Followers

Tuesday 6 January 2015

On The Way Bercinta (bab 4)

Umi memegang kepala yang terasa begitu berat. “apa yang Megat buat ni sayang ?”

“umi! Umi percayakan Megat kan ? Megat takkan buat benda-benda macam ni lah. Ada orang yang kene kan Megat” Megat cuba menenangkan Umi.

Hidni dari tadi diam di kerusi disisi Ibu. Tidak langsung memberi sebarang riaksi dan dia tidak berani memandang muka ayah dan ibu nya.  Jantungnya dari tadi berdebar tanpa henti.

“Megat, umi tak tahu nak cakap apa. Umi pening sangat-sangat.  Astaghfirullahalazim.” Umi hanya duduk lemah di atas sofa. Kepalanya benar-benar sakit. Umi memang percayakan anaknya tidak melakukan perkara sebegitu tetapi jikalau Megat benar-benar melakukannya, bagaimana ? Pasti hati ini hancur kerana tidak pandai menjaga anak dengan didikan yang betul.

“Umi, Megat betul-betul tak buat! Percayalah~ Umi.”  Megat hanya menggenggam erat tangan Uminya.

“kita kahwin kan diorang ye kak ?” cadang ayah yang begitu tenang. Ayah  benar-benar tidak merasakan Megat akan melakukan perbuatan terkutuk itu. Dia tahu Megat seorang budak yang baik. Memang benar Megat pernah berceritakan yang dia benar-benar sukakan Hidni dan Megat juga pernah berjanji yang dia akan menikahi Hidni dengan cara yang betul, bukan cara yang seperti ini. Ayah teringat akan peristiwa sewaktu keluarga Megat masih menjadi jirannya. Megat pernah berkongsi cerita tentang dirinya yang sudah terpikat dengan anak dara Ayah. Ayah hanya tersenyum mendengar kisah cinta Megat. Dia tidak melarang Megat kerana dia juga sudah terpikat dengan sikap Megat yang bertanggungjawab dan penyayang. Cukuplah dengan cara melihat dia menjaga Umi dan adik perempuannya.

Umi mengganguk lemah. “ nampaknya macam tulah, Bahar.”

Hidni dan Megat berpandangan. Megat sudah mula rasa bersalah. Iya! Benar Megat memang mahu menikahi Hidni tetapi bukan dengan cara yang sebegini. Dia mahu menikahi Hidni dengan cara yang betul bukan dengan cara ditangkap basah seperti yang dirancangkan oleh Faizul.

“tapi…” Megat cuba bersuara.

Umi menarik tangan Megat supaya berdiam diri.

“kamu kahwin je dengan Hidni. Makcik dan Pakcik tak marah sebab kami berdua tahu macam mana Hidni dan macam mana sikap kamu. Kamu kahwin je dengan Hidni ye, Megat ?” ibu bersuara perlahan.

Megat terdiam. Matanya hanya memandang Hidni yang dari tadi tunduk tanpa bersuara.

Hidni hanya menahan air mata. Dia mahu bersuara untuk mempertahankan yang dia dan Megat tidak bersalah tapi dia takut melihat ayahnya yang hanya tenang duduk disofa tanpa meninggikan suara. Dia takut. Aku tidak mahu berkahwin. Aku masih mahu hidup dalam kebebasan tanpa suami. Ini terlalu awal untuk aku. Aku juga tidak cintakan Megat. Aku hanya menganggap Megat itu cuma sahabat yang aku perlukan dunia dan akhirat.


*****
Hari majlis perkahwinan berjalan seperti yang dirancang. Majlis perkahwinan Megat dan Hidni hanya dibuat secara sederhana dan seperti pasangan yang lain. Sejak peristiwa itu Megat dan Hidni tidak banyak bercakap, mereka hanya mengikut sahaja apa yang dirancang oleh orang tua mereka. Hidni lebih banyak bermasam muka berbanding Megat. Megat mungkin menyukainya tetapi bila melihat wajah Hidni yang asyik bermasam muka, hatinya rasa tidak selesa dengan perkahwinan ini.

Syikin memegang bahu Hidni. “kau tahu tak, hari ni adalah hari paling cantik yang aku pernah tengok kau dalam hidup aku.”

