Followers

Tuesday 6 January 2015

On The Way Bercinta (bab 3)

“ Kau ni tak faham bahasa ke ?!” tengking Intan.

Faizul tersentap.

“aku dah tak suka kau! Kau pergi blah lah! Nak kejar-kejar aku apa lagi ?!” marah Intan. Matanya hampir saja menikam mata Faizul. Geram Intan melihat sikap Faizul yang sering mengganggu dirinya. Dah orang tak suka pergilah jauh-jauh.

“saya sukakan awak, saya cintakan awak. Saya tahu awak sukakan Megat tapi Megat tak sukakan awak! Dia sukakan Hidni. Berhentilah sukakan Megat, datang pada saya. Saya betul-betul cintakan awak Intan.” Terang Faziul seikhlas hatinya.

“pergi mampus lah kalau dia sukakan si perempuan tu pon. Aku takkan mengalahlah nak rampas Megat dari dia. Aku akan cuba sampai aku dapat. Aku tak larang kau cintakan aku tapi kau jangan dekat dengan aku. Aku tak suka, faham! Aku tak suka kau!”  membara hati Intan melihat wajah Faizul yang tidak sekacak Megat.

“kau! Ingat ni, kau takkan dapat aku sampai bila-bila. Ingat tu, kau tak layak untuk aku. Jujur aku cakap kau memang tak layak untuk aku.” Tambah Intan.

Baru saja Intan ingin melangkah pergi, Faizul pantas menggenggam tangan Intan dan berkata. “ Intan, kau dah cabar aku. Kita tengok siapa yang menyesal.”

Faizul melangkah pergi dengan senyuman penuh makna.

*****

“Megat!” sapa Faizul.

Megat mendongak. “mmm kau, ada apa ?”

“kau dengar aku cakap eh ?”

Megat tersenyum. “serious sangat  ni kenapa ? Selalunya kau datang nak ajak gaduh sebab Intan payung kau tu.”

“dengar ni, aku nak kau sabar je. Walau apa pon yang terjadi, anggap itu satu kebaikan daripada aku untuk kau. Okay! Bye bro!” ujar Faizul dan terus melangkah pergi.

Megat mengangkat kening. “ kau dah kenapa Faizul ?!”

Faizul hanya melambai tangan dan laju kakinya melangkah pergi.

*****
“weh! Ni Megat suruh aku bagi dekat kau.” Syikin menghulur sepucuk surat kepada Hidni.

“sejak bila wayar kepala Megat putus ni ajak main surat-menyurat ni. Zaman dah canggih pon ajak main kertas-kertas.” Bebel Hidni. Tangan masih menyambut kertas yang diberikan oleh Syikin.

“weh! Main surat-menyurat nilah yang romantik kau tahu tak ? Itulah kau tak pernah bercinta waktu kecik-kecik. Sekarang baru nak merasa bercinta guna surat. Ceh!” perli Syikin dan terus menghirup air teh o ais yang berada dihadapannya.

Hidni menjeling. “  Megat nak bercinta dengan aku apa benda nya pulak, aku dengan dia kawan tau. Sahabat sejati. Tak ada maknanya aku nak bercinta dengan dia. Lagipon kau kene faham, aku bukan hati lembut nak bagi orang masuk dalam hati aku ni sesuka hati. Lainlah macam kau, semua laki dalam U ni kau bagi masuk.”

“haip! Haip! Bukan semua ok, segelintir sahaja.”

“samalah tu.” Balas Hidni dan membaca isi dalam kertas tersebut.

= Hidni, jumpa aku malam ni dekat taman permainan rumah kau pukul 12 malam, ok ?=

“apa Megat tulis ?” Syikin cuba mencuri pandang kertas yang dipegang oleh Hidni.

“nah! Bacalah.” Hidni memberikan kertas itu kepada Syikin.

Syikin mengerut dahi. “ Apahal Megat ajak jumpa kau malam-malam buta dekat taman?”

Hidni menghirup air dan berkata. “ nak ajak aku date lah tu”

"tadi kata kau dengan Megat tak bercinta~" 

"kitorang memang tak bercinta tapi kitorang teman tapi mesra-mesra." ujar Hidni dan ketawa seronok.

