujung sofa sudah bagaikan terkena panahan petir. Jantungnya seakan mahu berhenti berdegup. Nak kahwin pulak~ Rasa nak rebah jatuh ke lantai sekarang.

Ayah tersenyum melihat muka Megat yang berubah seakan-akan menahan debaran. Ayah menepuk bahu Megat. Megat hanya tersenyum palsu.

“kalau macam tu tak apalah. Makcik balik dulu ye. Jom Faizul.” Mama Faizul terus menarik Faizul untuk pulang ke rumah.

Ibu yang sedikit risau kerana kata-kata Hidni mungkin sudah menyakitkan hati Mama Faizul mula bangun mengejar langkah mereka dihadapan.

“siti! Aku minta maaf ye, aku tak sangka pulak yang Hidni jemput teman lelakinya. Maafkan aku ye.” Ujar Ibu.

Mama Faizul tersenyum. “tak mengapalah. Tak ada rezekilah aku nak jodohkan anak kau dengan anak aku tu. Aku balik dululah ye.”

“iyelah.” Ibu dan Mama Faizul bersalaman.


*****

“kenapa ni Hidni, kamu datang bawa Megat datang sini tiba-tiba kata dia teman lelaki kamu ? Kita boleh tolak pinangan tu elok-elokkan.” Tegur ibu.

“makcik maafkan saya ye.” Ujar Megat yang rasa bersalah kerana Ibu terasa hati dengan sikap Hidni.

“mana ada Hidni tipu. Betullah! Hidni dengan Megat memang bercinta. Tak percaya, ibu tanya ayah!”

“abang, betul anak dara kita dengan Megat bercinta ?” ibu memegang tangan suaminya.

“iye. Megat tu memang betul-betul sukakan Hidni.” Jawab ayah.

Megat hanya tersengih.

Hidni mengangkat kening. Kenapa dengan dua orang ni? Macam lain je. Apa yang ayah cakap tadi tu betul ke ?

“ha! Tengok ayah pon cakap betul. Ibu je yang tak nak percaya.” Tambah Hidni lagi.

“betul Megat ?” soal ibu yang sedikit gusar.

“betul makcik.” Jawab Megat tenang.

“so bila kamu nak kahwin ?” tanya ibu lagi.

Hidni menelan air liur. “ hmmm…”

“awak ni cepat sangat kenapa ? Mereka berdua ni masih belajar lagi. Bagilah diorang masa dulu.” Ayah cuba mempertahankan Hidni dan Megat.

“betul cakap ayah. Kan Megat kan  ?” Hidni memandang Megat.

“betul. Hmmm. Betul” Megat hanya mengikut sahaja.

“kalau macam tu, ibu bagi masa. Tapi seelok-eloknya ibu nak kamu kahwin awal. Ibu tak nak anak ibu terjebak dengan berzina. Faham ?”

Hidni dan Megat hanya mengangguk. Ayah tersenyum penuh makna. 

*****
“ Hidni, kau sebenarnya sedang menambah masalah.” Ujar Megat dengan kepura-puraan.

“okay. Okay. Nanti aku akan plan apa yang patut aku buat. Bila aku dapat idea aku call kau. Kau relax je. Okay ?” Hidni cuba menenangkan Megat yang sudah sedia tenang dari tadi.

“sudahlah aku balik dulu. Penat layan kerenah kau.”

“kau janganlah marah. Benda boleh settle. Nanti aku cakap je dekat ibu yang aku dengan kau dah putus. The end!”

“senangnya kau cakap. Tak baik tau kau mainkan hati ibu kau.” Megat membuka pintu kereta dan terus menurunkan tingkap.

“hari raya nanti aku minta maaf balik.”

Megat mencebik. Minah sorang ni asyik nak fikir benda senang sahaja.

“Megat, kau ada cakap apa-apa ke dengan ayah ? Ayah macam lain macam je. Dia macam tahu something lah.” Hidni mengaru pipinya yang digigit nyamuk sebentar tadi.

Megat mengangkat bahu tanda tidak tahu dan terus masuk kedalam isi perut kereta. “entah, aku pon rasa macam ayah kau tu tahu something.”

“kan ?!”

“okaylah weh. Aku balik dulu, kau masuk rumah cepat. Dari tadi aku tengok kau tergaru-garu. Nyamuk banyak ni. Masuk rumah cepat.” Arah Megat.

“uuuu~ caring abang kita sorang ni. Iyelah! Bye! Assalamualaikum. Drive elok-elok! ” Hidni terus melangkah masuk ke dalam rumah. Hidni juga tidak tahan dengan nyamuk yang asyik mengigit dirinya untuk mendapatkan darah manisnya.

Megat hanya menghantar tubuh Hidni masuk kedalam rumah dengan bola matanya. “Waalaikumussalam.”


No comments :

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012