Hidni tersenyum palsu. “ iyelah tu, selama ni aku tak cantiklah ye ?”

Syikin ketawa kecil. “ha.ah, kau memang tak cantik sebelum ni tapi hari ni macam ada satu aura yang buat kau berseri-seri tapi sayang, bibir kau asyik tak nak senyum.”



“tudung aku ok tak ?” soal Hidni untuk menukar topik. Hidni hanya melihat dirinya dihadapan cermin. Dress labuh yang dipilih oleh ibunya sangat disukai. Sangat simple dan tidak terlampau over. Dress labuh yang tersarung ditubuh Hidni menampakkan lagi tubuh Hidni yang ramping.

Syikin mengangguk kepala. “ Sabar ye Hidni, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.”

*****
Faizul melangkah menghampiri Megat yang sedang bersembang dengan sepupunya. Faizul menepuk bahu Megat. Megat yang dari tadi asyik melayan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya mula menoleh dan terasa geram sebaik saja matanya memandang Faizul.

“Bro, aku nak jumpa kawan kejap ye.” ujar Megat.

Sepupu Megat hanya mengangguk.

“kau ikut aku.” Bisik Megat pada Faizul. Faizul hanya mengikut kata-kata Megat. Memang benar Faizul yang merancang kejadian di malam hari itu. Faizul benar-benar bengang dengan Intan yang terlalu mencintai Megat dan cuba merendah-rendahkan dirinya. Mungkin pada waktu itu, Faizul diluar kawalan sehingga terfikir untuk melakukan perbuatan yang keji sebegitu. Sekarang Faizul sudah mula rasa bersalah.
Megat mula bersuara sebaik saja sampai ke tempat yang lebih tersembunyi dan jauh daripada tetamu-tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya.

“apa yang kau buat ni Faizul ?!”

Faizul mula berasa takut. Dia tidak pernah melihat Megat marah dirinya walaupon Faizul sering sahaja mengganggu Megat disebabkan Intan.

“aku minta maaf, Megat. Aku terpaksa.”

“kau terpaksa apa Faizul ? Cuba kau cakap dengan aku ? Kau tahu tak, kau buat masalah sekarang ni. Hish! Aku nak je tumbuk kau.” Megat mula mengempal penumbuk.

Faizul terus meraih simpati. “ aku minta maaf, waktu aku rancang semua tu. Aku memang diluar kawalan. Aku bengang dengan Intan yang terlampau merendah-rendahkan aku. Aku cintakan dia tapi dia sukakan kau. Aku buat semua ni sebab aku nak dia rasa, apa yang aku rasa.”

Megat mengurut dahi. Kata-kata Faizul tidak berjaya memujuk dirinya.

“aku tahu kau sukakan Hidni. Jadi waktu tu aku tak teragak-agak nak rancangkan kejadian tu sebab aku tahu perasaan kau terhadap Hidni.”tambah Faizul.

“Memanglah aku sukakan Hidni tapi masalahnya aku tak nak kahwin dengan Hidni dalam keadaan terpaksa! Aku nak dia terima aku dengan seadanya bukan macam ni! Kau faham tak ?!” tengking Megat.

“maafkan aku,  Megat.” Faizul meminta maaf dan cuba mengundur diri tetapi Megat pantas menarik bahu Faizul dan melepaskan satu tumbukan di pipi Faizul. Faizul terdorong dan jatuh rebah ke lantai. Faizul hanya diam dan memegang bibir yang luka berdarah. Dia tahu dia bersalah, oleh itu dia tidak mahu berkata apa. Dia menyesal dengan perbuatannya.

“Aku dah maafkan kau. Kau baliklah.” Ujar Megat dan terus berlalu pergi. 

*****
Selesai sahaja majlis perkahwinan, Hidni masuk ke dapur untuk membantu mereka yang lain membungkus lebihan makanan dan disedekahkan kepada jiran-jiran tertangga. Setelah satu jam didapur, Hidni mula meminta diri untuk naik ke atas. Badannya benar-benar letih pada hari ini. Mahu saja badannya rebah di dapur ketika ini.

“ibu. Umi. Hidni naik atas dulu ye ?” Hidni bangun dari tempat duduknya.

