“Pagi” ujar Megat sebaik sahaja turun tangga. Hidni hanya
mengekori dari belakang. Masih terkejut dengan kejadian sebentar tadi. Berani juga Megat mendekati Hidni serapat itu.
Tahulah aku baru nak belajar bercinta dengan dia, tapi tak payahlah nak ambil
kesempatan. Haish!
“pagi!” balas Diana dan kembali memandang telefon bimbitnya.
“ha! Megat mari makan.” Pelawa Ayah yang sudah sepinggan
nasi lemak dihabiskan.
Megat tersenyum dan terus menghampiri meja makan untuk
mengambil tempat duduk. Megat mengerling Hidni yang lain macam rupanya.
Seakan-akan masih terkejut dengan tindakan yang dilakukan didalam bilik tadi.
Takkan terkejut sangat sampai terdiam terus.
Hidni hanya berdiam diri dan terus mengambil tempat
disebelah Megat. Pinggan kosong di ambil
dan terus diisi makanan yang ingin dimakan. Megat di sebelah tidak di
pedulikan.
“Hidni, kamu dah kahwin. Dah ada suami, hidangkan makanan
untuk suami tu.” Tegur Ibu yang perasan akan kelakukan Hidni.
Umi ketawa kecil. “haish, tak apa. Megat boleh ambil
sendiri. Hidni tak biasa lagi tu, baru semalam kahwinnya.”
“sorry.” Ujar Hidni dan cuba bangun untuk menghidangkan
makanan kepada Megat tetapi Megat pantas lagi menghalang Hidni.
“it ok. Biar saya yang buat, saya ada tangan kan ?” Megat
tidak teragak-agak untuk menceduk nasi dan sambal tumis ikan bilis. Sedap!
Sudah lama Megat tidak makan nasi lemak yang di masak di rumah.
Hidni tersenyum sumbing. Seakan tidak tahu untuk berbuat
apa.
“siapa yang masak ni ?” soal Ayah ingin tahu.
“Hidni yang masak abang, kenapa ?” jawab ibu.
Ayah tersenyum bangga. “pandai anak ayah masak.
Alhamdulillah, tak adalah Megat mati kebuluran nanti.”
“dengar tu.” Hidni menjeling Megat.
Megat ketawa. “ haha. In Syaa Allah, Megat takkan mati
kebuluran kalau Hidni masak sesedap ini. Diana, tengok ni isteri aku pandai masak. Kau ado ?”
Diana mencebik. “ tak payah bajet sangat eh, tadi aku yang
tolong Kak Hidni goreng ikan bilis tu. Ikan bilis yang masuk dalam perut kau
tu, akulah yang goreng tau.”
“setakat goreng ikan bilis, budak kecil pon boleh buat. Kau
bila nak pandai masak ? Umur dah makin tua, apa pon still tak boleh buat.” Kutuk
Megat.
“Megat, jangan sakat adik kamu tu” tegur Umi.
Diana mengigit bibir. “ nanti aku nak kahwin aku belajarlah
masak.”
Ayah hanya makan sambil membaca surat khabarnya. Dia tidak
mahu masuk campur hal adik-beradik di hadapannya ini.
“siapa nak kahwin dengan kau ?” sindir Megat.
Diana mengangkat garpu ditangannya. “ eiii! Aku baling garpu
ni nanti.”
“EH! Dua orang ni, depan rezeki pon nak bergaduh. Aku ketuk
sorang-sorang nanti. Makan!” marah Umi.
“sabar ye kak, biasalah tu adik-beradik bergaduh manja.” Kata
Ibu.
“siapa nak manja dengan kau ?” Diana menjeling Megat. Geram!
Megat menjelir lidah pada Diana. Megat teramat suka menyakat
adiknya.
“sudah~~~” sekali lagi Umi menegur Diana.
“Esok-esok Hidni adalah kawan nak bergaduh kan ? Bolehlah
Diana rajin datang ke rumah, berkawan dengan Hidni. ” soal Ibu.
Hidni yang berdiam diri dari tadi. Mengangkat muka dan
tersenyum.
“Kak Hidni, nanti kita gossip girl-girl ok ?” gurau Diana.
Hidni ketawa. “orait!”
“ajak aku sekali~” celah Megat.
*****
“Umi, Ayah dan Ibu. Megat nak beritahu yang walaupon
perkahwinan ini tidak dirancang dan secara terpaksa. Megat nak Umi, Ayah dan
Ibu tahu. Hidni dan Megat akan cuba kekalkan perkahwinan ini seperti pasangan
suami isteri yang lain.” Terang Megat yang duduk di hujung sofa.
“betul Hidni ?” soal Ibu. Ayah disisi hanya tersenyum
gembira.
Hidni disebelah Megat hanya mengangguk tanda setuju.
“Alhamdulillah, Allah
makbulkan doa Umi.” Umi tersenyum gembira.
“ kami berdua akan
cuba pupuk rasa kasih sayang di antara kami dan kami akan cuba belajar menerima
satu sama lain.” Ujar Hidni dan terus menggenggam tangan Megat.