*****

“Megat! Hidni ada bagi aku surat suruh bagi dekat kau.” Faizul menghulur sepucuk surat.

“Surat ? tadi dia baru je whatapps aku. Kenapa bagi aku surat ?”  Megat mengerut dahi.

Faizul mengangkat bahu. “entah, Aku blah dulu ye.”

“ok.” Megat membuka surat yang berwarna putih bersih itu.

= Megat, kita jumpa malam ni dekat taman permainan rumah aku, pukul 12 malam. Ok ?=

Megat mengigit bibir. Tangannya mencapai Iphone 5 dan terus menghantar whatapps pada Hidni.

MEGAT -  jumpa malam ni.

Ting!

HIDNI – jumpa malam ni.

*****

Hidni jalan seorang diri menghampiri kerusi di taman reakrasi itu. Hidni hanya berpeluk tubuh kerana ditiup angin yang kuat. Seram pulak bila melihat taman ini gelap gelita dan hanya diterangi beberapa lampu kuning. Hanya Hidni seorang saja yang berdiri di kerusi panjang taman itu dengan penuh rasa takut. Handphone di tangan di genggam seerat mungkin.

"mana Megat ni ?" soal Hidni sedikit takut. Bola matanya bergerak ke kiri ke kanan mencari tubuh Megat.


Megat hanya tersenyum melihat Hidni yang berdiri tegak berpeluk tubuh menunggu dirinya. Tangan setia didalam poket mengelak tangannya daripada terkena angin malam. Sejuk cuaca malam ni. 

"Megat!" panggil Hidni sebaik saja ternampak tubuh Megat yang berjalan menghampiri dirinya.

"kenapa kau nak jumpa aku ?" soal Megat sebaik saja menghampiri Hidni.

"hah ? aku nak jumpa kau ? mana ada. aku datang sini sebab kau yang suruh aku datang " Hidni menghampiri rapat dengan Megat kerana suasana yang sunyi ditaman itu agak menakutkan dirinya.

"hmmm ? tadi siang kau yang bagi aku surat kan ? suruh aku datang sini jumpa kau." Megat mula merasa curiga. Matanya mula memerhati sekeliling taman. Pasti ada yang tidak kena. 

Megat mengeluarkan surat yang diberikan oleh Faizul. Hidni merampasnya dan terus membaca. Tulisan dan ayat hampir sama dengan surat yang dia terima siang tadi. 

"oh! aku pon dapat! tapi dah buang. kau yang bagi kan ?" soal Hidni.

Megat menggelengkan kepala dan tangan menggosok rambut belakang.  "aduhai~ Faizul kenakan kitalah."

"Faizul ? kenapa ? aku tak faham."

"Faizul kenakan kita. Kau dapat surat macam ni kan ?"

Hidni mengangguk. "ha..ah"

"surat tu bukan aku yang bagi. Orang lain yang bagi." Megat mengambil tempat duduk di kerusi panjang hak milik awam itu.

Hidni juga turut mengambil tempat duduk. "orang lain ? siapa ?"

"Faizul yang bagi. Aku pon dapat surat macam kau dapat tu. Faizul dah kenakan kita." terang Megat dengan tenang.

Hidni menggenggam penumbuk. " kurang ajar punya mamat. Apa motif dia nak kenakan kita ? Hish!" 

Megat terus bangun dari tempat duduk sebaik saja terfikirkan sesuatu. "Hidni! jom kita balik, cepat!"

"Kenapa ? Lepaklah dulu!" ajak Hidni.

"kau ni, kenapalah lembap sangat. Kau nak kita kene kahwin free ke ?" soal Megat. 

"kenapa pulak nak kahwin free ?" soal Hidni hairan.

"Astaghfirullahhalazim!" istighfar satu suara garau.

Hidni yang terkejut dengan satu suara garau itu terus memeluk lengan Megat serapat-rapatnya. Megat juga terkaku dengan tindakan Hidni. 

"apa kamu berdua buat ni ?" soal seorang lelaki yang berpakaian jubah putih dan di belakangnya terdapat sekumpulan lelaki daripada Jabatan Agama Islam.

Megat menelan air liur yang pahit. Hidni tercengang. 


No comments :

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012