“iye sayang.” Ujar Ibu. Umi di sisi hanya mengangguk.

“eh ? cepatnya nak naik atas. Tak sabar nak jumpa abang Megatlah tu.” Diana tersenyum gatal mengusik Hidni. 

Umi mencuit pinggang Diana dan menggeleng kepala tanda jangan mengusik Hidni sebab perkahwinan ini bukan dengan rela tetapi secara paksa. Diana pon tahu itu, cuma sikapnya sahaja yang sering mengusik orang. 

Hidni menoleh dan tersenyum gatal. “meowww!”

Hidni terus berlari menaiki tangga sebaik saja melakukan bunyi kucing gatal.

Diana tergelak kecil dengan gurau Hidni. Alhamdulillah, Hidni masih boleh dibawa bergurau. Kalau benar Hidni memang tidak boleh terima perkahwinan ini. Hidni pasti sudah menangis tanpa henti dan berkurung di dalam bilik ataupon melarikan dirinya dari majlis perkahwinan tetapi Hidni tidak melakukan sebegitu.

“akak Hidni ok kan Umi ? Ibu ?” soal Diana.

Umi hanya berdiam diri. 

“In Syaa Allah, menantu awak tu ok. Saya tahu Hidni boleh terima, lagipon Megat tu rapat jugakkan dengan Hidni. Kita doakan saja yang terbaik untuk diorang ye. ” Ujar ibu cuba menenangkan isi hati Umi.
Umi tersenyum kelat. “ maafkan saya ye. Tak sangka pulak, boleh jadi macam ni.”

Ibu menggosok bahu Umi. “tak apa. Pasti ada hikmahnya. Kita doakan yang terbaik ye, untuk mereka berdua.”

Umi mengangguk. 

“nasi ada lagi ke ?” soal Ayah yang tiba-tiba datang ke dapur. Perut yang berbunyi itu digosok .

Ibu mengangkat punggung. “ abang nak makan ?”

*****
Ditangan Hidni sudah tergantung baju tidur dan tuala. Badannya benar-benar rasa seperti ada gam. Melekit! Seharian berpeluh dengan melayan tetamu dan membantu mereka yang lain. Ini dikatakan raja sehari ? Ini namanya hamba sehari~ Tidak pernah dia merasa penat sebegini. Badannya mula terasa sengal-sengal. Kepala yang masih tersarung tudung berwarna hitam dipicit-picit, cuba untuk mengurangkan peningnya.

Hidni berjalan menuju ke bilik mandi. Belum sempat Hidni ingin memulas tombol pintu, pintu telah di buka dari dalam. Hidni yang hanya tinggi separas bahu Megat mendongak memandang Megat. Mata Hidni dan Megat mula bertentangan. Hidni seakan terkedu apabila melihat mata Megat secara dekat. First time, dapat tengok mata Megat yang berwarna coklat gelap dan bulu matanya yang agak panjang. Tak sangka pula Megat mempunyai mata yang cukup cantik. Kenapa selama aku berkawan dengan Megat aku tidak pernah perasan akan kecantikkan matanya. Patutlah ramai gadis-gadis terpikat dengan Megat, rupanya inilah sebab mereka sukakan rupa Megat.

Megat yang sedikit terkejut dengan Hidni yang sedang memerhati matanya mula bersuara. “kenapa kau pandang aku macam tu ?”

 “ah ?” soal Hidni yang tersedar dari lamunan.

“mana ada aku pandang kau. Tepilah! Aku nak mandi.” Tambah Hidni dan terus menolak tubuh Megat ke tepi. Belum sempat kaki Hidni menjejak ke dalam bilik air, Megat pantas menarik lengan Hidni.

“kau okay ?”

Hidni mengangguk perlahan. Tiba-tiba, matanya ingin mengeluarkan cecair yang jernih tetapi di tahan sebaik mungkin.

“aku tahu kau tak okay. Aku minta maaf. Sepatutnya malam tu kita balik cepat-cepat. Kalau kita balik secepat mungkin, benda macam ni tak akan terjadi. Aku minta maaf. It ok, kalau kau tak boleh tahan untuk perkahwinan ini. Aku nak kau cuba tahan sebulan dua bulan, at least kita dapat jaga hati ibu, ayah dan Umi. Lepas tu baru kita fikir apa yang patut kita buat. Boleh ?”