Megat sedikit terkejut dengan tindakan Hidni. Dah berani
pegang aku dah~
“maknanya boleh lah Umi dan ibu minta cucu dari kamu berdua
?” minta Umi secara tiba-tiba.
Hidni dan Megat terkedu. Habis!
“ehmm, pasal cucu tu kami berdua masih belum berbincang.”
Megat cuba mencari alasan.
Hidni mengangguk. “ kalau kami berdua dah rancang dan
betul-betul bersedia. Kami akan cuba bagi cu.. cu…cucu..cucu! pada Ibu, Ayah
dan Umi.”
Ibu tersenyum gembira. “ kita bakal dapat cucu.”
Hidni menelan air liur. Aku tak fikir lagi sampai ke situ.
Diorang dah fikir. Macam mana ni ?
“Megat, peluang hanya datang sekali. Try your best.” Kata ayah tiba-tiba.
Megat tersenyum kelat. Hidni memandang Megat sebaik saja
mendengar kata-kata Ayah. Kenapa dengan dua orang ni ?
*****
Sudah 2 hari Megat dan Hidni duduk di rumah keluarga Hidni.
Mulai hari ini adalah giliran Megat dan Hidni pula menginap di rumah keluarga
Megat. Minggu depan barulah mereka boleh pulang ke rumah mereka sendiri.
“sayang ibu!” Hidni memeluk ibu seerat mungkin.
“sayang Hidni jugak. Nanti Ibu mesti rindu anak ibu yang
sorang ni. Duduk rumah orang jaga ada tau.” Pesan ibu. Tubuh Hidni di peluk
dengan penuh kasih sayang.
“ayah tak nak peluk ?” gurau Ayah.
Hidni ketawa dan terus memeluk Ayahnya. “nanti tak ada siapa
nak gaduh dengan Ayah. Ayah kalau dah bosan sangat, ayah gaduhlah ye dengan
Ibu. Hidni izinkan.”
“haish! Cakap yang bukan-bukan.” Ibu menampar lengan Hidni lembut.
“gaduh-gaduh manja ajelah.” Hidni menghuraikan pelukan untuk
memberi ruang Megat pula bersuara.
“Ayah, Ibu. Kami semua minta diri dulu ye.” Ujar Megat dan
terus menyalami kedua mentuanya.
“Megat, jaga Hidni elok-elok ye.” Pesan Ayah dan terus memeluk
Megat.
“In Syaa Allah.”
“terima kasih ye untuk makan minum.” Ucap Ibu dan meenghulur
tangan untuk menyalami ibu.
“sama-sama. Tak ada apalah kak oii, rajin-rajinlah singgah
sini. Lama dah tak berborak macam dulu-dulu waktu kita berjiran.” Ibu rindu
akan waktu Umi baru sahaja pindah ke rumah sebelah. Mereka rajin berkongsi
cerita, masakan dan masalah. Kini tidak lagi selepas arwah ayah Megat
meninggal. Mereka terus pindah ke rumah lain.
“In Syaa Allah.”
*****
“kau kenapa ?” tanya Megat yang baru masuk ke biliknya.
Megat menghampiri Hidni yang sedang berbaring di atas katil sambil bersedih dan
mengambil tempat di sebelah Hidni.
“aku rindu Ibu. Aku rindu ayah.” Hidni mengelap air mata
yang mengalir jatuh ke pipi. Matanya merah kerana menangis rindukan kedua orang
tuanya.
Megat
menggaru kepala yang tidak gatal. “ laaaa… aku ingatkan apa tadi. Kenapa sensitive
sangat ni ? Nanti kalau kita ada masa, kita pergilah melawat diorang. Dah
jangan nangis.”
Hidni masih
menangis. Bantal yang dipeluk dari tadi di campak ke lantai. Perlahan-lahan
kepala Hidni mendarat di atas bahu Megat. Megat hanya berdiam diri. Dia takut
Hidni dapat mendengar jantungnya yang sedang berdegup kencang.
“aku tak
pernah jauh dari ibu dengan ayah. Last aku jauh dengan ibu dan ayah waktu kita
pergi camp dekat sekolah tu. Itu pon pergi selama dua hari tinggalkan ayah dan
ibu, buat jiwa aku tersesak tahu tak ?!” Suara Hidni sudah bertukar sedikit
serak dek terlalu banyak menangis. Inilah contoh anak manja yang terlampau.
“alahai, aku
kan ada ni ha~” balas Megat sambil menggosok kepala Hidni. Hidni tidak membalas
apa-apa. Dia hanya membiarkan air matanya mengalir. Haish, tak sangka secepat
ini dirinya berkahwin dan tinggalkan kedua ibu bapanya. Ini terlalu awal tapi
perkahwinan ini harus di teruskan juga.
Tanpa sedar
Hidni terlelap di atas bahu Megat. Megat terus mengubah posisi Hidni supaya
berbaring elok di atas katil. Perlahan-lahan Megat cuba mendekati wajah Hidni
dan tanpa teragak-agak, dahi Hidni di cium dengan penuh kasih sayang.
2 comments :
Menarik...
Terima kasih.
Post a Comment