Hidni mengangguk lemah dan terus masuk ke dalam bilik air.


Megat hanya mengeluh.  Sebenar-benarnya, Megat kalau boleh memang tak nak perkahwinan ini putus di tengah jalan. Dia benar-benar cintakan Hidni tetapi dia tahu Hidni tidak mencintai dirinya. Dia tidak sanggup melihat Hidni terpaksa menjalankan kehidupan sebagai seorang isterinya dengan keadaan terpaksa. Hatinya seakan-akan terseksa.

*****

Selesai sahaja solat isyak, Hidni terus mengikat rambutnya menjadi sanggul. Memang tabiatnya untuk mengikat rambut seperti sanggul supaya mudah untuk dirinya tidur dengan selesa tetapi malam ni , bolehkah dia tidur dengan selesa ? Disisi seorang sahabat ? Disisi seorang lelaki ?

Ini adalah kali pertama Megat melihat rambut Hidni. Sepanjang mereka berkawan, Hidni tidak pernah sekali menunjukkan rambutnya pada Megat. Bagi Megat, Hidni amat menjaga auratnya sebagai seorang wanita. 
Megat cuba memejamkan mata kerana dia terasa segan untuk melihat tubuh Hidni yang hanya berpakaian singlet dan juga seluar tidur yang panjang. Berani juga minah ni pakai pendek-pendek macam ni ?

Hidni menghampiri Megat yang konon-kononnya tidur dengan memeluk bantal busuknya  “tepilah. Aku nak tidur.”

Megat membuka mata. “kau nak tidur sini ?”

“iyelah, habis tu nak tidur mana lagi. Bilik aku mana ada sofa. Tepilah, aku mengantuk sangat ni” Hidni terlalu penat. Suaranya kedengaran lemah sedikit.  

Megat sudah gementar. “tapi…”

“tak ada tapi-tapi. Kau tu yang ke tepi.” Hidni terus menolak tubuh Megat ke tengah katil. Tanpa berasa takut mahupon segan, hidni terus berbaring disebelah Megat. Ok! Sekarang di antara Megat dan Hidni tiada jarak. Hidni terus memejamkan mata walaupon hatinya mungkin terasa berdebar sedikit. Maklumlah, first time tidur dengan orang laki.

Megat beranjak ke tepi apabila Hidni baring benar-benar rapat dengan dirinya. Bahayalah minah ni~ Takkan sebulan dua bulan ni aku nak kene tidur dengan dia ?

Hampir sepuluh minit, Hidni dan Megat diam membisu. Masing-masing tidak berborak seperti sewaktu mereka berkawan dahulu. Berborak sampai kadang-kala tak tahu nak cari ending untuk menutup cerita tetapi mulai malam ini semuanya akan berbeza. Mereka bukan kawan lagi seperti dahulu, kini mereka sepasang suami isteri.

Akhirnya, suara Hidni memecah kesunyian dalam bilik tidur itu. “Megat, tolong tutupkan lampu.”

Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan dan tiba-tiba lampu bilik menjadi gelap serta-merta, Cuma lampu tidur saja yang terpasang. Megat kembali mengambil posisi baringnya.

“Megat , nak selimut”  Megat  perlahan-lahan menyelimutkan Hidni dengan comforter.

Hidni memejamkan mata kerana disaat ini. Sungguh dia rasa selesa, tidak tahu mengapa. Mungkin kerana Megat yang berada disisinya ?

“Megat” panggil Hidni.

“hmmm…” 

“kita try sajalah perkahwinan ini. Okay ?” cadang Hidni.

Megat menoleh. “ kau boleh buat ?"


“hmmm…” Hidni terus dibuai mimpi setelah melepaskan ayat yang dari tadi hendak dilontarkan. Terasa lega hatinya. Kini Hidni boleh tidur dengan mimpi yang indah. Hidni akan cuba mengekalkan perkahwinan ini sebaik mungkin. In Syaa Allah. 


1 comment :

Faiza Kaisara said...

Bagus...teruskan penulisan.

 
Template Edited By Aien Story ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012